duhai teman seperjuangan,
bagaimanakah iman di dadamu?
sudahkah engkau perkasakannya,
jika sudah, seteguh manakah ia?

duhai teman sepermainan,
bagaimana hati kecilmu?
sihatkah ia atau sakitkah ia?
rawatlah ia dengan kalam ALLAH.

sahabatku yg ku cintai kerana Allah
lupakah engkau akan tanggungjawabmu?
atau engkau yang buat-buat lupa,
atau mungkin engkau cuba mengelak.

teman, jgn lari dari Allah,
engkau tidak mungkin dapat lari dari-Nya,
berfikirlh degan kritis bila m'milih,
bijaklah kamu dalam langkahmu.

usah pula engkau berkrisis degan Allah,
kelak besar padah pada diri,
takkanlah engkau lupa asalmu,
yang ayam tak patuk itik tak sudi.

mengapa engkau penuhkan hati dgn noda?
mengapa pula sukar bendung dirimu?
jangan kata engkau tak layak utk hidayah-Nya,
atau engkau yg tak sudi menerimanya.

teman..
cubalah engkau lihat zaman ini,
manakah kebenaran yg hakiki yg kita cari?
ada engkau tertanya "apakah yg aku buat ini?"
atau sengaja engkau tepis persoalan itu?

jangan difikir tanggapan mnusia,
engkau pun tahu itu memang lumrah mnusia,
suka bertanggapan pad aorang lain,
telanlah semua itu walau sepahit hempedu.

teman...
usah kau gusar dalm perjuanganmu,
walaupun engkau keseorangan dalam medan juangmu,
ingatlah ALLAH tetap berada dsisimu,
teruslah engkau buka langkah mujahidmu.

andai engkau dilukai,
usah diratapi sakitmu,
ingatlah Allah jua yang menyembuhkn,
Allah jua yg memberi kudrat padamu.

perjuangan kita mungkin tidak difahami,
mungkin juga banyak halangan dihadapan,
tapi ingatlah ia adalah sunnah kekasih Allah,
jadi ingatlah ia merupakn tugas yang mulia dan suci.

jadikanlah langkah seribumu,
langkah mujahid di medan juang,
garangnya umpama singa padang pasir,
pantang berundur ditimpa dek ujian.

Nukilan: tinta_mujahid

13 November 2009/ 24 Zulkaedah 1430
1.45 a.m