Assalamu'alaikum, "kata orang berkawan biar seribu, berkasih biar satu." Sukekn dengar ayat ni? tapi bukan ana nak berbincang tentang bahagian berkasih tu, tapi tentang berkawan. bila dengar perkataan tu mesti kte smue rasa bersemangat atau berazam nk cari kawan ramai2 kan? haa, ni yang nk cakap ni, klu nk berkawan 2 ikut ske hati antum lah, sebanyak mana nk berkawan n menjalin silaturahim. tetapi ingatlah duhai saudara seaqidahku, dalam memilih atau mencari sahabat, carilah yang benar2 digelar sahabat. mungkin kita tidak tahu akan isi hati manusia, tapi berhati-hatilah dalam memilih sahabat.

Carilah yang dapat membimbing diri kita ke arah meng-Esa-kan Allah.Walaupun begitu, jgn sesekali memulaukan sahabat yg krng baik sikapnya, kerana boleh mendatangkan fitnah. Sentiasalah bersikap baik pada mereka, agar menjadi contoh yg baik kpd mereka.


1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu 

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu 

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu 

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik 

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan

{petikan "Bimbingan Mu'minin" Imam Ghazali

Andai ada kesilapan dalam perkongsian ini, harap dimaafkan. Bila kita nk melakukan perubahan atau muhasabah, kadang2 kita kena kluarkan apa tersirat dalam fikiran, tapi biarlah yg baik2. hakikatnya ana sendiri masih dalam berusaha untuk mencapainya.
jangan dirindui akan yang hina,
tapi rinduilah cinta yang Maha Esa,
destinasi itu suatu perjalanan,
jadikan wajah-Nya sebagai destinasi sang hamba.

Ingat Allah selalu..