gambar hiasan

Assalamu’alaikum w.b.t. pertama-tama marilah kita merapatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t kerana kita masih lagi bernafas pada hari ini serta dapat menjalani ibadah puasa  pada bulan ramadhan yang mulia ini. Kesyukuran yang tidak terhingga juga atas nikmat yang paling besar yang dikurniakan oleh Allah, yakni nikmat iman dan islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w., keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda, tabi', tabi' taabi'in dan seluruh umat islam.



Posting kali ini ana ini ingin berkongsi sedikit cerita.
Abdullah, Seorang pemuda belasan tahun, buat pertama kalinya memijakkan kakinya ke  alam  menengah. Hidupnya penuh dengan persoalan kerana sikapnya yang suka memencilkan diri. Abdullah tidak suka bergaul dengan pelajar lain atas sikapnya yang pemalu. Pada masa yang sama dia merupakan seorang yang amat pendiam. Di waktu kecilnya dia mendapat didikan agama dari ibu serta ayahnya dan juga arwah neneknya yang tersayang, seawal empat tahun lagi dikenalkan siapa Allah, apa yang Allah suka dan tidak suka, syurga dan neraka, serta diajar sembahyang dan mengaji seawal lima tahun . Inilah yang menyebabkan dia tidak suka mengikut orang dengan membabi buta, tanpa memikirkan akibatnya, membolehkan dirinya memikirkan yang mana baik adan buruk.

Sekarang bermulalah kisah hidupnya yang pertama kali berpindah dari alam sekolah rendah kepada alam menengah. Hidupnya mula berubah, suasana persekolahannya juga berubah, yang mana semua pelajar dahulunya kecil-kecil dan comel-comel, tetapi sekarang semuanya besar-besar, ada yang tampan dan juga cantik. Dalam kotak fikirannya lahir ribuan persoalan, kenapa cepat sangat aku masuk ke tingkatan satu ni? Boleh ke tak aku suaikan diri dalam sekolah ni? Same ke tak dengan sekolah rendah dulu? Sikap Abdullah yang amat pendiam, menyebabkan dia suka berdialog dengan hatinya, dialog hatinyalah yang menjadikan motivasi baginya. Untuk meminta nasihat dari orang lain agak sukar baginya kerana suaranya yang perlahan dan lembut serta malu pada perempuan.
               
Hari demi hari, bulan berganti bulan.. Abdullah memerhati suasana sekolahnya setiap masa. Sikapnya yang suka memerhati, menimbulkan persoalan dalam dirinya tatkala melihat tingkah laku pelajar yang lain,

“budak tu tak malu ke berbual banyak sangat dengan pompuan tu?”

“die tak tahu ke batas pergaulan laki dengan pompuan?” tak taulah apa dah jadi dengan dunia ni…





Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila
kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari
balik hijab.(al-Ahzaab : 53
Ketika waktu rehat Abdullah tidak suka makan dikantin, jarang baginya makan dikantin. Dia lebih suka menghabiskan masa rehatnya berada di perpustakaan, kerana dikantin dia perlu berhimpit-himpit dengan pelajar lain untuk membeli makanan dan minuman. Satu lagi yang paling dibencinya ialah terpaksa berhimpit dengan perempuan walaupun kaunter mengambil makanan berasingan tetapi ini berlaku apabila kaunter membayar makanan hanya satu kaunter dibuka. Pada suatu hari Abdullah terpaksa untuk membeli makanan di kantin, melihat gelagat pelajar yang berhimpit-himpit membuatkan dia berfikir banyak kali

“Ya Allah, banyaknye orang, diorang ni mmg hari-hari lapar ke? “

“pelik betul aku, hari-hari rmai orang… tak bli mkanan skrang kang tak pasal-pasal perut menyanyi time kelas.

“Tengok keadaan pompuan skit je nih, nasib baik skit… boleh la aku bli mkanan”

Selepas mengambil makanan Abdullah menuju ke kaunter pembayaran makanan untuk membayar makan. Kebetulan ketika itu kaunter pembayaran hanya satu di buka pada hari itu.  

“Ya Allah, knape la time ni jge satu kaunter je bkak?”

“Yang ni aku malas ni bli makanan kat kantin ni…”
Abdullah menuju  ke kaunter pambayaran makanan, melihat kaunter pembayaran lengang, hatinya berasa lega. Sampai di kaunter, dia menyeluk poketnya mengeluarkan dompetnya. Abdullah membuka dompetnya untuk mengeluarkan duit dari dompet, sedang dia leka mengeluarkan duit dari dompetnya, tidak perasaan di belakangnya semakin ramai yang berada di kaunter pembayaran. Selesai membayar makanan yang dibeli dia menoleh ke belakang, terkejut yang amat Abdullah tatkala menoleh ke belakang. Apa yang membuatnya amat terkejut bukanlah sebab ramainya orang di belakangnya. Tetapi ramainya perempuan di belakangnya.

“Ya Allah, ramainye pompuan kat belakang… lemah jantung aku dibuatnye. Nasib baik tak kene heart attack.. tak pasal-pasal rehat kat hospital nanti kang”

“bile mase plak orang ramai ni, rse tadi skit je… haish, pelik betullah..”

 bersambung…


Renungan bersama...

Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. 


Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (Al-Ahzaab: 53)


Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis
Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)


 Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/44 Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)