Assalamu’alaikum saudara seaqidahku sekalian.
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t. dengan nikmat yang diberikan oleh-Nya pada hamba-hamba-Nya. Syukur dengan nikmat udara, air, makanan, tempat tinggal dan yang paling penting teman-teman, ketahuilah nikmat Islam dan imanlah yang paling besar diberikan kepada kita. Kemuliaan kita hanyalah pada Islam dan benteng kita adalah iman. Nikmat apakah lagi yang kita mahu nafikan? Semuanya telah diberi pd kita hamba yang lemah lagi hina ini.
SubhanalLah, saudaraku sekalian dunia ini semakin dekat masanya untuk dilabuhkan tirainya, di mana tatkala dilabuhkan tirainya, tiada yang dapat kita minta pertolongan selain hanya dari-Nya saja. Hajat bukan utk mengajar tapi sekadar perkongsian, siapalah diri utk mengajar, ilmu di dada umpama setitik air dilautan yg tidak Nampak akan titisanya. Namun perkongsian ini adalah lebih kepada konteks untuk belajar. Apa yg ana ingin kongsikan adalah tentang pentingnya iman, sebagai hamba Allah kita perlu tahu akan semua itu.
Apabila kita ingin mendapat iman kita perlu berkata tentangnya agar ia terkesan dalam hati, apabila kita sering berkata tentang iman, InshaAllah terkesan pada hati yang sedang mencari. Mengapa tidak? Cuba kita lihat sekarang, banyaknya manusia berkata tentang perkara yang lagha hingga ia bermukim dalam hati yang menyebabkan kelodak di hati menebal. Inikan pula iman seandainya kita jadikan ia sebagai tajuk perbualan kita dan sedikit demi sedikit ia akan bertapak di dalam diri kita. Saudaraku sekalian,tiada jaminan pada diri kita yang kita akan mati dalam kedaan islam dan beriman.
Keyakinan kita kepada Allah itulah Iman. Kita kena yakin bahawa tiada mudarat dan manfaat yang datangnya dari makhluk, yakinlah bahawa hanya Allah jualah yang memberi mudarat dan manfaat kepada hamba-Nya, makanan tidak dapat mengenyangkan kita tapi Allah jualah yang mengenyangkan kita, kita lemah tiada apa yang berlaku pada kita tanpa izin Allah. Hatta, anggota badan yang bergerak ini juga tidak akan bergerak tanpa izin Allah s.w.t.. Tahukah saudara seaqidahku sekalian, tiada perkongsian ini tanpa izin dan ilham dari Allah s.w.t.
Cuba kita kembali pada zaman sahabat, bagaimana yakinnya mereka pada Allah dan janji RasululLah s.a.w. kita lihat Abu Bakar as-siddiq yang membenarkan akan peristiwa isra’dan mi’raj ketika ragunya manusia lain tatkala mendengar apa yang diperkatakan oleh RasululLah s.a.w. akal manusia tidak akan menerima tetapi hanya iman yang membenarkannya. Banyak sebenarnya kisah para sahabat tentang keyakinan mereka. Sekiranya di imbas kembali tidak akan sudah akan kisahnya. Para sahabatlah imannya yang 100% kepada Allah, iman mereka iman yang tepu yang tidak goyah tika di uji. Iman para sahabatlah yang kita ingin contohi untuk kita menjalani dunia yang penuh dengan tipu daya ini. Iman mereka menjadikan mereka sentiasa merasa diri diperhatikan oleh Allah s.w.t dan rasa gerun mereka kepada Allah s.w.t sentiasa hadir sehingga takut untuk melakukan dosa. Cuba kita semak diri, perasaan gerun kita kpd Allah s.w.t. kurang dan mungkin juga tiada langsung dalam diri.
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.”
(Surah al-anfal: 2)
Iman jualah yang menjadi benteng pada diri dari terjerumus ke kancah kemaksiatan. Iman menjaga kita dari berkelakuan yang tidak disukai oleh Allah, namun untuk mencapai ketahap itu bukan semudah apa yang diperkatakan, ia sama dengan syurga, syurga itu dipagari dengan kepayahan, bukan setitik keringat yang jatuh ke medan juang. Tapi maharnya adalah sehingga manakah dalam hayatmu menjadi pengorbanan utk Allah semata-mata, beginilah juga iman, utuk mencapai seperti imannya sahabat, bersedialah untuk menyambut ujian yang tiada hentinya. Yakinlah saudaraku, ketika engkau keseorangan DIA-lah penemanmu, tika engkau hilang arah DIA-lah penunjuk jalan, tika engkau kesedihan dan duka, DIA jualah pemujuk dan tempat engkau mengadu serta merintih. Andai keyakinan ini dapat di tanamkan dalam diri InsyaAllah, akan bangkitlah umat. Hanya seringkas ini sajalah perkongsian yang ana dapat sajikan dari ilmu yang cetek ini. Harap dapat kita jadikan muhasabah bersama, hakikatnya iman ana juga umpama kulit bawang yang mudah untuk dikoyak. walLahu’alam .
0 comments:
Post a Comment