Assalamu’alaikum w.b.t
Syukur alhamdulilLah kerana masih diberi kesempatan untuk hidup di dunia yang sudah tua ini , yang hampir melabuhkan tirainya. Allah jua yang mengetahui akan masanya berakhir semua ini. Kita sebagai hamba-Nya mesti yakin dengan 100% keyakinan akan semua itu. Ini kerana ia adalah salah satu asas hebatnya iman. Sekarang kita bagaimana banyak umat islam yang pudar keyakinan kepada semua itu, termasuklah ana sendiri.
Ana terfikir, adakah ana layak untuk digelar seorang islam, sedang banyaknya pergantungan kepada makhluk, sedikitnya yakin ana pada Allah s.w.t. pagi petang hanya ada makhluk dalam diri, kurangnya rasa takut pada Allah s.w.t dosa-dosa semakin dekat untuk menghempap diri umpama gunung yang datang menghempap semut. Ya Allah hinanya diri. Kalau sahabat, Abu Bakar as-Sidiq yang mendengar hanzalah menyatakan diri sendiri munafik hanya kerana lupa kepada syurga dan neraka hanya sekejap sahaja turut menyatakan dirinya munafik kerana diri dia juga ada terlupa sekejap pada syurga neraka. Yang kisahnya:
Satu hari, Hanzalah RA menangis teresak-esak. Dia menangis dengan kuat sekali sambil berjalan hendak bertemu Rasulullah SAW.
Di tengah perjalanan, dia bertemu dengan Abu Bakr RA. Abu Bakr bertanya: “Wahai Hanzalah, apakah yang telah terjadi pada kamu?”
Hanzalah menjawab: “Wahai Abu Bakr, sesungguhnya Hanzalah telah munafik”
“MasyaAllah, kenapa kau katakan sedemikian?”
“Ketika kita bersama dengan Rasulullah SAW, kita terasa seakan-akan syurga dan neraka berada di hadapan kita. Tetapi apabila kita pulang kepada keluarga kita, kita lupa akan semua itu”
Abu Bakr RA yang mendengar bicara Hanzalah, lantas menangis dengan kuat juga. “Abu Bakr juga telah munafik!”
Lantas kedua-dua orang ini bergerak bertemu Rasulullah SAW dalam keadaan mereka menangis teresak-esak. Mereka menangis kerana mereka tidak mampu menerima ‘kemunafikan’ mereka. Mereka terasa seakan berpura-pura. Lantas mereka ketakutan andai Allah tidak menerima mereka.
Bila sampai di hadapan Rasulullah dan mereka ceritakan apa yang mereka rasa, Rasulullah SAW bersabda: “Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sekiranya kamu tetap dalam keadaanmu seperti mana ketika kamu berada di hadapanku dan sentiasa mengingatinya, nescaya malaikat akan bersalaman dengan kamu di tempat tidurmu dan di tepi jalan”
Itu sahabat, hanya sebentar melupakan syurga dan neraka. Ini ana yang tidak terkira dan berapa lama agaknya melupakan pada syurga dan neraka. Bagaimana pula agaknya kubur? Berapa lama agaknya dah ana lupa pasalnya, walhal ia akan menjadi tempat tinggal ana sendiri. Ya Allah, lemahnya diriku, ampunilah dosa-dosa hamba yang penuh noda ini.
Melihat binatang, bulan, matahari dan bulan, patuh pada perintah-Nya. Siapakah pula ana ini, manusiakah atau apakah ana ini? Perintah Allah sentiasa langgar, malunya nk berjumpa pada-Mu Ya Allah. Sedang semua sahabat-sahabiahku berlari dan mencapai rahmat serta cinta-Mu Ya Allah, hamba masih lagi merangkak untuk menggapai cinta dan rahmat-Mu Ya Allah. Sering dalam solatku, menyatakan, “...sesunggunya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk Tuhan sekalian ‘Alam.” AstaghfirulLah, jahil sungguh diri ini, ayat ini sering disebut dalam solat, tapi masih tidak mahu untuk mengabdikan diri kepada-Mu Ya Allah. Bagaimanakah hamba nak menjawab semua ini sekira ia disoal oleh malaikat-Mu Ya Allah. Sedang roh yang terkandung dalam jasad yang lemah ini telah berjanji untuk mengabdikan diri pada-Mu sebelum turunnya lagi ke bumi. Hanya keampunan-Mu yang hamba cari Ya Allah.
Ya Allah
Sering hamba menyatakan cinta pada-Mu,
Tapi masih ada makhluk pada hatiku,
Sering aku merindui kekasihmu,
Namun tetap ada makhluk menggaburi mata hatiku,
Ya Allah,
Sering ingin hamba patuh pada perintahmu,
Tapi diri ini tetap lalai pada perintah-Mu,
Iman cuba meyakini pada Engkau,
Tapi makhluk menceroboh imanku,
Ya Allah,
Siapakah hamba ini dipandangan-Mu?
Noda semakin menebal dalam Qalbu,
Taqwa semakin menipis dalam diri,
Makhluk jua yang bermukim dalam hati,
Ya Allah
Adakah hamba dapat melihat wajahmu yang Abadi?
Sedang kemungkaran penuh dalam diri,
Apakah dapat bertemu kekasih-Mu dengan mengenalinya?
Sedang sunah dan pesannya tiada teguh untuk mengikutinya,
Ya Allah
Hamba rindu pada kasih-mu,
Tiada Tuhan selain Engkau,
Cinta-Mu yang abadi,
Buangkanlah cinta makhluk dalam diri ini,
Siksanya hatiku apabila makhluk melebihi ENGKAU,
Sakit menyapa apabila makhluk bermukim dalam diri,
Mereka mengisi hatiku dengan kelalaian,
Hamba takut mati dalam keadaan yang tidak mengingati-Mu,
Imanku lemah, imanku iman suasana,
Hanya Engkau hamba pohon,
Teguhkan Imanku agar hamba dapat menepis semua kelalaian hingga kiamat.
Wahai sahabat sahabiah sekalian yakinlah pada Allah s.w.t., tiada sebaik-baik penolong selain-Nya, tiada sebaik-baik peneman buat diri dan hati yang lemah selain dari DIA. Tidak akan engkau dapat cari kepuasan melainkan kepuasan keyakinan pada-NYA. Iman itu keseorangan, ia tidak kuat apabila sendirian, temanilah ia dengan taqwa dan yakin pada Yang Esa. Wahai sahabat sahabiah sekalian, kalian umpama mutiara agama yang bersinar akan kilauannya, sedangkan diriku hanyalah lumpur yang hina. Akhir kalam, you will never know what it (IMAN) want unless you ask it. May Allah be with all of ummah.
2 comments:
ya akhi..sangat la bez post ni..sesungguhnya diri hamba juga hina..tidak layak untuk sujud menyembahNya..
teruskan menulis!
jikalau sahabat Rasulullah s.a.w sudah rasa munafik setelah tlupa sebentar dgn syurga dan neraka, apakn lagi diri ini yg sering tlupa akan segala2nya..:(
Post a Comment