Proses Kejadian Manusia [hadis 40- Hadis 4] Imam an-Nawawi



عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله
عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمً ا
نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ هِ
الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل هَ
غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِ
الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ هُ
وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري
ومسلم.

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):

Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam (بدء
الخلق (باب ذآر الملئكة) ) nombor 3036, dan dalam ( القدر ) dan dalam ( الأنبياء ) . Al-Imam Muslim meriwayatkannya di awal kitab ( القدر ) bab ( باب آيفية خلق الآدمي ) nombor 2643.).

Kefahaman Hadis :

1) Peringkat Pertumbuhan Janin Dalam Rahim :

Ayat-ayat yang berkaitan dengannya (Al-Haj : 5) (Al- Mu’minun :12-14)
Hikmat di sebalik kejadian berperingkat-peringkat : Sebagai pengajaran kepada manusia … untuk mencapai tahap kesempurnaan ma’nawi mestilah melalui cara ((tadarruj)) beransur-ansur tidak gopoh atau gelojoh.

2) Ditiup Ruh :

Sepakat ulama’ menyatakan bahawa ruh ditiup pada janin selepas 120 hari disenyawakan. Hikmat bagi perempuan yang kematian suami, baginya iddah selama empat bulan sepuluh hari … bagi menjamin kesucian rahimnya(tak mengandung).

3) Menggugurkan Janin :

Sepakat ulama’ menyatakan haram (setelah ditiupkan ruh) - dikira sebagai jenayah dan wajib membayar diat (denda) bila digugurkan, sekalipun mati selepas itu. Gugurkan sebelum ditiupkan ruh - juga haram pada kebanyakan pendapat. Ada yang kata boleh tapi pendapat yang dhaif.

4) Keluasan Ilmu Allah

Maha mengetahui keadaan-keadaan makhluk sebelum dijadikan samada iman dan taat atau kufur dan maksiat, bahagia atau derita semua dalam pengetahuannya. Ilmu Allah tidak menghalang manusia dari berikhtiar (Al- Syams: 7-10).

Pengajaran hadis:

Kejadian manusia yang unik menunjukkan kekuasaan Allah SWT mencipta makhlukNya, seterusnya menjadi dalil bahawa hanya Dialah Tuhan yang berhak disembah. Kejadian manusia mesti menjadi renungan manusia yang berakal, kerana kejadiannya yang teramat indah dan unik ini tiada tolok bandingnya - manusia tidak mampu mencipta manusia atau robot bernyawa dan berakal fikiran. Proses kejadian manusia yang berperingkat-peringkat ini telah diceritakan oleh lslam melalui al-Qur'an dan hadis Nabi semenjak 14 kurun lampau, tetapi manusia baru benar-benar arif tentang proses ini di zaman kemajuan sains. lni adalah bukti yang jelas bahawa Allah SWT yang mencipta makhluk ini, Dia jugalah yang Maha mengetahui rahsia kejadian mereka. Empat ketentuan hidup manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak dia belum lahir ke bumi -
rezekinya, ajal kematiannya, amalannya dan nasibnya sama ada dia akan menjadi seorang yang susah atau senang.

Amalan terakhir manusia adalah faktor penentu kepada nasibnya yang kekal abadi di akhirat. Boleh jadi dia sangat baik si sepanjang hayat - tetapi di saat terakhir dia melakukan perbuatan ahli neraka, iaitu maksiat lalu dia mati dan mendapat balasan neraka. Begitulah sebalinya.

Pengalaman dan Pengajaran dalam berda'wah


salam, kita dalam dunia ini sentiasa melakukan pelbagai dosa, kita sering lalai dan leka dibawa arus kemodenan dunia sekarang, termasuklah ana sendiri, terkadang ana cuba lari dari medan da'wah ini. tetapi Allah menyentap hati ini dengan ujian-Nya ke atas ana. Ujian-Nya menyedarkan ana agar jgn mudah pernah berputus asa dalam sesuatu prkara.

Semangat da'wah ana sering turun dan adakalanya menaik, apabila bersama sahabat yang soleh yang sentiasa dalam medan da'wah ketika itulah semangat berkobar-kobar untuk menjalankan bersama mereka. Teringat masa menjalankan aktiviti da'wah bersama sahabat di suatu kawasan perumahan, berjalan-jalan dalam keadaan cuaca yang panas terik menyedarkan bahawa sungguh tabahnya RasululLah s.a.w. menjalankan da'wahnya merentasi padang pasir yang lebih panas lagi apa yang ana dan sahabat ana yang lain.kami melalui beberapa lorong dikawasan perumahan tersebut, alhamdulilLah Allah temukan ana dan sahabat dengan tiga orang remaja yang sedang berbual, pada mulanya kami tidak menyedari pn mereka ada disitu kerana terlindung oleh kereta.

kami cuba mendekati mereka, memperkenalkan diri antara satu sama lain. kami mengajak mereka untuk bersama ke masjid kawasan perumahan tersebut dan alhamdulilLah mereka sudi untuk mengikut kami ke sana. Di sana kami jalankan aktivit membangunkan rohani, kami juga melakukan aktiviti untuk menambah kefahaman tentang islam.Kami jadikan masjid kawasan perumahan tersebut sebagai tempat kami bermesyuarat dan aktiviti kami. Banyak perkara yg kami pelajari sepanjang satu setengah hari berada di sana. Pengalaman tidak diendahkan oleh beberapa penduduk kawasan tersebut apabila diajak mengajar kami bahawa inilah apa yang RasululLah hadapi dalam usahanya. Salah seorang sahabat berkata "kalau yang kita hadapi ini xpe lg, kalau RasululLah, dibaling dengan batu, dibaling dengan najis dan pelbagai ancaman yang diterima olehnya ketika da'wah baginda, kita ni sikit je kalau nak dibandingkan dengan usaha RasululLah dan para sahabat baginda."

Diri terfikir sungguh besar pengorbanan RasululLah s.a.w untuk umatnya yang tercinta. Ya Allah malunya nak berjumpa dengan RasululLah di hari pembentangan kelak. dengan da'wah yang lemah, sunnah yang paling besar sekali ini.RasululLah engkaulah kekasih Allah, akanku cuba menjalakan dan mengamalkan sunnahmu. walLahu'alam..

Apa Khabar "keyakinanmu" ?

 


Assalamu’alaikum w.b.t
Syukur alhamdulilLah kerana masih diberi kesempatan untuk hidup di dunia yang sudah tua ini , yang hampir melabuhkan tirainya. Allah jua yang mengetahui akan masanya berakhir semua ini. Kita sebagai hamba-Nya mesti yakin dengan 100% keyakinan akan semua itu. Ini kerana ia adalah salah satu asas hebatnya iman. Sekarang kita bagaimana banyak umat islam yang pudar keyakinan kepada semua itu, termasuklah ana sendiri.
Ana terfikir, adakah ana layak untuk digelar seorang islam, sedang banyaknya pergantungan kepada makhluk, sedikitnya yakin ana pada Allah s.w.t. pagi petang hanya ada makhluk dalam diri, kurangnya rasa takut pada Allah s.w.t dosa-dosa semakin dekat untuk menghempap diri umpama gunung yang datang menghempap semut. Ya Allah hinanya diri. Kalau sahabat, Abu Bakar as-Sidiq yang mendengar hanzalah menyatakan diri sendiri munafik hanya kerana lupa kepada syurga dan neraka hanya sekejap sahaja turut menyatakan dirinya munafik kerana diri dia juga ada terlupa sekejap pada syurga neraka. Yang kisahnya:
Satu hari, Hanzalah RA menangis teresak-esak. Dia menangis dengan kuat sekali sambil berjalan hendak bertemu Rasulullah SAW.

Di tengah perjalanan, dia bertemu dengan Abu Bakr RA. Abu Bakr bertanya: “Wahai Hanzalah, apakah yang telah terjadi pada kamu?”

Hanzalah menjawab: “Wahai Abu Bakr, sesungguhnya Hanzalah telah munafik”
“MasyaAllah, kenapa kau katakan sedemikian?”

“Ketika kita bersama dengan Rasulullah SAW, kita terasa seakan-akan syurga dan neraka berada di hadapan kita. Tetapi apabila kita pulang kepada keluarga kita, kita lupa akan semua itu”

Abu Bakr RA yang mendengar bicara Hanzalah, lantas menangis dengan kuat juga. “Abu Bakr juga telah munafik!”

Lantas kedua-dua orang ini bergerak bertemu Rasulullah SAW dalam keadaan mereka menangis teresak-esak. Mereka menangis kerana mereka tidak mampu menerima ‘kemunafikan’ mereka. Mereka terasa seakan berpura-pura. Lantas mereka ketakutan andai Allah tidak menerima mereka.

Bila sampai di hadapan Rasulullah dan mereka ceritakan apa yang mereka rasa, Rasulullah SAW bersabda: “Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sekiranya kamu tetap dalam keadaanmu seperti mana ketika kamu berada di hadapanku dan sentiasa mengingatinya, nescaya malaikat akan bersalaman dengan kamu di tempat tidurmu dan di tepi jalan”

Itu sahabat, hanya sebentar melupakan syurga dan neraka. Ini ana yang tidak terkira dan berapa lama agaknya melupakan pada syurga dan neraka. Bagaimana pula agaknya kubur? Berapa lama agaknya dah ana lupa pasalnya, walhal ia akan menjadi tempat tinggal ana sendiri. Ya Allah, lemahnya diriku, ampunilah dosa-dosa hamba yang penuh noda ini.

Melihat binatang, bulan, matahari dan bulan, patuh pada perintah-Nya. Siapakah pula ana ini, manusiakah atau apakah ana ini? Perintah Allah sentiasa langgar, malunya nk berjumpa pada-Mu Ya Allah. Sedang semua sahabat-sahabiahku berlari dan mencapai rahmat serta cinta-Mu Ya Allah, hamba masih lagi merangkak untuk menggapai cinta dan rahmat-Mu Ya Allah. Sering dalam solatku, menyatakan, “...sesunggunya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk Tuhan sekalian ‘Alam.” AstaghfirulLah, jahil sungguh diri ini, ayat ini sering disebut dalam solat, tapi masih tidak mahu untuk mengabdikan diri kepada-Mu Ya Allah. Bagaimanakah hamba nak menjawab semua ini sekira ia disoal oleh malaikat-Mu Ya Allah. Sedang roh yang terkandung dalam jasad yang lemah ini telah berjanji untuk mengabdikan diri pada-Mu sebelum turunnya lagi ke bumi. Hanya keampunan-Mu yang hamba cari Ya Allah.

Ya Allah
Sering hamba menyatakan cinta pada-Mu,
Tapi masih ada makhluk pada hatiku,
Sering aku merindui kekasihmu,
Namun tetap ada makhluk menggaburi mata hatiku,


Ya Allah,
Sering ingin hamba patuh pada perintahmu,
Tapi diri ini tetap lalai pada perintah-Mu,
Iman cuba meyakini pada Engkau,
Tapi makhluk menceroboh imanku,

Ya Allah,
Siapakah hamba ini dipandangan-Mu?
Noda semakin menebal dalam Qalbu,
Taqwa semakin menipis dalam diri,
Makhluk jua yang bermukim dalam hati,

Ya Allah
Adakah hamba dapat melihat wajahmu yang Abadi?
Sedang kemungkaran penuh dalam diri,
Apakah dapat bertemu kekasih-Mu dengan mengenalinya?
Sedang sunah dan pesannya tiada teguh untuk mengikutinya,

Ya Allah
Hamba rindu pada kasih-mu,
Tiada Tuhan selain Engkau,
Cinta-Mu yang abadi,
Buangkanlah cinta makhluk dalam diri ini,
Siksanya hatiku apabila makhluk melebihi ENGKAU,
Sakit menyapa apabila makhluk bermukim dalam diri,
Mereka mengisi hatiku dengan kelalaian,
Hamba takut mati dalam keadaan yang tidak mengingati-Mu,
Imanku lemah, imanku iman suasana,
Hanya Engkau hamba pohon,
Teguhkan Imanku agar hamba dapat menepis semua kelalaian hingga kiamat.

 Wahai sahabat sahabiah sekalian yakinlah pada Allah s.w.t., tiada sebaik-baik penolong selain-Nya, tiada sebaik-baik peneman buat diri dan hati yang lemah selain dari DIA. Tidak akan engkau dapat cari kepuasan melainkan kepuasan keyakinan pada-NYA. Iman itu keseorangan, ia tidak kuat apabila sendirian, temanilah ia dengan taqwa dan yakin pada Yang Esa. Wahai sahabat sahabiah sekalian, kalian umpama mutiara agama yang bersinar akan kilauannya, sedangkan diriku hanyalah lumpur yang hina. Akhir kalam, you will never know what it (IMAN) want unless you ask it. May Allah be with all of ummah.


ISLAM [Hadis 40- Hadis 3] Imam An-Nawawi

 

عَنْ أَبي عَبْدِ الرَّحمنِ عبدِ الله بْنِ عُمَرَ بْنِ الخطابِ رضي الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ ا للهِ
صَلَّى اللهُ عَليهِ وَسَلَّمَ یَقُولُ: (( بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شهادَةِ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحمدً ا
رَسُولُ الله، وَإِقَامِ الصَّلاةِ، وَإِیْتَاءِ الزَّآَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ )). رواه البخاري
ومسلم.

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku
telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
lslam itu teribna atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan
 
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam Kitab (al- Iman) bab
باب الإیمان وقول النبي صلى الله عليه وسلم بني الإسلام على خمس)) )  
hadis nombor 8. Al-Imam Muslim dalam bab (باب بيانأرآان الإسلام ودعائمه العظام) hadis nombor 16)


Pokok Perbincangan Hadis :
 
1) Binaan Islam :
 
Diibaratkan sebagai penyelamat manusia yang mengeluarkannya dari daerah kekufuran dan melayakkannya masuk syurga serta jauh dari neraka. Struktur binaan yang kemas dan kukuh dengan asas-asas dan cabang-cabangnya.
 
2) Ikatan Antara Rukun-Rukun Islam :
 
Sempurna iman bagi yang menerima sepenuhnya.
 
Bagi yang menolak semuanya - hukumnya kafir
 
Sesiapa yang ingkar salah satu - bukan muslim (ijma)
 
Sesiapa yang menerima tapi malas melakukannya (kecuali syahadah) - fasiq
 
Sesiapa yang melakukan dan iqrar secara pura-pura - munafiq
 
3) Matlamat Ibadat :
 
Syahadah - syarat diterima amalan lain.
 
Solat - penghubung antara hamba dengan tuhannya - pertama dihisab .
 
Zakat - suburkan harta/ berkat - sucikan diri.
 
Haji - tidak harus bagi orang yang berkemampuan untuk itu melewatkan pemergiannya - wajib segerakan. 

Haji Mabrur merupakan sebaik-baik jihad. 

Puasa - syahwat dikengkang/ maksiat terhindar - sebab kepada ketinggian darjah di sisi Allah.
 
Pengajaran hadis:

Hadis ini juga menerangkan tentang rukun lslam lima perkara. Hadis ini mengumpamakan lslam sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam seseorang akan goyah dan runtuh. lni membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Menegakkan rukun lslam bermakna kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan lslam sebaliknya kecuaian berertinkeruntuhan, kehancuran dan kemusnahan lslam.

Hukum mendengar suara wanita ajnabi dalam telefon

 



[Fatwa as-Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Jubairin. Dinukil dari kitab Fatawa Wanita Muslimah jilid 1 halaman 434 cetakan Adhwaus Salaf].

Soalan:

Apakah hukumnya seseorang lelaki ajnabi mendengar suara wanita ajnabiah melalui talian telefon atau melalui peralatan talian perhubungan lain?


Jawapan:

Suara seseorang wanita ajnabiah ketika beliau berada berhampiran dengan lelaki ajnabi adalah dianggap sebagai aurat menurut pendapat yang sahih. Oleh itu, seseorang wanita tidak dibolehkan mengucapkan tasbih di dalam sembahyang mereka ketika mereka menegur sesuatu perbuatan imam yang salah sebagaimana lelaki mengucapkan tasbih. Bahkan, seseorang wanita hanya memadai menepuk belakang tangannya. Begitulah seterusnya, seseorang wanita tidak dibolehkan meninggikan suaranya ketika mengucapkan talbiah semasa mereka berihram kecuali menurut kadar yang boleh didengar oleh teman wanitanya.

Tetapi, sebahagian ulamak mengharuskan seseorang wanita ajnabiah bercakap dengan lelaki ajnabi dengan kadar keperluan seperti menjawab persoalan. Sebahagian isteri-isteri para Sahabat RA pun meriwayatkan beberapa buah hadis dan sebilangan lelaki telah mendengar periwayatannya tetapi perbuatan tersebut dengan syarat tidak adanya sebarang keraguan dan tidak ada pengaruh yang boleh menimbulkan gerakan syahwat.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud, "Maka seseorang wanita itu janganlah melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati orang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seseorang wanita hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan."

Penyakit syahwat adalah dianggap sebagai zina yang boleh berlaku dalam hati ketika seseorang wanita melembutkan atau merendahkan suaranya. Berdasarkan kepada permasalahan ini, seseorang wanita sewajarnya menjawab persoalan menurut kadar keperluan bila bercakap melalui telefon sama ada wanita itu memulakan perbualan atau membalas percakapan kepada lelaki ajnabi yang menghubunginya melalui talian telefon. Dalam keadaan ini, perbuatan mereka adalah di dalam hal yang sangat diperlukan untuk melakukannya, percakapan mereka akan menghasilkan faedah syarak bagi kedua-dua belah pihak, bukan berada di tempat yang meragukan, tidak mengeluarkan suara yang lembut lagi tidak mempunyai faedah, tidak akan menyebabkan kepada pengaruh syahwat dari salah seorang dari keduanya. Yang lebih utama, mereka hendaklah meninggalkan perbualan itu melainkan ketika tersangat perlu.


Fatwa-fatwa as-Syeikh Soleh bin Fauzan jilid 3

Untuk menjaga syariat ini pada semua tujuannya, syariat Islam telah mengharamkan zina yang boleh menuju ke kemuncak kerosakan sesuatu kehormatan, sehingga syariat Islam telah melarang dan menutup semua punca yang akan mendorong kepada perzinaan dan menegah semua perantaraan yang mengajak kepada perbuatan maksiat.

Untuk tujuan itu, syariat Islam telah mengharamkan kepada setiap perempuan melembutkan suaranya bila berbicara dengan lelaki ajnabi sekalipun kerana hajat yang disyarakkkan seperti berjual beli, meminta fatwa, menjawab soalan lelaki ajnabi dari sebalik pintu, menjawab percakapan lelaki ajnabi melalui telefon dan seumpamanya. Perempuan tidak boleh berbicara kecuali dengan kadar yang diperlukan dan menggunakan suara yang bersikap takut serta sopan.

Mahram ialah setiap lelaki yang diharamkan berkahwin dengan seseorang perempuan dengan hukum haramnya yang selama-lamanya seperti bapa, anak lelaki, saudara lelaki, bapa saudara dan seterusnya. Oleh itu, lelaki yang dihalalkan berkahwin dengan seseorang perempuan itu (melainkan suami) adalah dianggap sebagai lelaki ajnabi sekalipun lelaki itu ada hubungan kekeluargaan dengan perempuan itu seperti sepupu lelaki, suami saudara perempuan (ipar lelaki) dan lainnya.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32,
"Maka janganlah kamu tunduk (berbicara dengan sikap yang menimbulkan keberanian orang bertindak yang tidak baik terhadap seseorang perempuan) dalam berbicara sehingga orang yang ada penyakit di dalam hatinya ada berkeinginan (orang yang mempunyai niat berbuat serong dengan seseorang perempuan). Dan ucapkanlah perkataan yang baik."

1) Imam Ibnu Jarir at-Tabari RA dalam tafsirnya mengatakan, seseorang perempuan itu janganlah melembutkan suaranya kepada seseorang lelaki yang boleh mendorong orang yang mempunyai niat tidak baik melakukan perbuatan serong kepada perempuan itu. Kemudian, beliau menukilkan hadis dengan sanad yang bersambung kepada Ibnu Abbas RA berkata,
"Seseorang perempuan janganlah menurunkan bicaranya dan melembutkan ungkapannya."

Beliau juga menukilkan hadis yang sanadnya bersambung kepada Ibnu Zaid berkata,
"Menundukkan suara ialah suara yang dibenci yang diluahkan oleh seseorang perempuan kepada lelaki ajnabi, yang boleh menusuk ke dalam jiwa lelaki."

Perkataan yang makruf ialah ungkapan yang sopan, baik dan terkenal dengan kebaikan.

2) Imam Qadhi Abu Bakar ibnu al-Arabi berkata di dalam kitabnya Akamul Qur'an mengenai firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 itu, Allah SWT telah memerintahkan kepada seseorang perempuan agar ungkapannya keras dan perkataannya terbatas. Tidak boleh menurutkan gaya perbicaraan di dalam hati dihubungkan dengan apa yang diluahkan menggunakan suara lembut, di mana pendengar lelaki boleh berkeinginan untuk berbicara lebih panjang. Seseorang sewajarnya memulakan bicaranya dengan baik dan keras. Seseorang perempuan diperintahkan mendatarkan perkataannya. Dimaksudkan dengan makruf ialah dikembalikan kepada syarak menurut apa yang diperintahkan untuk menyampaikannya atau sekadar hajat yang diperlukan oleh manusia.

3) Imam al-Qurtubi berkata di dalam tafsirnya al-Jamik Li Ahkam al-Qur'an, "seseorang perempuan tidak boleh melembutkan suaranya. Allah memerintahkan kepada seseorang perempuan agar perkataannya keras dan perkataannya terbatas. Mereka tidak boleh meluahkan bicaranya menurutkan gaya seperti yang ada di dalam hatinya yang lembut. Sebagaimana halnya perempuan Arab yang bercakap dengan orang lelaki menggunakan suara yang halus dan lembut seperti ungkapan orang yang meragukan dan menggodakan. Syarak melarang perempuan melakukan seperti itu. Ibnu Abbas berkata, seseorang perempuan hendaklah menyuruh perkara kebaikan dan melarang perkara kejahatan. Seseorang perempuan, bila bercakap-cakap dengan lelaki ajnabi, begitu juga dengan lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan melalui persemendaan dengannya seperti suami saudara perempuannya (ipar lelaki) dan sepupu lelaki, hendaklah mengeraskan perkataannya tanpa mengangkat suaranya. Seseorang perempuan diperintahkan mendatarkan suaranya. Oleh itu, ungkapan yang makruf ialah perkataan yang tidak diingkari oleh syarak dan jiwa."

4) Imam Abu Bakar ar-Razi yang dikenali dengan al-Jasas berkata di dalam kitabnya Ahkam al-Qur'an, seseorang perempuan tidak boleh melembutkan suaranya kepada lelaki-lelaki ajnabi dengan gaya yang boleh diingini oleh lelaki yang meragukan niatnya. Ini menunjukkan bahawa hukum itu diumumkan kepada semua perempuan dalam tegahannya berbicara dengan lelaki ajnabi. Adalah lebih baik, seseorang perempuan tidak mengangkat suaranya yang boleh didengari oleh lelaki ajnabi.

5) Imam Ibnu Kathir berkata di dalam tafsirnya, menukilkan perkataan as-Sudi, maksud firman Allah Taala, seseorang perempuan tidak boleh menundukkan suarannya ialah menggunakan suara yang halus, lembut dan lunak ketika berbicara dengan lelaki ajnabi.
Ibnu Zaid berkata, perkataan baik, sopan dan terkenal dengan kebaikan bermakna seseorang perempuan ketika berbicara dengan lelaki ajnabi tidak menggunakan perkataan yang halus dan merdu, iaitu seseorang perempuan tidak berbicara dengan lelaki ajnabi seperti dia berbicara dengan suaminya.

6) Imam al-Baidhawi berkata, seseorang perempuan tidak boleh meluahkan bicaranya dengan lembut dan halus seperti ungkapan perempuan yang meragukan. Berkatalah dengan perkataan yang makruf ialah perkataan yang baik dan tidak meragukan.

7) Asy-Syahid Sayyed Qutub berkata di dalam kitabnya Fi Zilal al-Qur'an, syarak Islam melarang seseorang perempuan ketika mereka bercakap-cakap dengan lelaki ajnabi dengan menggunakan suara yang nyaring, menundukkan suara dan lembut. Gaya ini boleh membangkitkan nafsu syahwat lelaki, menggetarkan keinginannya, lelaki yang tidak baik naitnya akan teringin dan menggerakkan kehendaknya.

Siapakah yang telah dilarang oleh Allah dengan tegahan ini? Mereka adalah para isteri Nabi SAW dan Ummahatul Mukminin, apa yang jelas oleh pemikiran kita sekali imbas. Pada zaman bilakah larangan ini disuarakan? ianya adalah pada zaman Nabi SAW, pada zaman manusia yang baik-baik dan terpilih dari semua zaman. Tetapi, Allah yang menjadikan lelaki dan perempuan Maha Mengetahui bahawa suara perempuan ketika ditundukkan ungkapannya dan dilunakkan lafaznya akan membangkitkan syahwat lelaki yang tidak baik dan menggerakkan godaan di dalam hati lelaki. Hati-hati lelaki yang tidak baik sentiasa wujud pada setiap zaman dan pada setiap suasana. Mereka sentiasa memberikan tumpuannya kepada setiap perempuan sekalipun perempuan itu para isteri Nabi SAW dan Ummul Mukminin. Setiap masa tidak akan bersih dari kekotoran dan tidak akan hilang najisnya sehinggakan tertegah beberapa sebab yang mendorong dari dasarnya. Itu pada zaman kenabian.

Bagaimana dengan masyarakat kita yang kita hidup pada hari ini, pada masa kita ini yang dipenuhi dengan kekotoran yang melemahkan, yang sentiasa membangkitkan fitnah, di dalamnya sentiasa memberontakkan syahwat dan di dalamnya sentiasa menggerakkan keinginan nafsu?! Bagaimana dengan kita pada suasana ini yang pada setiap detik membangkitkan fitnah, menggerakkan nafsu syahwat, melonjakkan kemahuan jiwa dan membangkitkan gerakan seks yang beracun?? Bagaimana dengan kita dalam masyarakat ini, dalam masa ini, dalam suasana ini, perempuan-perempuannya yang melenggangkan suara mereka, melemahkan suara mereka, mengumpulkan semua godaan mereka, setiap getaran seks, setiap kemuncaknya syahwat, kemudian mereka meluahkannya dalam gegaran suaranya dan dendangannya. Seperti inikah mereka dianggap sebagai perempuan yang suci?? Bagaimana mungkin kesucian boleh terbayang dalam suasana yang mengotorkan, sedangkan diri-diri perempuan-perempuannya, gerakan lenggangnya dan getaran suaranya membisikkan bicara keji yang Allah sendiri hendak menghapuskannya dari para hambaNya yang terpilih??!!

Berkatalah dengan ungkapan yang baik. Sebelumnya, Allah sentiasa melarang seseorang perempuan dari nyaringan suara lembut dan gaya bahasa yang melemahkan jiwa lelaki. Dalam masalah ini, Allah memerintahkan kepada mereka agar perbicaraan mereka dalam perkara yang diketahui, bukannya jarang berlaku. Tajuk perbicaraan kadang-kadang menggerakkan syahwat seperti juga gaya bahasa yang diluahkan oleh mereka. Oleh itu, antara perempuan ajnabiah dan lelaki ajnabi tidak sewajarnya mengungkapkan bicara yang bergetar, tidak bersenda gurau, tidak meluahkan ungkapan yang mentertawakan, tidak bermain-main, berjenaka agar segala ungkapan ini tidak dijadikan sebagai jalan masuk kepada perkara lain di sebaliknya sama ada dalam masa terdekat atau dalam jangka masa panjang.


Islam, Iman, Ihsan, Qiamat dan tanda-tandanya [Hadis 40-Hadis 2] Imam An-Nawawi


عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَیْضًا قَالَ: (( بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْ هِ
وَسَلَّمَ ذَاتَ یَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِیْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِیْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ یُرَى عَلَيْهِ أَثَ رُ
السَّفَرِ وَلاَ یَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِي صلى الله عليه وسلم ، فَأَسْنَدَ رُآْبَتَيْهِ إِلَى
رُآْبَتَيْهِ، وَوَضَعَ آَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَیْهِ، وَقَالَ: یَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَم، فَقَالَ رَسُولُ ا للهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : الإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ، وَتُقِيْ مَ
الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّآَاةَ، وَتَصُوْمُ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاَ. قَا لَ
صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ یَسْأَلُهُ وَیُصَدِّقُهُ. قَالَ أَخْبِرْنِي عَنْ الإِیْمَانِ، قَالَ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلاَئِكَتِهِ،
وَآُتُبِهِ، وَرَسُلِهِ، وَالْيَوْمِ الآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ
الإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ آَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ یَرَاكَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ
السَّاعَةِ، قَالَ: مَا المَسْؤُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّاِئلِ. قَالَ: فَأَخْبِرنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ: أَنْ تَلِ دَ
الأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الحُفَاةَ العُرَاةَ العَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ یَتَطَاوَلُوْنَ فِي البُنْيَانِ، ثُمَّ انْطَلَقَ،
فَلَبِثْتُ مَلِيَّا، ثُمَّ قَالَ: یَا عُمَر، أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلُ؟ قُلْتُ اَلله وَرَسُولُهُ أَعْلَم. قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِیْ لُ
أَتَاآُمْ یُعَلِّمُكُمْ دِیْنَكُمْ )) رواه مسلم.

Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: 
 
Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. 
 
Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. 
 
Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. 
 
Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda:
 
Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.
 
Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no: 2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah, no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346).
 
Pokok Perbincangan Hadis :
1) Kedudukan hadis ini - ibu kepada hadis-hadis lain. mengandungi penjelasan Din secara keseluruhannya. 
 
2) Islam - terangkum ibadat badani/ lisani/ maali/ badani wa maali.
 
3) Iman - asal iman/ iman dan islam/ qaul - amal juga sebahagian dari iman. hadis Imatotul atza - tolak pendapat Al Murji’ah. man kepada qadho’ dan qadar………..
 
4) Membezakan antara sifat Allah dengan sifat makluk…cth. Ilmu Allah…
 
5) Tanda-tanda kedatangan hari Qiamat..
 
6) Sifat-sifat Jilbril (Ruh Al-Amiin) : rupa asal - 2 kali
- tahun ketiga dilantik menjadi rasul - di langit
- semasa isra’ dan mi’raj - mempunyai enam ratus sayap.
 
Pengajaran hadis:

Agama lslam adalah agama yang datang dari Allah. Oleh itu ia dipanggil agama samawie atau bersifat Rabbaanie, iaitu bersumberkan wahyu dari langit yang diturunkan melalui malaikat Jibril. la bukanlah agama ciptaan akal manusia yang cetek, kerana itu ia amat sesuai untuk seluruh umat manusia di setiap tempat dan zaman. 
 
Hadis ini menerangkan tiga tunggak agama, iaitu rukun lslam, rukun iman dan ehsan. 
 
Rukun lslam lima perkara iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang lima waktu, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullahilharam. 
 
Rukun lman enam perkara iaitu percaya atau beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para Rasul, hari Qiamat dan beriman dengan qadar baik dan buruk datang dari Allah. 
 
Kesempurnaan seorang mukmin akan tercapai apabila dia menunaikan segala rukun lslam, menyempurnakan tuntutan rukun iman dan sifat ehsan. lslam tidak sempurna kalau hanya diambil dari segi zahir sahaja, atau batin sahaja atau aspek kerohanian semata-mata. Kesempurnaan lslam hanya akan terserlah apabila diamalkan keseluruhannya. 
 
llmu dalam lslam mestilah dipelajari secara berguru dan berdasarkan panduan yang betul. llmu agama tidak boleh dipelajari melalui mimpi dan sebagainya. 
 
Seorang murid mestilah mempunyai adab-adab yang tinggi sebagaimana beradabnya Jibril ketika datang mengadap Rasulullah SAW untuk bertanya beberapa soalan agama. Demikian juga seorang guru mestilah mempunyai adab yang tinggi. Dia sewajibnya hanya mengajar atau menjawab soalan
yang diketahui dan meninggalkan apa yang dia tidak tahu. ltu adalah tanda wara' para ulama dan orang berilmu. 
 
Hari qiamat adalah peristiwa besar yang menjadi salah satu rukun lman. Tiada seorang manusiapun yang tahu bila ia akan berlaku, walaupun Rasulullah SAW. la adalah sebahagian dari ilmu ghaib yang tidak diketahui kecuali oleh Allah SWT. Sesiapa yang mengaku tahu bila berlaku qiamat atau mengetahui ilmu ghaib, maka dia adalah seorang penipu besar. 
 
Walaupun tarikh qiamat tidak diketahui, namun ada beberapa tanda yang menunjukkan ia hampir tiba, antaranya ialah terjadi peristiwa seorang ibu melahirkan tuannya atau bossnya sendiri, yang menjadi hamba kepada anaknya. Di akhir zaman juga berlaku peristiwa si-miskin yang papa merempat bertukar menjadi hartawan yang kaya raya.

Bagaimana Menyusun Tarbiyah?


Assalamu'alaikum saudara seaqidah ku sekalian, artikel ini ana sajikan untuk diri dan antum semua. Tarbiyah merupakan elemen yang penting dalam diri, demi menjadikan diri lebih taat dan bersemangat untuk meneruskan hidup. Namun begitu, kita perlu tahu akan cara menyusun tarbiya, sama ada untuk diri mahupun orang lain. Sehubungan dengan itulah ana sajikan artikel ini. Mulakan bacaanmu dengan Nama Tuhan yang Maha Esa...

Beberapa panduan perlu diperhatikan dalam menyusun program tarbiyah. Memandangkan sebahagian besar peserta tarbiyah terdiri daripada golongan dewasa, pendekatan tarbiyah perlu didasari oleh kefahaman terhadap psikologi dan gelagat golongan dewasa. Ini juga bererti ukuran kejayaan dan keberkesanan tidak boleh bersifat stereotaip.

Alam pelajar di bangku persekolahan atau pusat-pusat pengajian tinggi telah berlalu bagi kebanyakan golongan dewasa. Idealisme, kehidupan terfokus dan dimensi hidup yang belum begitu luas biasanya melahirkan satu kefahaman dan satu model pelaksanaan tarbiyah. Namun demikian, kita perlu menyedari bahawa idealisme ini telah berubah kepada satu yang lebih seimbang dan realistik. Dengan itu banyak faktor mendatang seperti profesion, kekeluargaan, tuntutan sosial dan seum-pamanya yang perlu diambil kira dalam menyusun satu program tarbiyah yang berkesan untuk ahli-ahli.

Panduan Penting

Dengan mengambil kira psikologi dan gelagat kita sebagai golongan dewasa, di antara panduan-panduan penting dalam menyusun tarbiyah berkesan adalah seperti berikut:

1. Kecenderungan Mempelajari Sesuatu yang Baru dan Praktik


Kita lebih cenderung untuk mempelajari pengalaman-pengalaman baru secara spesifik. Mengulang-ulang sesuatu kefa-haman secara teori dan konsepsi tanpa nilai praktik biasanya membosankan. Gelagat ini berlaku kerana perubahan cara kehidupan yang kita lalui dalam menangani perkembangan sosial dan kekeluargaan, profesion dan profesionalisme serta peningkatan usia.

Dalam sudut tarbiyah, kecenderungan ini perlu dilihat secara positif dari segi begaimanakah ilmu, kefahaman dan perbincangan yang diisi dalam program tarbiyah dapat dilihat oleh ahli-ahli sebagai persediaan ke arah meng-gerakkan kerja yang praktik. Bentuk-bentuk kerja ini mesti bertepatan dengan misi dan wawasan organisasi. Di samping itu kerja-kerja ini pula mesti wujud dalam bentuk yang ketara dan dapat diukur seperti membina tadika, mengendalikan sekolah, menyusun program rumah anak yatim, melancarkan program kaunseling remaja di peringkat daerah dan seumpamanya.

2. Keinginan Mempelajari Sesuatu yang Baru adalah Berkadar dengan Perubahan Cara Kehidupan


Kita juga bertambah cenderung untuk mempelajari sesuatu yang baru dalam konteks relevannya perkara tersebut dengan kehidupan harian kita. Secara tabii, kita lebih bersedia memberi tumpuan dalam mempelajari sesuatu yang dapat membantu secara langsung kehidupan kita. Lapan puluh hingga sembilan puluh peratus daripada golongan dewasa mempelajari sesuatu ilmu kerana ingin menggunakan ilmu atau kepakaran yang dipelajari. Ini bererti lebih banyak perubahan cara kehidupan yang kita alami, maka akan bertambah pula kita terdorong untuk mencari peluang bagi meningkatkan kompetensi diri ke arah kecemerlangan banyak didorong oleh sesuatu yang mendefinisikan peranan dan tugas dalam kehidupan harian.

Tidak dapat dinafikan bahawa profesion adalah sesuatu yang penting dan menjadi tumpuan kehidupan kita semua. Secara umum, sebagai pendakwah profesion kita adalah dakwah tetapi perlu diingat hanya segelintir sahaja di kalangan kita yang berpeluang untuk menjadikan dakwah sebagai profesionnya sepenuh masa. Kita memberi masa yang begitu besar terhadap tugas-tugas harian profe-sion kita. Dengan itu tidak dapat tidak profesion tersebutlah yang men-dasari pemikiran kita tentang pengertian dan tuntutan pe-ningkatan kompe-tensi dan kecemerlangan.

Oleh kerana kita tidak mengik-tiraf dikotomi dalam pengertian ibadah, maka amat-lah wajar program tarbiyah dilihat dari-pada sudut bagaimana ia mampu menjadikan tahap-tahap perubahan hidup kita sebagai satu yang sah dan realistik, bukan menidak ataupun menafikannya. Ini bererti program tarbiyah mesti dipaksikan di atas prinsip mengisi asas-asas pokok yang tidak boleh tidak, wajib dilaksanakan seperti pengukuhan iman, pembersihan hati, peningkatan akhlaq serta pembinaan fikrah Islamiyah yang sahih. Tetapi dalam masa yang sama program tarbiyah mesti membuka ruang seluas-luasnya bagi meningkatnya segala minat dan kecenderungan bagi membolehkan penglibatan yang luas daripada semua pihak menurut minat dan bidang masing-masing. Yang penting asalkan keluasan bidang ini semuanya dapat dijuruskan bagi meningkatkan amal dakwah ahli-ahli sama ada melalui wadah JIM ataupun saluran-saluran dakwah yang lain bersesuaian dengan keadaan ahli-ahli tadi.

3. Penguasaan Kemahiran Baru Biasanya Memberikan Kepuasan


Sebagai golongan yang peka terhadap prestasi, kecemerlangan serta kewibawaan diri, kita merasakan satu kepuasan di atas pencapaian yang kita alami. Ini benar sama ada yang dicapai itu kejayaan berbentuk ganjaran yang jelas ataupun pencapaian di segi penguasaan sesuatu ilmu atau kemahiran baru.

Memandangkan kefahaman kita ter-hadap konsep ikhlas dalam amal, adalah semestinya rasa kepuasan itu ditunjangi oleh rasa syukur atas anugerah Allah taala. Ini bererti. program tarbiyah hendaklah dilaksanakan sebagai satu proses berterusan agar ia merupakan satu proses yang bertujuan untuk terus menerus meningkatkan kemahiran seseorang ahli dalam ia menyempurnakan peranannya sebagai mukmin dan mukminah yang berbakti kepada Khaliqnya, berkhidmat kepada Ad-Din, berjasa kepada ummah dan mampu memberi sumbangan dan mampu memberi sumbangan positif kepada organisasi.

Dengan jelas, program tarbiyah yang berkesan adalah sesuatu yang mampu meningkatkan ahli ke tahap di mana ia benar-benar mempunyai keyakinan diri bahawa ia telah memberi sesuatu sumbangan yang bermakna kepada Islam, ummah dan organisasi sendiri.

Mengolah Bahan Tarbiyah Yang Berkesan


Program tarbiyah mesti diasaskan di atas pembinaan iman, akhlak dan kefahaman. Dalam proses itu program tarbiyyah juga semestinya mewujudkan suasana ukhuwwah dan mahabbah di kalangan ahli-ahli. Ini merupakan salah satu objektif program tarbiyah.

Walau bagaimanapun, kedua-dua perkataan ini hanyalah pra-syarat ke arah objektif tarbiyah yang lebih luas, iaitu menggerakkan ahli-ahli kepada amal dan pencapaian strategi dakwah. Ini bererti bahawa, di samping bahan-bahan asas seperti Tafsir Al-Quran, syarah Al-Hadits, ilmu Aqidah, ilmu Akhlaq, ilmu Dakwah dan yang seumpamanya, bahan-bahan lain yang mampu menggerakkan ahli-ahli kepada amal adalah sesuatu yang amal mustahak.

Proses pentarbiyahan yang melibatkan golongan dewasa memerlukan penelitian yang rapi di segi pengolahan bahan tarbiyah yang seimbang dan berkesan. Di antara panduan penting dalam mengolah bahan tarbiyah golongan dewasa adalah seperti berikut:

1. Golongan dewasa lebih berminat kepada bahan-bahan khusus yang berkaitan dengan tugas yang hendak dilaksanakan serta pengetahuan dan kefahaman yang berkaitan dengan masalah-masalah yang dihadapi.

2. Golongan dewasa lebih cenderung untuk menyepadukan idea-idea baru dengan idea-idea yang telah sedia kita miliki.

3. Bahan-bahan atau maklumat yang bercanggah dengan apa yang telah dipegang sebagai benar memerlukan masa yang lebih untuk diserapkan.

4. Sesuatu kefahaman atau maklumat yang tidak mempunyai perkaitan konsepsi dengan apa yang telah ditanggapi oleh golongan dewasa akan difahami dengan kadar yang perlahan.

5. Sesuatu kefahaman yang memerlukan penghadaman secara perlahan akan diperbaiki melalui mempelajannya secara lebih tepat melalui pengalaman - buat dahulu dan lihat kesannya kemudian.

6. Golongan dewasa biasanya lebih cenderung untuk menganggap kesilapan sebagai sesuatu yang begitu peribadi agar ia tidak menjejaskan kewibawaan diri mereka. Dengan itu biasanya mereka tidak mahu mengambil risiko yang berlebihan dalam mencuba sesuatu yang baru.

7. Dengan kepelbagaian dimensi dan dinamisme kehi-dupan, golongan dewasa lebih suka kepada perbin-cangan yang ditentukan sendiri arah dan temponya. Dengan itu, ada kecenderungan agar mereka sendiri terlibat dan merasa terlibat dalam menentukan bentuk dan bahan perbincangan bagi sesuatu program tarbiyah.

8. Media seperti buku, slide, video dan seumpamanya didapati berkesan dan amat mempengaruhi pembelajaran mereka.

9. Dalam menghadapi realiti hidup harian yang mencabar, mereka lebih gemar ke-pada bahan-bahan yang menjelaskan “Bagai-mana Hendak Melaksanakan Sesuatu”.

10. Golongan dewasa juga boleh menjadi kecewa sekiranya dalam kumpulan yang sedang membincangkan sesuatu pengetahuan dan kefahaman itu terdapat orang-orang yang tidak kompeten dan terlalu lembab.


Dipetik dari buku Bimbingan Tarbiyah oleh Saari Sungib & Aliza Jaafar, ms 43 - 47, terbitan JIM, tahun 1994.


NIAT [ Hadis 40- hadis 1 ]- Imam Nawawi

 


عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم
القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab :إنما الأعمال
بالنية))  باب قوله) hadis nombor 1908

Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam.

Pokok perbincangan hadis :

1) Sebab keluar Hadis ini - kisah Hijrah Ummu Qais

2) Kenapa niat penting :
untuk bezakan ibadat dengan adat. untuk tentukan qasad amal - adakah untuk Allah atau lainnya.

3) Hukum melafazkan niat(jahr) - bid’ah mungkarah :
tidak thabit dalam quran dan sunnah - (asal ibadah haram kecuali berdalil) - fuqaha’ Syafie : sunnat. haram sekiranya dengan jahr niat boleh mengganggu orang lain (solat).

4) Kesan niat baik pada perkara yang harus :
dikira sebagai qurbah (hampir dengan Allah), dan diberi pahala baginya. makan minum - niat nak buat ketaatan/ memberi nafkah - (hak anak/isteri) jima’@ bergaul dgn isteri - dikira ibadah (memberi hak).

5) Beberapa Langkah Perkara Harus bertukar menjadi Qurbah:
Tidak boleh jadikan gambaran luaran perkara harus sebagai qurbah. Cth- berdiri di bawah panas matahari …..(hadis nazar seorang lelaki) Perkara yang mubah sebagai wasilah kepada ibadah. Mengambil ia sebagai tasyri’ ilahi - yakin bahawa ianya harus/ tidak melampau/ menepati syariat. Menganggap ianya sebagai juz’ie - tak boleh berpanjangan sehingga membinasakan diri - sprt - tak makan - berdosa.

Antara pengajaran hadis:
Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah. Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya. Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya. Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.

GEJALA-GEJALA PENYAKIT ROHANI

PENGERTIAN ROHANI


Perkataan rohani dalam bahasa Malaysia sering dikaitkan dengan : hati, kalbu, jiwa, mental, fikiran dan sebagainya yang mewujudkan sebagai suatu unsur peribadi manusia yang paling unik yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera. Tetapi gejala dalam kerjanya dapat dirasakan. Gejala itu misalnya: menangkap dan menyimpan pengertian, mengingat, berfikir, berkemahuan, rindu, sedih, gembira dan sebagainya.

Imam Ghazali dalam kitab Ihya' ulumiddin menerangkan bahawa roh itu ada dua makna.

Pertama berupa jenis yang halus dan bersumber dari rongga hati jasmani dengan perantaraan otot-otot dan urat yang bermacam-macam tersebar ke seluruh bahagian-bahagian badan.

Kedua, ianya berupa sifat halus pada manusia yang dapat mengetahui sesuatu dan dapat menangkap segala pengertian. Banyak pengertian yang dikemukakan mengenai jiwa namun begitu belum ada yang dianggap memuaskan.

Keterangan tentang adanya penyakit rohani itu dikemukakan di dalam Al-Quran antaranya:

Firman Allah yang bermaksud:

‘Dalam hati mereka ada penyakit, maka Allah tambah penyakit mereka dan adalah bagi mereka siksaan yang pedih dengan sebab apa-apa yang mereka dustakan’.

(Q.S. Al-Baqarah, ayat 10)

LEMAH DAYA KERJA

Jika seseorang itu sihat rohaninya ia akan memiliki kemampuan beramal yang tinggi, ghairah bekerja dan bersemangat untuk maju dalam kebaikan. Sebetulnya orang yang mengidap penyakit rohani akan nampak kemundurannya dalam kemampuan bekerja,
hilang ghairah dan semangatnya untuk maju. Yang menonjol hanyalah kelemahan dan kemalasan.

TUMPUL FIKIRANNYA

Orang yang sihat rohaninya mudah menangkap kebenaran, hatinya selalu dipancari (nur) kebenaran. Adapun orang yang sakit rohaninya terlihat adanya kebodohan, kelemahan dalam berfikir sehingga susah menerima kebenaran. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Ertinya : ‘Tidakkah mereka mahu berjalan di muka bumi, supaya ada bagi mereka hati yang mereka boleh mengerti dengannya, atau telinga yang boleh mendengar dengannya. Sesungguhnya bukan penglihatan yang buta tetapi hati mereka yang ada di dalam dada itulah yang buta’.

(Q.S. Al-Haj, ayat 46)

Mereka begitu susah menangkap kebenaran, sekalipun dengan perbandingan dan perumpamaan sahaja. Dalam hati mereka terdapat kotoran yang menutup mata hatinya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

Dan sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam terhadap sejumlah jin dan manusia. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak mahu mengerti dengannya dan mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya dan mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya. Mereka itu seperti binatang, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai’.

PENDANGKALAN RASA

Orang yang sihat rohaninya ialah orang yang begitu terkesan apabila mendapat nikmat dan rahmat Allah yang diterimanya dengan penuh syukur. Adapun bagi orang yang tidak pandai bersyukur dengan nikmat Allah dianggap sebagai memiliki perasaan dangkal dan kelemahan zauq. Pendangkalan rasa terhadap nikmat Allah itu dapat dipandang sebagai gejala penyakit rohani. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Apabila kesukaran menimpa manusia, mereka seru Tuhan dalam keadaan berserah diri kepadaNya, kemudian apabila ia rasakan kepada mereka rahmat daripadaNya, tiba-tiba segolongan daripada mereka menyekutukan Tuhan mereka.’
(Q.S. Rum, ayat 33)

GELISAH DAN KELUH KESAH

Orang yang sihat rohaninya, terdapat ketenangan pada air mukanya. Sebaliknya orang yang mengalami gangguan penyakit rohani, terdampar pula melalui sikapnya yang diliputi kegelisahan dan keluh kesah. Kegelisahan dan keluh kesah itulah yang merupakan pencerminan daripada ketidak stabilan mental.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat gelisah. Apabila bahaya mendatangani dia keluh kesah. Dan apabila mendapat kebaikan amatlah kedekutnya. Kecuali orang yang mengerjakan sembahyang. Yakni mereka yang tetap dalam sembahyangnya’.

(Al-Maarij, ayat 19-23)

LIAR TERHADAP KEBENARAN

Salah satu daripada tanda ketenangan jiwa ialah kecenderungan mencari dan menerima kebenaran dan menolak kebatilan. Fikirannya tenang dan sentiasa mempertimbangkan sesuatu itu dengan baik. Sebaliknya orang yang liar terhadap kebenaran dan tidak senang mendengarkan mutiara-mutiara hikmah dapat dipandang sebagai orang yang terkena penyakit rohani.

Allah s.w.t. berfirman yang ertinya:

Apakah di dalam hati mereka ada penyakit, atau mereka ragu ataupun mereka khuatir kalau-kalau Allah dan RasulNya menganiaya mereka. Tidak! Bahkan mereka itulah orang yang zalim.
(Q.S. An-Nur, ayat 50)


BURUK SANGKA

Salah satu daripada tanda penyakit rohani ialah prasangka-prasangka yang buruk, antara lain anggapan yang bukan-bukan terhadap Allah dan RasulNya. Firman Allah yang bermaksud:

‘Dan ingatlah ketika orang munafik dan orang yang dihatinya ada penyakit berkata: ‘Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan tipuan.’

(Al-Ahzab, ayat 12)

Selain mempunyai prasangka yang buruk terhadap Allah dan RasulNya, ia juga mempunyai prasangka yang buruk dan suka curiga terhadap orang lain tanpa alasan.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Wahai orang yang beriman, tinggalkanlah sebahagian besar daripada sangka-sangka, kerana sebahagian daripada sangka-sangka itu dosa.’

(Q.S. Al-Hujarat, ayat 12)

SUKA MENGHASUT (FITNAH)

Jika orang yang sihat rohaninya selalu rindukan ketenangan, kedamaian dan ketenteraman, sebaliknya orang yang berpenyakit rohani kadangkala suka menghasut dan menimbulkan pergaduhan dan keributan. Sebab itulah sikap suka menghasut dan menimbulkan kegemparan di dalam masyarakat dapat dipandang sebagai penyakit rohani. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Sesungguhnya kalau orang munafik dan mereka yang dihatinya ada penyakit dan penggempar-penggempar (penghasut-penghasut) di Madinah tidak menghentikan (kegiatannya) sudah tentu kami akan perintahkan engkau menyerang mereka, kemudian mereka tiada dapat tinggal berjiran dengan engkau kecuali sementara waktu saja.’

(Q.S. Al-Ahzab, ayat 60)

MENARUH HATI TERHADAP WANITA YANG SUDAH BERSUAMI

Salah satu gejala daripada ketidak-normalan jiwa ialah sikap menaruh hati dan berkeinginan terhadap wanita-wanita yang sudah mempunyai suami. Kerana itulah, maka Allah memberi nasihat kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. Firman Allah s.w.t. bermaksud:

Hai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak sama dengan seorangpun dari wanita-wanita lain jika kamu berbakti. Maka janganlah kamu berlembut kata (kepada lelaki lain), kerana akan menaruh harapan (akan timbul keinginan) orang yang hatinya ada penyakit melainkan ucapkanlah perkataan yang sopan.’
(Q.S. Al-Ahzab, ayat 32)

Di antara ahli tafsir ada yang mentafsirkan pengertian penyakit dalam ayat tersebut sebagai syahwat zina. Keterangan ini logik kerana orang yang normal fikirannya tentu dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang halal dan mana yang haram. Adapun orang cenderung kepada hal-hal yang tidak wajar dan menyimpang dari nilai-nilai moral maka ia dipandang sebagai kelakuan yang tidak normal.

KEROSAKAN YANG DITIMBULKAN OLEH PENYAKIT ROHANI

Setiap orang merasakan dan mengetahui betapa buruknya akibat-akibat penyakit jasmani yang menimpa seseorang. Tetapi penyakit rohani sebenarnya mempunyai akibat-akibat buruk yang lebih serius daripada penyakit jasmani. Antaranya ialah:

1. MENGGANGGU KETENANGAN

Orang yang berpenyakit rohani tidak akan dapat menikmati ketenangan hidup. Hal ini bererti mencelakakan dan meruntuhkan kebahagian. Hanya orang yang sihat rohani sajalah yang dapat menikmati ketenangan dan kebahagiaan.

2. MENJAUHKAN DIRI DARI TUHAN

Penyakit rohani dalam istilah lain disebut ghibah, sifat buruk, muhlikat, sifat buruk yang merosakkan atau ahlqul mazmunah yakni akhlak yang tercela. Sifat dan sikap mental yang demikian amat tidak diredai oleh Allah dan diperhitungkan sebagai dosa; misalnya munafik, iri hati, sombong, dan lain-lainnya. Dengan demikian memiliki sifat dan sikap tersebut bererti membuat diri dimurkai dan kian jauh dari Tuhan.

3. MELUMPUHKAN DAYA KERJA

Jika orang yang sihat rohaninya dia akan dapat bekerja dengan tekun dan beramal kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya sebagai bakti kepada Allah dan ihsan kepada sesama manusia. Sebaliknya orang yang berpenyakit rohani, daya kerjanya lumpuh dan tidak sanggup melakukan sesuatu yang penting dan bernilai dalam pembangunan. Jika seseorang hanya pandai merosak tetapi tidak pandai membangun maka dapatlah dipandang orang itu sebagai sampah masyarakat bahkan lebih buruk daripada sampah.

4. MEROSAKKAN JASMANI

Ahli-ahli di bidang kesihatan pada umumnya sependapat bahawa penyakit-penyakit rohani mengakibatkan berlakunya kerosakan pada jantung, tekanan darah, saraf, paru-paru dan sebagainya. Gangguan mental menyebabkan orang merasa tidak enak makan, dan tidak dapat tidur. Apabila penyakit rohani itu berlarutan tanpa ada usaha pengubatan dan pencegahan, maka akan membahayakan dirinya sendiri mahupun bagi orang lain.

Apabila penyakit itu kian bertambah berat, sehingga ke tahap membahayakan orang lain serta tidak dapat lagi memahami kenyataan-kenyataan hidup maka orang itu pasti terkena tekanan penyakit gila atau janun. walLahu'alam.

Harap menjadi pilihan