Assalamu 'Alaikum wbt. Setiap hati pasti merindui kebenaran dan keadilan yang hakiki, namun ia tidak akan datang pada diri andai hati kelam dan sedang dilanda penyakit serta virus yang merosakan.
Manakah pergi iman yang sejati?
mengapa jauh engkau pergi dari hati?
puas sudah ku mencari,
namun hanya kelemahan yang aku jumpai,
tekadku tiadak akan pernah hilang,
walau jiwa dan raga menjadi maharnya,
itulah suka dan duka sang pejuang,
badai ombak setia hadir dalam hidupnya,
hati itu teman bagi iman,
menjadi teman dunia dan akhirat,
jangan dibiar salah satu keseorangan,
bahaya bertandan pasti menjerat,
iman itu kemudi bagi hati,
membawa hati bertemu sang Pengasih,
pertemuan yang agung yang tiada tandingannya,
itulah yang diusahakan oleh kekasih-Nya yang agung.
cinta keimanan tidak mudah jatuh pada yang fana',
kerna ia tahu akan hakikat cinta yang suci,
dunia hanya sekadar dipinggiran hati,
kerana akhirat menjadi pagarnya,
bila engkau jatuh,
jangan takut untuk bangun,
dakaplah janji-Nya,
kerana dakapan itu membawa kehangatan pada hatimu,
[ Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka). (surah fathir: 5 ) ]
usah gusar pada ketidak hadiran cinta makhluk,
kerna kebanyakannya penuh dengan kehinaan,
usah engkau lemah,
teguhlah dalam perjuangan menuju ILAHI,
salam ukhuwwah seutuh sayang buat saudara-saudara seaqidahku, semoga dalam benak hati dan kotak fikiran sentiasa ada fikir dan risau pada ummat...
nukilan: tinta_mujahid
12 March 2010/ 26 Rabi al-awaal 1431
1 comments:
salam.. sy amik sbahagian saudara punya note, tazkirah ke laptop sy utk motivasi sy n sahabat lain tau..syukran..smoga saudara n sume hamba-Nye yg beriman dberkati n drahmati oleh Allah..Amin
Post a Comment