Duhai Mujahid...
ketahuilah perjuangan tidak pernah tenang,
jangan engkau lemah dalam berjuang,
engkau tidak boleh kalah pada syaitan,
kerana ia menjauhkan dirimu dari Tuhan,
Duhai mujahid...
prinsip berjuang bererti sedia terkorban,
sama ada syahid atau kemuliaan,
tepukan semangat jihadmu,
agar engkau teguh dalam perjuanganmu,
Duhai mujahid...
jadikan dirimu seteguh singa padang pasir,
tidak lemah dilanda dek ujian mendesir,
teguh dalam melawan kemungkaran,
namun tetap rebah di hadapan Rabbul 'Alamin,
Duhai mujahid...
hapuskan segala niat buruk dalam diri,
agar tiada benci membelengu hati,
jadikan zikrulLah amalan harian,
penawar buat hati yang sakit,
Duhai mujahid...
tabahlah dalam menyampaikan risalah suci,
padukan semangatmu sebagai da'i,
ketahuilah Allah sentiasa di sisimu,
oleh itu, yakinlah akan janji Tuhan-mu
Duhai mujahid...
Andai engkau tiada tempat untuk berlindung.
katakan: cukuplah Allah sebagai pelindung,
jika engkau hilang kekuatan dan daya,
ketahuilah Allah jua yang memiliki segalanya,
Duhai mujahid...
perangi nafsu amarahmu,
tiada yang baik andai ia menguasai dirimu,
contohi peribadi junjungan besar,
tiada amarah yang melanda walaupun dihina insan kafir,
Duhai mujahid...
rebahkan hatimu pada Tuhan-mu,
andai engkau dalam duka yang pilu,
ketahuilah itulah yang Tuhan-mu mahu,
dari insan yang bergelar hamba.
nukilan: tinta_mujahid
30 muharam 1431/ 16 januari 2010

0 comments:
Post a Comment