Assalamu’alaikum, semoga insan yg sedang membaca artikel yang penuh kekurangan ini sentiasa dalam keadaan sihat, sama ada zahir dan batinnya. Namun yang paling ana harapakan adalah Iman antum sentiasa dalam keadaa yang sihat dan hati sentiasa berhubung dengan Allah.
Wahai saudara seaqidahku sekalian, ketahuilah kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan di akhir zaman, yakni umat Nabi Muhammad, ketahuilah berapa ramai nabi yang meminta untuk menjadi umat akhir zaman? Renungilah bertapa bertuahnya kita menjadi umat akhir zaman. Walaupun begitu, ingatlah wahai saudaraku sekalian menjadi umat akhir zaman semata-mata tanpa amal soleh, iman di hati dan akhlak yang bersih, tidak menjamin untuk kita selamat di hari pembentangan nanti.
Oleh itu, wahai saudaraku sekalian memperbaiki diri adalah perkara asas untuk menuju ke arah kehidupan yang penuh dengan berkat dan ketenangan. Apa yang perlu kita buat? Hmmm…. Sentiasalah kita bersidang dengan mahkamah hati. Mengapa? Ketahuilah hatilah bermulanya sesuatu tindakan seseorang insan, andai hati yang memandu diri itu hati yang haq maka tiadalah kejahatan datang dari dirinya.
Dari Nu’man Bin Basyir r.a berkata, aku mendengar RasululLah s.a.w besabda (Nu’man mengerakan jari-jemarinya ke telinganya): Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas dan perkara-perkara yang haram itu jelas dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat ( tidak jelas hukumnya ) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Oleh kerna itu, barang siapa menghindari perkara syubhat, ia telah membebaskan agama dan kehormatannya. Dan orang yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti telah terjerumus ke dalam perkara haram, seperti pengembala yang mengembalakan di sekitar tempat terlarang, maka kemungkinan besar gembalaannya akan masuk ke tempat terlarang, maka kemungkinan besar gembalaannya akan masuk ke tempat itu. Ketahuilah! Sesungguhnya setiap penguasa itu memiliki daerah terlarang. Ketahuilah! Sesungguhnya daerah telarang milik Allah adalah apa-apa yang diharamkan-Nya. Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat segumpal daging, apabila ia baik, maka akan baik pula seluruh tubuh, dan jika ia rusak, maka akan rusak pula seluruh tubuh, ketahuilah itu adalah hati. (HR Bukhari dan Muslim).
Amat perlulah untuk kita sentiasa bersidang dengan mahkamah hati, ini kerana iman tidak akan mudah untuk bertapak di dalam hati yang mati atau tiada muhasabah dalam hariannya. Hati itu tidak akan lurus apabila tiada usaha untuk bermuzakarah dengannya, ia umpama akal, ia tidak akan faham apa tujuannya apabila tidak cuba untuk mendekatinya melalui persidangan atau muzakarah. Hati itu penuh dengan misteri, kita sendiri tidak tahu akan rahsia hati kita. Hanya Allah saja yang MAHA Mengetahui akan hati kita. Justeru itu, kita perlulah sentiasa berdoa agar memahami isi hati sendiri. Ok, nak cakap bnyk x pandai jd sampi sini je lah ape yg ana nk kongsikan.
Indahnya lisan kerana tuturnya iman,
Indah hati kerana isinya iman,
Indah akhlak kerana perbuatannya iman,
Ayuh kita sentiasa memperbaharui iman,
Andai hati sejernih air,
Jangan biar ia keruh,
Andai hati seputih awan,
Jangan biar ia mendung,
Andai hati seindah bulan,
Hiasailah ia dengan iman.
Jaga hati, jaga peribadi, jaga diri dan paling utama sekali teruskan perjuangan dalam menyebarkan Islam yg mulia.
0 comments:
Post a Comment