[hadis 40- Hadis 10] Imam an-Nawawi




عَنْ أَبِي هُرَیْرَة رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : (( إِنَّ الله تَعَالَى
طَيِّبٌ لاَ یَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبَا وَإِنَّ الله أَمَرَ المُؤْمِنِيْنَ بِمَا أَمَرَ بِهِ المُرْسَلِيْنَ فَقَالَ تَعَالَى: { یَآ أَیُّهَ ا
الرُّسُلُ آُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا } وَقَالَ تَعَالَى: { یَآ أَیُّهَا الَّذِیْنَ آمَنُوْا آُلُوا مِ نْ
طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاآُمْ } ثُمَّ ذَآَرَ الرَّجُلَ یُطِيْلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ یَمُدُّ یَدَیْهِ إِلَى السَّمَآء: یَا رَبّ!
یَا رَبّ! وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِي بِالحَرَامِ، فَأَنَّى یُسْتَجَابُ لَهُ!
)) رواه مسلم.

یَآ أَیُّهَا الرُّسُلُ آُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحً ( Surah al-Mukminun: 51)
یَآ أَیُّهَا الَّذِیْنَ آمَنُوْا آُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاآُمْ ( Surah al-Baqarah: 172)

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baikbaik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu). Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?

Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Kefahaman Hadis :

1) Suci Allah dari kekurangan / keaiban / tidak perlu rakan dan anak / tidak zalim dan tidak tidur.

2) Diterima atau tidak amalan
- bergantung kepada pemakanannya halal/haram.
- sebab kepada diterima atau tidaknya doa/ibadah.

3) Sebab- sebab diperkenankan doa serta beberapa adabnya:

perjalanan yang jauh - (hadis - tiga jenis doa yang diperkenankan , doa orang yg dizalimi, orang dlm musafir dan doa bapa terhadap anaknya)
berpakaian lekeh (usang) - sebagaimana disunatkan dlm solat Istisqa’.
mengangkat tangan ke langit - hadis nabi berkenaan dengannya.
mengulang-ulang nama Allah - (3x) - sebagai tanda sangat berhajat.
penjagaan makanan, minuman dan pakaian .

Pengajaran hadis:

lslam menuntut umatnya menjaga diri dari semua aspek; kebersihan diri dan hati, keelokan berpakaian, kebersihan amalan perbuatan juga budi pekerti. Sesungguhnya Allah SWT itu baik. Dia hanya menerima perkara yang baik-baik sahaja.

Amalan, pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan makanan seseorang mempunyai hubungan rapat dengan darjat kemuliaan diri dan peningkatan maqam hatinya. Oleh itu, seorang mukmin dituntut menjaga amalan, tingkah laku dan pakaian serta memakan hanya benda yang baik.

Makanan yang baik ialah makanan yang halal. lni tidak menafikan makanan yang berzat dan bervitamin, kerana Allah sifatkan makanan yang baik, bukan sekadar yang halal.

Makanan dan perbuatan yang haram menghalang pembersihan jiwa seseorang, sekaligus menghalang doa daripada dimakbulkan Allah.

Bisikan Hati




Assalamu’alaikum wbt. Kali ini, ana hanya ingin berkongsi sedikit, sikit je, xbanyak, ttg bisikan hati yang dan interaksinya dengan fikiran. Dalam meniti hari ini sungguh banyak dugaan, aduhai, sungguh banyak mehnah dunia yang perlu dihadapi. Seandainya tiada kasih dan sayang dari Allah sudah tentu diriku berundur dan lari dari medan juang ini, Syukurku pd yg Esa. Namun bagi seorang hamba yang bergelar mahasiswa, usaha dan tenaga yang maksimum mesti digunakan untuk menuntut ilmu dan juga menaikan kalimah tauhid di tempat yang paling tinggi, demi daulah Islamiyyah. Diriku tidak sanggup melihat umat islam ketandusan akhlak, ilmu, serta kefahaman agama. Setelah  melihat dan merenung  mehnah manusia selama tujuh tahun lamanya, akhirnya dapat diriku simpulkan jahiliyyah semakin mendekati. Dalam masa tujuh tahun banyak sungguh perkara yang membimbangkan diriku. Baruku sedar dan tahu bagaimana risaunya Rasulullah s.a.w. kepada umatnya, dimana perutnya tidak pernah kenyang, tidurnya tidak pernah lena, bagaimana air matanya mengalir dalam tidurnya, yang kurang rehatnya dan tidak mungkin dapatku senaraikan semua yang RasuluLlah lakukan kepada umatnya, kerana pengorbanan Baginda untuk umat tulus dan suci.

Bagaimana mahuku katakan pada diri, ana mesti kuat dalam menjalani hidup ini. Ya Allah, hampir runtuh imanku dikala merentasi perjalanan dari kediaman menuju ke dewan kuliah, Engkau jua yg tahu akan sakit dan risaunya iman dan hati ketika itu, pada-MU jua ku pohon kekuatan. Hatiku sering bermadah, “Ya Allah aku ingin meyintai-Mu, aku takut untuk menyintai manusia, kerna mereka boleh menjauhkan aku dari-MU”.  Kadangkala diriku terasa cemburu pd manusia yg soleh zaman dulu. Sungguh teguh iman dan keyakinan mereka pada Allah, lebih2 lg cinta mereka pd Allah. Cinta mereka sepenuh hati mereka. Bukan diri mahu menolak cinta manusia, tetapi, masakan boleh diriku menyintai manusia sedangkan cintaku pd Allah begitu lemah. Aku tidak sanggup kehilangan cinta Allah, cinta-Nya manis, cinta-Nya Indah, cinta-Nya tidak mungkin lagi dapat diungkap oleh kata2, bairlah hati yang merasa. Fatarmogana dunia banyak menipu hati yang sedang meranggkak menuju cinta Ilahi.


 Madah buat hati yang kegusaran…


Ahmad…
Jangan engkau lemah pada mehnah dunia ini,
Ketahuilah bagimu yang isinya penuh dengan  kelalaian,
Bukan engkau tidak tahu yang dunia ini sementara,
Jadi jangan engkau hanyut dibawa arus  yang kehinaan,

Ahmad…
Jangan engkau kembali pada masa silam yang gelap gelita,
Pedih, pedih, pedih sekali bagi hati dan iman yang merasa,
Atau engkau ingin menjadi insan yg zalim pada diri?
Usah befikir begitu kerna tiada redha Allah bg yg zalim pd diri,
Sering hati ini dengar engkau mengeluh kerana dunia,
Tapi mengapa engkau tidak gusar kerana tiada lahirnya cinta pd Ilahi?
Kembalilah, kembalilah, kembalilah  pd Sang PENCIPTA,

Ahmad…
Imanmu lemah, tapi engkau tidak menyadarinya,
Hatimu sakit tidak pula engkau merawatinya,
Teguhkan dan rawatilah ia dengan Kalam suci Ilahi,
Jauhi cinta Dunia, kerana isinya maksiat,
Ketahuilah bagimu, sesungguhnya engkau lemah,
Engkau tidak melakukan apa2 tanpa Allah,

Ahmad…
Sentiasalah menjadikan Kalam suci Ilahi pemujuk hati,
Agar menjadi pengusir kegundahan yang bertandan,
Usah takut dalam berjuang,
Tetaplah dalam jalan da’wah dan tarbiyah,
Usah risau akan ketidak hadiran bantuan makhluk,
Kerana bantuan Ilahi mengatasi segalanya,

Ahmad…
 Sekiranya engkau keseorangan,
Ketahuilah Allah ingin hatimu berhubung dengan-Nya,
Jika engkau sedih,
Ketahuilah Allah mahu engkau mengadu pada-Nya,
Jika engkau lemah,
Ketahuilah Allah mahu engkau bergantung pada-Nya,
Jika engkau kebuntuan,
Ketahuilah Allah mahu engkau meminta pada-Nya,
Adakah engkau tahu megapa begitu?

Ketahuilah Allah cinta dan amat suka pada mereka yang merebahkan cinta dan pengharapan mereka pada-Nya. Dan DIA amat suka suara yang sering mengadu pada-Nya.



[hadis 40- Hadis 9] Imam an-Nawawi



عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنِ صَخْرٍ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى ا للهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ یَقُوْلُ : (( مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوْهُ وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ، فَإِنَّمَ ا
أَهْلَكَ الَّذِیْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ آَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلاَفُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ )) رواه البخاري ومسلم.

Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Kandungan Hadis :

1) Sebab Hadis - Khutbah Nabi (difardhu Haji ) - penyoal Aqro’ bin Haabis.
2) Jauhi Larangan :
i) sebab haram - dapat pahala/ buat dapat dosa.
ii) sebab makruh - dapat pahala / buat tak berdosa.
3) Buat apa yang disuruh :
i) wajib - dapat pahala/ tinggal dapat dosa.
ii) sunat - dapat pahala/ tinggal tak berdosa.
4) Larangan banyak bertanya :
perkara yang tidak dijelaskan oleh syara’.
pada perkara yang tidak mendatangkan faedah/ tidak dihajati.
pertanyaan berbentuk mempersendakan/ menghina.
masaalah yang tidak berlaku.

Pengajaran hadis:

Seorang mukmin mestilah menjauhkan sama sekali semua larangan Rasulullah SAW kerana apa yang dilarang oleh Baginda pada hakikatnya adalah larangan Allah SWT yang wajib dipatuhi. Seterusnya dia mestilah melaksanakan segala suruhan Baginda Rasulullah SAW sekadar yang termampu, tanpa memaksa diri dan keterlaluan di luar kemampuan kerana ia akan menyebabkannya tewas terkulai tidak berdaya melakukannya sebegitu teruk.

Perintah yang disuruh melakukan sekadar terdaya ialah perintah yang sunat. Perintah wajib atau fardhu
mestilah dilakukan tanpa kelonggaran kecuali kelonggaran yang diizinkan syara' iaitu kerana uzur atau sakit.'

Sifat terlalu suka bertanya perkara yang bukan-bukan, berbahas, banyak soal jawab dan membantah para Nabi dan Rasul adalah perangai umat yang terdahulu. Lantaran itu, mereka telah ditimpa kesusahan dan keibnasaan. Umat Muhammad SAW diberi peringatan agar jangan mengulangi kesilapan ini.

Rabiah Al Adawiyah: Perindu Kecintaan Allah



Rabiah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabiah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabiah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabiah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.

Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabiah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.

Marilah kita teliti ucapan Rabiah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.
Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabiah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.

Rabiah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:

Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.

Setiap malam begitulah keadaan Rabiah. Apabila fajar menyinsing, Rabiah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.

Seperkara menarik tentang diri Rabiah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.

Rabiah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabiah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.
Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.

Rabiah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:

Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?

Kecintaan Rabiah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.

Begitulah keadaan kehidupan Rabiah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabiah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!

Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.

Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:

Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.

Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.

Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.

Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi. 

Indah cinta andai ia rebah pada yang Esa, cinta-NYA tidak pernah gagal dan tidak pula mengecewakan. untuk menggapainya cinta-NYA kita mesti berusha mencapainya... Wallahu'alam.... 

Siapa Aku? (Sebuah Puisi Biografi Syeikh Ahmad Yasin)


 (Sebuah Puisi Biografi Syeikh Ahmad Yasin, 1938-2004)

Lahirku di Kampung Al-Jaurah,
Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah,
Tercetus perang 1948, familiku berpindah,
Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)

Tika asyik beriadah bersama teman,
Malang menimpa, aku terhumban,
Lumpuh seluruh badan,
Namun, kutekad kekuatan,
Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan,
Minda, fikiran, tadbir jua amalan...

Kutamatkan pengajian sekolah,
Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah,
Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti,
Hati yang terhiris itulah,
Yang kubawa ke Mesir gagah,
Kukenal Ikhwan, sertai jamaah.




Di Palestin,
Akulah guru, mengajar tatatertib,
Berkhutbah di masjid, akulah khatib,
Akulah pengasas Majma' Islami,
Pada 70-an tekad bersemi.

1983, aku ditangkap dituduh,
Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,
13 tahun penjara, mahkamah menyuruh,
Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.

Kuasaskan lagi gerakan HAMAS,
Gerakan Penentangan Islamiah, kemas,
1987, HAMAS berdiri tegas!

Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi,
Dihukum penjara seumur abadi,
Ditambah 15 tahun lagi,
Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!

Makin hari, kumakin lemah, di penjara,
Pandangan kananku hilang mutiara,
Mata kiriku kabur, terseksa didera,
Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara.

Subuh 1 Oktober 1997 barakah,
Aku dibebas dengan janji payah,
Antara Jordan & Israel laknatullah,
Selepas serangan Khalid Masy'al tergagal, musnah.

Kusenyum, kulihat
Intifadah Aqsa, bangkitnya ummat,
Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,
Hingga terbunuh jua tercedera berat.

Pagi,
Malam Isnin aku bersolat sendiri,
Munajatku mohon ke hadrat Ilahi,
Agar ganjaran Syahid diberi di sisi,
Dan kuniat puasa di pagi hari.

Masjid, 22 Mac 2004 - Fajarnya,
Usai solat Subuh, tiada lama hanya,
Tika berjalan pulang, aduh sakitnya,
Tiada rasa nyeri, pulanglah,
Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah,
Haruman syurgawi, rohpun terbanglah,
Duniaku, pisahlah,
Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah...

Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin!
Siapa kamu?
Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama Allah?

3 April 2004,
Hotel Fatamorgana,
Sweileh, Amman.

Mencarinya Iman


Assalamu 'Alaikum wbt. Setiap hati pasti merindui kebenaran dan keadilan yang hakiki, namun ia tidak akan datang pada diri andai hati kelam dan sedang dilanda penyakit serta virus yang merosakan.

Manakah pergi iman yang sejati?
mengapa jauh engkau pergi dari hati?
puas sudah ku mencari,
 namun hanya kelemahan yang aku jumpai,

tekadku tiadak akan pernah hilang,
walau jiwa dan raga menjadi maharnya,
itulah suka dan duka sang pejuang,
badai ombak setia hadir dalam hidupnya,

hati itu teman bagi iman,
menjadi teman dunia dan akhirat,
jangan dibiar salah satu keseorangan,
bahaya bertandan pasti menjerat,

iman itu kemudi bagi hati,
membawa hati bertemu sang Pengasih,
pertemuan yang agung yang tiada tandingannya,
itulah yang diusahakan oleh kekasih-Nya yang agung.

cinta keimanan tidak mudah jatuh pada yang fana',
kerna ia tahu akan hakikat cinta yang suci,
dunia hanya sekadar dipinggiran hati,
kerana akhirat menjadi pagarnya,

bila engkau jatuh,
jangan takut untuk bangun,
dakaplah janji-Nya,
kerana dakapan itu membawa kehangatan pada hatimu,

[ Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).  (surah fathir: 5 ) ]

usah gusar pada ketidak hadiran cinta makhluk,
kerna kebanyakannya penuh dengan kehinaan,
usah engkau lemah,
teguhlah dalam perjuangan menuju ILAHI,

salam ukhuwwah seutuh sayang buat saudara-saudara seaqidahku, semoga dalam benak hati dan kotak fikiran sentiasa ada fikir dan risau pada ummat...

nukilan: tinta_mujahid
12 March 2010/ 26 Rabi al-awaal 1431

Tuntutan Islam [ Hadis 40- Hadis 8 ] Imam An-Nawawi




عَنِ ابْنِ عُمَر رَضِيَ الله عَنْهُمَا، أَنَّ رَسُوْلَ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ((أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِ لَ
النَّاسَ حَتَّى یَشْهَدُوا أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ الله، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ، وَیُقِيْمُوا الصَّلاةَ، وَیُؤْ تُو ا
الزَّآَاةَ. فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ الإِسْلاَمِ، وَحِسَابُهُمْ عَلَى ا للهِ
تعالى)) رواه البخاري ومسلم.

Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta'ala.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Wajibnya perang - difardhukan - tolak tipu daya musuh - naikkan bendera Islam.

2) Terpelihara darah dan harta :

Pokok Perbincangan

i) orang yang mengucap dua kalimah syahadah.
ii) orang yang mendirikan solat fardhu.
iii) orang yang membayar zakat.
iv) orang yang beriltizam dengan hak-hak Islam.

3) Perjalanan Hukum - hanya pada zahir - batin serah pada Allah.

Pengajaran hadis:

Risalah atau misi kedatangan Rasulullah SAW halangan terhadap usaha dakwah mesti dihapuskan. ialah menegakkan dakwah lslam sehingga tertegak aqidah lslam. Sebarang

Memerangi orang-orang kafir yang memerangi lslam dan dakwah lslam adalah kewajipan umat, agar risalah lslam tidak terhalang dari sampai kepada semua manusia. Apabila dakwah sudah sampai, mereka bebas sama ada menerima lslam atau sebaliknya.

lslam menjamin hak pemeliharaan dan perlindungan darah, harta dan maruah diri seorang mukmin muslim yang mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang lima waktu dan membayar zakat. Hak ini terus terjamin kecuali kalau dia mengabaikan hak-hak tuntutan lslam.

Agama [ Hadis 40- Hadis 7 ] Imam An-Nawawi

 

عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِي أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (( الدِّیْنُ النَّصِيْحَةُ.
قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ)) . رواه مسلم.

Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya. Hadis riwayat al-lmam Muslim.
 
Kefahaman Hadis :
 
1) Nasihah Lillah - mengimaninya/ ikhlaskan ibadah /taatinya serta jauhi larangannya.

2) Nasihah Likitabi - yakin ia kalam Allah bukan kalam makhluk - sebagai Manhaj hidup - sesuai sepanjang zaman -berusaha memperelokkan bacaan dan faham isi kandungnya.
 
3) Nasihah Lirasulihi- membenarkan kenabiannya/ ikut ajarannya/ kasih terhadapnya - agungkan sunnahnya/ kaji sirahnya/ berakhlak dgn. akhlaknya.
 
4) Nasihah Li aimmati muslimin - membantunya dalam tugasan/ nasihat ketika lupa/ halang dari berlaku zalim.
 
5) Nasihah Li ‘ammatihim - membimbing ke arah kebaikan dunia dan akhirat/ ajar apa yang mereka jahil terhadap agama/galakkan mereka kepada ketaatan.
 
Pengajaran hadis:
 
Agama lslam adalah agama nasihat iaitu agama yang berorientasikan nasihat sebagai teras pemibnaan umat, menjaga perpaduan, mencipta kemajuan dan pembangunan, sama ada kemajuan duniawi ataupun pembangunan rohani. Membiarkan kerosakan terus berlaku atau perkara yang kurang baik dilaksanakan adalah bertentangan dengan konsep nasihat lslam.
 
lslam memperuntukkan hak memberi nasihat kepada semua penganutnya tanpa mengira kedudukan dan status.
 
Nasihat yang diberikan meliputi golongan manusia sama ada pemerintah atau rakyat.

Nasihat untuk Allah, KitabNya dan RasulNya bererti beriman dengan semua perkara tersebut dan beramal berpandukan tuntutannya yang sebenar.

Minggu yg Mujahadah


Assalamu'alaikum wbt....


Minggu lepas dan mnggu inilah yang paling mujahadah sekali. Ya Allah, rasa sakitnya iman klu nak diimbas kemabali, tapi demi perkongsian tetap tabah menjadi pegangan. Bagi orang lain mungkin bukan suatu besar bagi mereka, ana tahu iman mereka hebat dan teguh belaka. Klu nak dibandingkan dg nana umpama gajah dengan semut yang mudah sekali untuk hanyut tatkala dibawa arus yang deras dan mudah sekali untuk goyah apabila bayu bertiup kencang. 

First-first sekali yang boleh dikatakan mujahadah adalah minggu lepas n minggu ini banyak sangat masa kurang mengingati Allah, masya Allah, ape nak jawab andai ditanya akan perkara ini. Banyaknya makhluk dalam hati ni, entah dah barapa inci agaknya… ish betul-betul mujahadah minggu ini… kalaulah ditakdirkan meninggal ketika tiada mengingati kpd Allah, dimanakah tempat yang layak untukku? Nau’zubilLah min zalik…

Minggu di mana ana banyak sangat berkata suatu yang lagha, astaghfirulLah, rosak iman dibuatnya, mengapa tidak, bila perkara lagha keluar dari lisan, ini bermakna iman dihati tidak dapat menundukan lisan dan anggota yang lain. Susah betul nak berkata tentang kebesaran Allah s.w.t. or sesuatu yang bermanfaat apabila bersama sahabat, lemahnya iman. Jadi inilah yang dikatakan dengan `iman suasana’, iman yang berubah mengikut suasana. Kalau zaman sahabat RasululLah s.a.w. iman mereka yang merubah Susana di sekeliling mereka. Malunya pd RasululLah.

Yang paling mujahadah sekali adalah untuk memalingkan pandangan dari wanita. Inilah yang paling ana takut sekali. Wanita itu depan dan belakang adalah aurat, bahaya sekali bagi ana yang lemah imannya untuk memandang wanita ajnabi, keana mudah sekali untuk timbul fitnah dan maksiat dalam hati. Ia mengaburi dan melemahkan cinta kepada SANG PEMILIK HATI. Dan tengah pening memikirkan cara untuk mengelak dari bertentangan mata dengan wanita, haram bagi lelaki dan wanita ajnabi bertentangan mata, kerana ia boleh menimbulkan syahwat kedua-duanya, ia adalah panahan syaitan. Ya Allah, tidak dapat aku menepisnya semua tipu daya syaitan yang durjana ini melainkan dengan pertolongan-MU. Hanya dari Allah jua dipinta kekuatan untuk terus menundukan pandangan ketika berjalan di jambatan untuk ke bertemu SANG PENCIPTA.

Minggu depan mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kelemahan yang amat ketara pada minggu ini. Huuuu… letih dan hampir luruh jantung bila memikirkan tragedy minggu ini. `Tragedi Di Bulan March’…

Bersidang dengan mahkamah hati

 



Assalamu’alaikum, semoga insan yg sedang membaca artikel yang penuh kekurangan ini sentiasa dalam keadaan sihat, sama ada zahir dan batinnya. Namun yang paling ana harapakan adalah Iman antum sentiasa dalam keadaa yang sihat dan hati sentiasa berhubung dengan Allah.

Wahai saudara seaqidahku sekalian, ketahuilah kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan di akhir zaman, yakni umat Nabi Muhammad, ketahuilah berapa ramai nabi yang meminta untuk menjadi umat akhir zaman? Renungilah bertapa bertuahnya kita menjadi umat akhir zaman. Walaupun begitu, ingatlah wahai saudaraku sekalian menjadi umat akhir zaman semata-mata tanpa amal soleh, iman di hati dan akhlak yang bersih, tidak menjamin untuk kita selamat di hari pembentangan nanti.


Oleh itu, wahai saudaraku sekalian memperbaiki diri adalah perkara asas untuk menuju ke arah kehidupan yang penuh dengan berkat dan ketenangan. Apa yang perlu kita buat? Hmmm…. Sentiasalah kita bersidang dengan mahkamah hati. Mengapa? Ketahuilah hatilah bermulanya sesuatu tindakan seseorang insan, andai hati yang memandu diri itu hati yang haq maka tiadalah kejahatan datang dari dirinya.

Dari Nu’man Bin Basyir r.a berkata, aku mendengar RasululLah s.a.w besabda (Nu’man mengerakan jari-jemarinya ke telinganya): Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas dan perkara-perkara yang haram itu jelas dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat ( tidak jelas hukumnya ) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Oleh kerna itu, barang siapa menghindari perkara syubhat, ia telah membebaskan agama dan kehormatannya. Dan orang yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti telah terjerumus ke dalam perkara haram, seperti pengembala yang mengembalakan di sekitar tempat terlarang, maka kemungkinan besar gembalaannya akan masuk ke tempat terlarang, maka kemungkinan besar gembalaannya akan masuk ke tempat itu. Ketahuilah! Sesungguhnya setiap penguasa itu memiliki daerah terlarang. Ketahuilah! Sesungguhnya daerah telarang milik Allah adalah apa-apa yang diharamkan-Nya. Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat segumpal daging, apabila ia baik, maka akan baik pula seluruh tubuh, dan jika ia rusak, maka akan rusak pula seluruh  tubuh, ketahuilah itu adalah hati. (HR Bukhari dan Muslim).

Amat perlulah untuk kita sentiasa bersidang dengan mahkamah  hati, ini kerana iman tidak akan mudah untuk bertapak di dalam hati yang mati atau tiada muhasabah dalam hariannya. Hati itu tidak akan lurus apabila tiada usaha untuk bermuzakarah dengannya, ia umpama akal, ia tidak akan faham apa tujuannya apabila tidak cuba untuk mendekatinya melalui persidangan atau muzakarah. Hati itu penuh dengan misteri, kita sendiri tidak tahu akan rahsia hati kita. Hanya Allah saja yang MAHA Mengetahui akan hati kita. Justeru itu, kita perlulah sentiasa berdoa agar memahami isi hati sendiri. Ok, nak cakap bnyk x pandai jd sampi sini je lah ape yg ana nk kongsikan.

Indahnya lisan kerana tuturnya iman,
Indah hati kerana isinya iman,
Indah akhlak kerana perbuatannya iman,
Ayuh kita sentiasa memperbaharui iman,

Andai hati sejernih air,
Jangan biar ia keruh,
Andai hati seputih awan,
Jangan biar ia mendung,
Andai hati seindah bulan,
Hiasailah ia dengan iman.

Jaga hati, jaga peribadi, jaga diri dan paling utama sekali teruskan perjuangan dalam menyebarkan Islam yg mulia.

10 Hak Yang Perlu Dijaga

 

Ketika hidup, kita hendaklah sentiasa bernuhasabah dan  merenung akan hak-hak yang masih lagi kita tidak tunaikan, oleh itu ana sajikan artikel ini buat ikhwan dan akhowat yang dimuliakan oleh Allah sekalian. selamat membaca...


PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibubapa,bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,bersyukur keatas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Jadikan membaca itu amalan harianmu, sebaik-baik pembacaan itu adalah yang dapat memberi kesan kepada hati yang dalam mencari akan hakikat keimanan. semoga apa yang kita baca dapat amal dan sampikan.