Maafkan diriku duhai teman






gambar hiasan

Assalamu’alaikum w.b.t, salam ukhuwwah setanggi ukhuwwah setinggi uhud. Semoga antum semua dalam keadaan yang sihat sejahtera samada fizikal mahupun batinnya dan terutamanya hati. Pertama-tama dan selamanya, marilah kita merafakkan kesyukuran kita yang tidak terhingga atas nikmat yang amat besar yang telah dikurniakan sebagai seorang islam, yakni nikmat islam dan iman. Inilah yang paling berharga dalam hidup seseorang yang bergelar muslim. Namun pun begitu, hati itu tidak diabaikan, kerana hati itu umpama enjin bagi insan yang bergelar manusia. Kenapa? Enjin kalau dah rosak, bolehkah ia menggerakan sesebuah kenderaan? Tak bolehkan? Haa, sebab itulah hati mesti diambil berat akan kesuciannya. Baiklah cukuplah sekadar ini pembuka bicaranya. Kita berpindah pula pada perkongsian kita pada kali ini ye. Untuk kali ini sekadar luahan hati yang mengarahkan jari jemari untuk menari diatas papan kekunci.

Saudara/i, ana bukan mahu mementingkan diri tapi sekadar berkongsi apa yang ana rasa dan lalui. Sudah sekian lama hati ini berdiam tanpa pengkhabaran, sungguh lemah diriku ini kerana mudah sungguh untuk jatuh dan rebah pada ujian. Maafkan ana duhai shabatku, bukanku mahu begitu, tetapi mahu mengumpul segenap kekuatan untuk bangun semula dari tersungkur. Ana tidak sekuat antum yang terus bangun semula tatkala jatuh, ana memerlukan masa untuk mengumpul kekuatan seperti mana sebuah pokok memerlukan masa untuk membina akar yang kuat agar tidak mudah untuk tumbang dipukul  angin yang kencang. Maafkan ana ye, ana memang suka gunakan pokok sebagai contoh dalam perkongsian ana, kamu kalu tak suka jangan sibuk yee.. Maaf sekadar gurauan. Bila sudah terkumpulnya kekuatan, insyaAllah dapat bangun semula dari jatuh.

 Teman, Ana berasakan diri ini penuh dengan dosa dan noda, maafkan ana duhai teman kerana diriku terlalu banyak berdiam, ini kerana hatiku kelam, hatiku resah, resah mengenangkan dosa-dosa yang menerjah ke ruang fikiran. Memikirkan pengakhiranku kelak diatas dosa-dosa yang telah diriku lakukan sepanjang hidupku ini, diriku merasakan diriku ini terlalu jauh terpesong dan melencong dari jalan yang Allah telah tetapkan kepada hamba-hambaNya, iaitu jalan yang lurus dan jalan kebenaran. Sebagai seorang islam kita perlulah berpegang teguh pada agama yang kita anuti, kerana bila kita memelihara islam dalam diri kita beerti kita memelihara aqidah serta iman kita.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: 
 "Dan barang siapa yang berpegang teguh dengan (agama) Allah maka sesungguhnya dia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus"

(Ali-‘Imran: 101)
Sahabat yang ana kasihi sekalian, ana seorang hamba yang lemah tidak terlepas melakukan kejahatan dan dosa, tatkala ujian bertamu, adakalanya menang dan adakalanya kalah, untuk itu taubat itu penting buat ana. Diriku mencari keampunan dari Allah di atas segala kekhilafan yang telah ana lakukan selama diriku hidup, kerna ana tahu hidupku sudah tidak lama. Namun begitu, ini bukan suatu alasan untuk diriku kalah pada ujian yang datang bertamu kerana usia yang masih tersisa ini perlu di manfaatkan dengan sebaik-baik mungkin. Apa yang ada pada kita sekarang adalah apa yang kita perlu digunakan untuk mengapai redha Allah S.W.T.. Ana malu, malu pada Allah S.W.T, dah banyak dosa-dosa yang ana lakukan, tetapi Allah masih lagi memberi ana peluang untuk hidup, untuk melihat kebesaranNYA, berpijak di bumi milikNYA. Jika dihitung dosa-dosaku, terasa bagaikan diri ini tidak layak langsung untuk hidup di bumi milikmu ini  Ya Allah. Ana sedar kenapa Allah masih lagi memberi peluang untuk ana hidup, Allah mahu ana perbaiki diri, bersihkan hati, taati perintahNYA dan ikuti suruhan kekasihNYA.

Ana rasa cukuplah sampai disini perkongsian buat kali ini, sekiranya ada salah silap atau terkasar bahasa dalam perkongsian ana ini, harap dimaafkan dan ditegur. Segala kesalahan ana membuktikan adalah bahawa ana ini seorang hamba yang memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan dari mereka-mereka yang lebih arif tentang kehidupan dari diri ana. Dan yang paling penting ana memerlukan pertolongan dan kekuatan dari Allah S.W.T, kerana DIA-lah yang memiliki segala-galanya sedangkan kita hanya meminjam dan menumpang. Tiada yang kita miliki melainkan semuanya milik Al-Khaliq. Andai ada hayat, insyaAllah kita berjumpa di perkongsian yg akan datang. Jaga Iman, Jaga Hati, jaga diri, yang penting ingat Allah selalu.


Hatiku?

gambar hiasan

Assalamu’alaikum w.b.t dan salam ukhuwwah setanggi mahabbah sesejuk salju buat saudara/i yang membaca posting ana ini. Apa khabar teman sekalian? Harap antum semua dalam keadaan sihat sejahtera sama ada zahir mahupun batin. Semoga iman dan hati juga dalam keadaan sihat sejahtera. Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga dipanjat kepada Allah S.W.T kerana Rahmat dan Kasih Sayang-Nya, masih lagi kita dapat berada dunia milik-Nya ini. Tanpa-Nya, siapalah kita. Tanpa kasih dan rahmat dari-Nya, kelamlah jalan kehidupan kita. Ana rasa sudah cukup lama tidak post perkongsian ana dalam blog ini, lemah sungguh diri ini. Ish, panjang pula mukaddimah ana ni, maaf la teman-teman, harap antum tidak bosan dan letih membaca mukaddimah ini. Hmm... Apa tajuk perkongsian untuk kali ini agaknya ye? InsyaAllah tajuk enti untuk kali ini... Eh,macam biasa lah, tu yang kat atas tu.

Saudara/i, jagalah iman dan hati kerana disitulah jatuhnya pandangan Allah S.W.T. Allah tidak memandang harta, rupa, pangkat mahupun darjat kita. Semua itu sementara, semua itu akan hilang tatkala izrail datang menjemput kita. Tetapi nilai iman dan hati itu amat dan tetap bernilai disisi Allah. Jadi amat penting untuk kita memelihara kedua-duanya agar tidak kalah pada bisikan yang membawa kita kearah kemurkaan Allah S.W.T. Saudara/i ku sayang, tujuan ana bukan untuk mengajar tetapi sekadar untuk berkongsi, kerana untuk mengajar, ilmu ana amatlah sedikit. Hati kita umpama enjin didalam diri kita, sekiranya ia baik atau elok maka baik seluruhnya, tetapi jika sebaliknya maka buruklah semuanya.

Saudara/i, dalam kita menjalani kehidupan yang penuh dengan ujian dan cabaran ini, kekuatan iman dan hati amatlah diperlukan. Kenapa? Sudah tentu untuk kita dapat bersabar dan tidak kalah pada ujian serta cabaran yang hadir. Untuk itu, iman mesti di pelihara dan hati mesti dijaga. Dalam dunia yang kita diami ini penuh dengan perkara yang boleh melalaikan kita daripada mengingati Allah S.W.T. Jika kita tidak berwaspada maka sedikit demi sedikit hati kita akan makin jauh dari Allah S.W.T. dan melupakan-Nya. Bertapa besarnya kerugian apabila kita melupakan Allah walaupun hanya sebentar.  Bila hati kita jauh dari Allah dan perkara lain mengisinya, maka mudahlah untuk kita kecewa dan rebah dipalu oleh dek ujian. Sahabat sekalian, selalulah menyebut nama nama-nama Allah S.W.T dimana jua kita berada, dan diwaktu apa pun kita berada, jika tidak mampu untuk itu sekalipun, jangan sesekali lupa mengingati Allah didalam hatimu, jangan... jangan... teman, perit terasa.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud

“dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu Dalam hatimu, Dengan merendah diri serta Dengan perasaan takut (melanggar perintahNya), dan Dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah Engkau menjadi dari orang-orang Yang lalai.”
                                                                                                                                                                            Al-A’raf:205

Ayuhlah kita menjadi golongan yang sentiasa mengingati Allah S.W.T dalam setiap detik kita berada. Jangan kita jadi orang yang langsung tidak ada Allah dalam hatinya, kelak sukar kehidupan kita. Kenapa tidak, bagaimanakah semangat dan kekuatan seseorang akan lahir dan kembali sedangkan dia langsung tidak ada Allah didalam hatinya, dan langsung tidak hatinya berhubung pada Allah? Cuba kita lihat senario yang terjadi di zaman ini, berapa ramaikah yang sanggup bunuh diri tatkala jatuh dari tempat berdiri? Lupakah bila kita jatuh boleh bangun semula, Allah tidak lihat kita berjaya atau tidak, tapi Allah lihat usaha kita untuk kea arah itu. Bila lupa Allah ada disisi kita, maka mudahlah untuk terkapai-kapai tanpa arah tujuan. Semoga kita dijauhkan dari perkara ini.

Sahabatku sekalian, tahukah kamu, tatkala kita melakukan dosa hati kita akan terasa tidak tenang, terasa berdebar-debar dengan tiba-tiba, ini hanya pada pandangan ana sahaja, mungkin kamu semua lebih tahu dari ana. Kelam kehidupan melanda tatkala dosa mengaburi pandangan hati, jalan bagai samar-samar untuk berjalan, tetapi walaupun begitu jangan sesekali berputus asa untuk bertaubat, kerana taubat itu salah satu jalan untuk kita kembali padaNya dan kita berazam untuk tidak lagi mengulanginya lagi. Saudara, amat rugi bagi kita tatkala hati kita semakin kabur pandangannya dan lebih bahaya lagi jika buta pandangannya.

Firman Allah S.W.T:

“Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya) maka dia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya.”
                                                                                                                                                                            Al-isra’:72

Ana takut, ana takut, takut hati ana buta pandangannya. Jika terjadi begitu, maka analah insan yang paling rugi, kerana hatilah apa yang dinilai oleh Allah. Bila hati buta matanya, mudahlah untuk kita jatuh pada dosa dan ajakan syaitan, kejahatan tampak biasa bila hati sudah buta. Takut sungguh ana dengan keadaan ini, YA Allah, hidupkanlah hatiku buat selama-lamanya, tarbiyahlah diriku agar hatiku dekat padaMU, didiklah diriku agar tahu siapa diriku di bumi milikMU.

Ana rasa setakat ini sajalah perkongsian ana yang tidak seberapa ini, andai ada salah silap dalam pengunaan bahasa serta penyampaian ana harap ditegur, kerana ana ini masih belajar dan ingin belajar. Andai ada salah dalam maklumat perkongsian ana, sila perbetulkan. Ana perlu tunjuk ajar dari yang lebih tahu. Baiklah ana berhenti disini dahulu, jaga iman, jaga hati, jaga diri, ingat Allah selalu. Salam 'alaik.


Sakitnya bila berjauhan-NYA


gambar hiasan

Assalamu’alaikum dan setanggi ukhuwah. Semoga antum semua dalam keadaan sihat sejahtera dan harap semua dalam keadaan baik belaka samada iman mahupun akidah. Ana mimta maaf kerana lama tidak menulis ataupun berkongsi. Lemah sungguh ana, hanya ujian kecil sahaja sudah tidak tahu bagaimana lagi untuk berkongsi. Apa masalahnya? Hmm… Ana rasa ia bukanlah masalah yang besar, hanya computer riba ana yang rosak, jadi tak dapat nak menaip perkongsian ana. Hmm.. maaf, maaf. Banyak lagi cara untuk kita berkongsi kan? Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, tetap dan mesti disebut, kenapa? Mestilah, setiap yang terjadi mesti ada hikmahnya yang kita tidak tahu kan? Betul tak? Bak kata ipin.. betol, betol, betOl. Hmm.. insyaAllah, perkongsian kalo ini juga satu coretan dari ana, insan yang mudahnya lalai, minta maaf andai coretan ini menganggu antum. Bukan berniat untuk mementingkan diri, tapi sekadar berkongsi pengalaman sebagai pedoman buat kita semua. ‘tak pe kan’? ‘Ok, tidak mengapa’. Terima kasih kerana sudi membaca posting ini dan sudi melawat ke sini.

Baiklah, ana mulakan perkongsian ana dengan beberapa pertanyaan:
  •    Apakah antum rasa bila berjauhan dengan sesuatu yang amat penting pada antum? 
  •  Dapatkah antum berasa tenang bila berjauhan darinya?
  •  Sanggupkah antum untuk terus berjauhan?
  •    Dapatkah antum bertahan tanpanya?

Haa, cuba fikir dan jawab dengan jujur pada diri antum. Saudara/I, pasti ada yang merasa sedih, takut, tertekan dan banyak lagi bentuk perasaan dan luahan bila berjauhan dari sesuatu yang amat penting pada kita, kan? Betol! Cuba fikirkan apa pula perasaan dan luahan kita bila berjauhan dari Allah S.W.T yang mencipta kita. Antum renungkanlah, tepuk dada Tanya iman dan hati, tanyalah kedua-duanya. Saudara/I, bila berjauhan dari-NYA iman terasa lemah dan hati pula terasa amat sakit, hati akan mula memberontak, tertanya-tanya dan sedihnya amat mendalam. Tahukah antum bila berjauhan dari-NYA segala sesuatu perkara menjadi amat sukar dan tiada semangat untuk melakukannya. Tatkala ujian bertamu, hilang arah untuk mencari kekuatan, mungkin jasad atau fizikalnya berdaya, tetapi hati jua menahan kesakitan.

Saudara/I, ana takut, takut makin berjauhan dari-NYA, ana takut hati ini terus sakit. Ana yakin, mesti antum pun takut untuk berjauhan dengan sesuatu perkara yang terpahat didalamnya. Dan iman orang muslim mana yang tidak melemah bila berjauhan dari Allah S.W.T. Berjauhan dari-NYA adalah suatu yang amat bahaya, bila berjauhan dari-NYA mullah maksiat ataupun perkara yang lagha bermaharajalela dalam diri, Na’uzubillah min zaalik.  Bila dosa meliputi hati, sakitnya amat terasa, dan boleh menyebabkan ia mati, kenapa? Samalah dengan pokok, bila ia diserang oleh serangga perosak, ia akan mudah sakit dan seterusnya mati bila terlalu sakit. Betul tak? Kalau salah tolong betulkan ana ya.

Jadi, kita cuba sedaya upaya kita untuk mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T.. Ana rasa cukuplah sampai disini perkongsian ana untuk kali ini, andai ada tersilap dalam menyampaikan, sila perbetulkan ana. Ana minta maaf sekiranya ada terkasar bahasa dalam penyampaian ana.

Sentuhlah Hatimu

 gambar hiasan

Assalamu’alaikum w.b.t dan salam ukhuwah setanggi mahabbah. Pertama-tama dan selama-lamanya, syukur yang tidak terhingga ditujukan hanya pada Allah S.W.T kerana Rahmat dan Kasih Sayang-Nya, masih lagi kita dapat berpijak dibumi milik-Nya serta bersama-sama ahli keluarga kita sekali lagi pada hari ini. Semoga antum semua dalam keadaan sihat sejahtera samada zahir dan juga batinnya. InsyaAllah, sihat belaka. Kedua-duanya memerlukan antara satu sama lain, ia perlu seiring agar ia dalam persefahaman dan tiada permusuhan. Hakikatnya kedua-duanya memerlukan Rahmat dan Kasih Sayang dari Ilahi, Pemiliknya, yang menciptanya. Hmm... Rasa-rasanya apa perkongsian ana untuk hari ini ya? Sekejap ya, nak fikir.... InsyaAllah perkongsian ana untuk kali ini adalah ’Sentuhlah Hatimu’. Sebelum ana mulakan, ana minta maaf seandainya dalam posting ana ini mempunyai bahasa yang menyinggung perasaan antum.

Baiklah saudara/i, dalam setiap kehidupan seharian, kita akan sentiasa bersama hati ’kita’. Setiap tindak tanduk kita, kebanyakannya dipengaruhi oleh hati yang terletak dalam diri kita. Bayangkan ketika itu hati kita dalam keadaan yang tidak tenang, boleh jadi huru hara, keputusan kita dipengaruhi oleh perasaan, mungkin boleh memudaratkan diri dan lebih buruk lagi berjangkit pada orang lain. Sekiranya hati kita baik maka baiklah tindak-tanduk kita, dan buruklah jika sebaliknya.

Sabda Rasulullah s.a.w

Maksudnya: ” Dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota badanya, tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Hati kita umpama nakhoda dalam sebuah kapal, sekiranya nakhoda dalam sebuah kapal tidak dapat mengawal diri atau tidak bermaya dalam erti lain sakit, sudah tentu anak buahnya akan tunggang langgang, tidak tahu apa yang perlu dilakukan, maka binasalah seluruhnya. Saudara/i, takut sekali bagi ana sekiranya hati ana begitu rupa, ana takut hati sebegini rupa. Ana yakin, antum pun rasa begitu juga kan? Ya? Alhamdulillah, Antum ni memang insan yang amat mengambil berat akan keadaan hatinya lah,cemburu ana pada antum. Hati kita, hanya kita dan Allah yang tahu akan keadaannya, jadi siapa yang boleh menyentuhnya? Tentulah kita dengan izin dari Allah S.W.T, tanpa keizinan-Nya sudah tentu kita tidak dapat merawat hati kita. Sentuhlah ia, sentuhlah hati kita dengan penuh kasih sayang dan pengharapan pada Allah S.W.T. kerana dari situlah akan lahir kelembutan hati untuk didekati. Seperti mana mudahnya raja rimba untuk didekati apabila ia jinak, dan bila ia jinak mudah pula untuk kita melatihnya dengan acuan yang kita mahu.

Saudara/i, untuk kita menyentuh hati kita bukan mengambil masa yang singkat untuk berjaya mendekatinya, walaupun begitu kita perlu bersabar, tabah dan jangan berputusa asa untuk terus cuba menyentuh dan mendekatinya kerana itulah kuncinya. Dan jangan lupa untuk berdoa pada PEMILIK-nya, agar hati kita mudah disentuh serta di lembutkan. Apa yang ana katakan bukanlah sekadar perkongsian, tapi ini juga merupakan reflexsi diri ana yang penuh dengan noda dan memerlukan usaha dan komitmen yang penuh dalam menyentuh hati sendiri. Kenapa? Seikhlasnya dan hanya Allah yang tahu akan akan ikhlas, apa yang ana cuba sampaikan adalah motivasi buat diri yang begitu lemah tanpa Allah S.W.T. Oleh itu saudara/i, janganlah kita biarkan hati kita keseorangan tanpa teman, kerana ia akan mudah lemah diserang penyakit.  Kita kena jadi iman sebagai temannya, apabila iman jadi temannya maka ia akan menyentuh hatimu. Ya benar, mudah untuk mulut menuturkan begitu. Apa yang ana katakan adalah luahan rasa hati. Sahabat, tahukah bertapa pedihnya hati, apabila ia penuh dengan noda dan ketika ia kelam dengan dosa? Pedihnya amat terasa. Jadi ia memerlukan sentuhan agar ia dapat bertahan dan sentiasa dalam basahan zikrullah. Supaya ada ketenangan dalam hati yang bertakhta.

Saudara/i, noda dihati bukan sedikit, tiap titiknya menghijab pandangannya. Pandangan apa? Pandangan mata hatimu, tahukah antum mata hati (basirah) itu yang utama dalam diri seseorang, apabila ia celik maka cerahlah setiap tindakannya. Maka setiap apa yang datang kepadanya, samada baik ataupun buruk tiadalah ia keterlihatan akan ketidakpuasan hatinya, apa yang terlihat darinya adalah kesyukuran. Mata hati yang bersih itu datang dari hati yang sentiasa disentuh dengan rasa syukur dalam roh kehambaan pada Rabb-nya. Ia tahu tanpa Al-Khaliq, ia tidak dapat melakukan apa-apa pun.  Sepertimana kata-kata oleh Ibnu Athoillah dalam kitab tersohornya al-hikam

Sinaran al-basirah (yakni cahaya dari penglihatan mata hati) mempersaksikan kepadamu akan kedekatanNya denganmu.

Dan esensi al-basirah (yakni penglihatan mata hati itu sendiri) mempersaksikan kepadamu akan ketidakwujudanmu kerana kewujudanNya.

Dan haqq al-basirah (yakni kebenaran dari penglihatan mata hati itu pula) mempersaksikan kepadamu akan kewujudanNya [semata-mata], bukan ketidakwujudanmu dan bukan juga kewujudanmu.


[Al-Hikam: 36]

Itu berlaku sekiranya mata hati kita celik dan tidak terhijab. Saudara/i, apalah gunanya celik mata tapi buta didalamnya. Tiadalah pertimbangan yang baik tatkala ia buta akibat hati yang sekian lama gersang tanpa dibajai dan dibelai dengan penuh kesabaran dan ketabahan ditambah dengan rasa syukur, ia akan mudah untuk bertindak balas tanpa dipandu oleh pertimbangan yang bernas lagi bersih. Orang yang buta yang celik mata hatinya lebih baik dari orang yang celik tapi buta mata hatinya, tetapi orang yang celik kedua-duanya lebih baik dari yang buta salah satunya. Jadi, kita kena dekati hati kita, jadikan iman sebagai sahabatnya. insyaAllah mudah ia untuk menjadi lembut. Sentiasalah cuba untuk menangis ketika membaca al-Quran, berdoa, berzikir dan beristighfar, kerana apabila ia selalu berlaku dalam perkara tersebut, insyaAllah sedikit demi sedikit akan menjadi lembut dan mudah untuk didekati. Jagalah hatimu dan imanmu kerana ia lebih berharga dari emas setinggi gunung mahupun harta seluas tujuh lautan. Tanpa ia dimana kita disisi-Nya?

Ana rasa cukuplah sampai disini perkonsian ana untuk kali ini. Kemaafan ana harapkan sekiranya ada kekasaran dalam berbahasa serta dalam menyampaikan hasrat hati. Tegurlah ana atas kelemahan ana, hakikatnya inilah ana. Seorang hamba yang lemah lagi memerlukan pertolongan dari Al-Khaliq dalam mencari sinar iman dan kebahagian hati yang bertahkta dalam diri. Wallahu’alam.

Cinta?? Hmm…

gambar hiasan

Assalamu’alaikum w.b.t dan salam setanggi mahabbah. Apa khabar saudara/I hari ini? Huh? Sihat? Alhamdulillah, gembira ana mendengarnya. Huh? Apa? Ana dengar ada yang tidak berapa sihatlah. Bagi yang tidak berapa sihat, ana harap antum bersabar dan tabah menghadapinya. Gembiralah atas ujian yang Allah S.W.T berikan kepada kita, itu bertujuan untuk menghapus dosa dan menaikan darjat saudara/i.
Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:
Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).
Ish, panjang pulak, Ok apa tajuk entri untuk hari ini? Eh, macam biasalah, di ataskan sudah tertera tajuknya. Eh, malulah nak berkata tentang cinta ni, malunyee… Mesti antum pun malu nak berkata tentang cinta, kan? Haa, tengok tu muka dia dah merah, malulah tu… Ops, maaf, maaf, bergurau je, harap tiada yang tersinggung. Nah, berkata tentang cinta, pelbagai tafsiran dan anggapan yang hinggap serta bermain dalam fikiran kita kan? Ada pada saudaranya, suaminya, ibu bapanya, tunangnya, isterinya dan banyak lagi. Hari ana nak berkongsi tentang cinta, boleh tak? Boleh? Ok, terima kasih.
Cinta, tiada seorang hamba pun yang tiada rasa cinta dalam dirinya. Jika ditanya, akan mereka berkata melalui apa yang mereka lalui serta rasai dan begitulah ana yang juga tidak terlepas daripada perasaan itu. Siapalah ana untuk menolak fitrah yang suci ini. Terkadang ia menebal dan terkadang ia meluntur dalam diri ini. Cinta itu suatu yang mendatangkan kebahagian dalam hati sang pencinta, yang menghapus duka dan mendamaikan jiwa yang sedang gelisah. Ia mengisi kekosongan jiwa yang keseorangan dan memenuhi lorong-lorong hati yang sunyi. Keindahannya menghiasi setiap liku-liku perjalanan sang musafir, relanya menempuh ujian dan rintangan. Mengapa? Demi yang dicintai. Hatinya hangat dipanaskan oleh kehangatan cinta, dan hilangnya api permusuhan kerana kesejukan sentuhan cinta. Takut untuk kehilangannya dan risau akan perginya, resah melanda akan ketidakhadirannya dan rindu menyapa tatkala berjauhan, itulah cinta. Eh… Berfalsafah pula, macam doctor cinta pun ade juga, ish, ish, maafkan ana, syok sendiri pula.
Cinta? Indah didengar, tetapi jangan disalah tafsir akan maksudnya. Hakikatnya cinta adalah pada ILAHI. Indahnya cinta andai pada jalan menujuNYA, siapa? Pada Rasulullah s.a.w. Damainya cinta andai diasaskan dengan cinta kepada Allah S.W.T. Cinta pada dunia, kelak ia akan pergi. Namun begitu, masih juga ada yang tersasar dan tersalah tafsir akan cinta. Mencintai sesuatu yang tidak selayaknya, malahan hingga sanggup agama tergadai. Cinta pada teman wanita/lelaki hingga lupa mana satu perintah dan mana satu larangan dan berberbagai-bagai kesalahan kita dalam mentafsir serta kefahaman tentang erti cinta. Teman, bukankah ia satu pembaziran cinta? Cinta yang tidak diasaskan pada ILAHI. Hmm… HAH?! Dalam cinta pun ada pembaziran juga? Ya, betul,  sesuatu yang tidak digunakan dengan betul atau semanfaatnya dikira membazir. 
Firman Allah S.W.T:
Artinya : Janganlah kalian berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan"
[Al-An'am : 141]
Nah, teman-teman, Allah S.W.T. tidak melarang kita untuk bercinta atau berkasih sayang, tetapi biarlah ia sesuai pada tahapnya. Cinta yang berasaskan nafsu itu cinta yang hina, ia dipandu oleh nafsu hasil hasutan syaitan. Takutlah dengan cinta jenis ini , tiada kebaikan cinta begini, yang ada hanya keburukan. Cinta pada sesuatu atau pada seseorang kerana Allah S.W.T. dan bencilah sesuatu perkara juga kerana Allah S.W.T.
Sabda Rasulullah s.a.w:
Paling kuat tali hubungan keimanan ialah cinta karena Allah dan benci karena Allah”.
(HR. Ath-Thabrani)
“Susahlah nak buat”, Memang betul, tetapi kita boleh cuba buat sedikit demi sedikit secara berterusan dengan kata lain Istiqomah.
 Eh, awak ni tidak pernah bercinta ke? MasyaAllah (nak jawab ke macam mana ni… Soalan bahaya ni ). Ana tidak pernah bercinta, tetapi ana mengaku yang ana mungkin ada berkenan pada seseorang, tetapi ada sesuatu yang menyapa ana. “Adakah engkau bersedia untuk bercinta atau mencintai seseorang dan sesuatu selagi cintamu pada Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W melebihi segala-galanya?” Hati mana yang tidak terketuk tatkala hadir lontasan itu. Bukan ana ana tidak mahu bercinta atau menolak cinta seseorang, tapi anan tidak mahu ia dipandu oleh nafsu. Biarlah ia kerana Allah S.W.T. Pernah oleh seorang sahabat, 
“mad, kau ade tak berkenan kat seseorang?”. 
(Ya Allah, macam mana nak jawab ni?) “Ya, memang ada suka pada seseorang, tetapi tidak berharap dan hanya sekadarnya. Lebih-lebih lagi tidak mahu lalai disebabkan perasaan pada ‘si dia’ dan tidak pula mahu melayan perasaan itu. Ana masih sedar lagi mana satu priority dan mana satu yang ana perlu lakukan buat masa ini”. Jawab ana pada soalannya.
Ish, merah muka nak jawab soalan sahabat ana yang sorang ni.  Banyak soalan yang ditanya, walaubagaimanapun  kena berterus-terang pada sahabat ana. Sebelum sahabat ana Tanya lebih banyak soalan tentang ‘si dia’, ana cepat-cepat tukar tajuk. Heee…(^_^) mengelak. Bukan apa teman-teman, takut dilayan perasaan cinta atau rindu yang tiada ikatan yang halal. Tak tahulah mana nak tutup muka ketika ditanya soalan begitu. Mujur je tak tutup muka dengan bantal kat sebelah masa tu. Berpeluh menjawab soalan sahabat ana ni. Sebenarnya banyak soalan yang ditanya tapi ana hanya masukan salah satu sahaja dalam entri ana ini ye. Kenape? Ish, malulah nak letak soalan yang lain.
Nah, teman-teman, cinta itu bukan suatu cara atau jalan yang menghalalkan sesuatu yang memang haram. Cinta itu adalah mekanisme yang menjadikan hubungan dua sahabat lebih rapat, menghapuskan pertengkaran dalam rumah tangga dan menghapuskan permusuahan dalam Negara. Andai semuanya berasaskan kerana Allah S.W.T. Jadi, cintailah sesuatu itu kerana Allah S.W.T. 
Ana rasa cukuplah sekadar disini perkongsian ana yang tidak seberapa ini. Sekiranya ada tersalah dalam berbahasa dan menulis dalam entri ini, ana minta maaf dan harap ditegur. Minta maaf juga sekiranya ana menyinggung antum sepanjang ana menulis. Tiada niat untuk menyinggung antum, hanya sekadar berkongsi apa yang dilalui dalam nafas yang terhela. Sungguhpun  begitu, inilah ana seorang hamba yang banyak kelemahannya yang hakikatnya memerlukan tunjuk ajar dari yang arif dalam sesuatu bidang. Wallahu’alam.

Cinta itu suatu yang misteri,
Hadirnya ia mengisi kekosongan hati,
Jiwa yang dahulunya sunyi,
Kini riuh dengan yang dicintai,

Namun tahukah apa ertinya?
Bukan menghalalkan yang diharamkan oleh-NYA,
Hakikatnya cinta itu pada ILAHI jua,
Penyejuk jiwa penawar hati sunyi,

Hakikatnya ia adalah suci,
Pemanis hati jiwa yang murni,
Pembakar semangat juang,
Penghapus gentar sang pejuang,

Tatkala ia menyapa,
Damai dihati terasa,
Tatkala ia pergi,
Resah gelisah menyapa diri,

Hinanya cinta andai tersilap,
Sinarnya kelam lagi gelap,
Hina kerana dicemari,
Tercemar dek nafsu diri,

Sinarilah cinta dengan Iman,
Penuhilah ia dengan kesucian,
Jangan dibiar ia dikotori,
Kelak bahaya melanda diri,

Bukan maksud untuk menyinggung,
Sekadar menyatakan bimbang,
Bukan pula untuk bermusuhan,
Tetapi untuk merapatkan ukhuwah,

Pahitnya Untuk Menelan

gambar hiasan
 
Assalamu’alaikum w.b.t dan salam setanggi ukhuwwah buat saudara/I yang disayangi Allah S.W.T.. Semoga antum semua dalam keadaan sihat sejahtera dan lebih-lebih lagi iman antum, harap ia dalam keadaan yang utuh serta teguh. Tidak lupa pada hati, harap ia tetap dan sentiasa menggingati Rabb-nya kerana disitu lahirnya ketenangan yang tidak mungkin diperoleh dengan usaha sendiri, tenang dalam kekalutan, dan senyum dalam kepahitan. Huh? Ape? Kenape lama tak menulis? Maaf, maaf, ana minta maaf sebab lama tidak menulis dan post perkongsian ana di blog ana. Ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Harap tak antum tak marah. Tak? Alhamdulillah, lega ana… Antum ni memang penyabar dan pemaaf la. Ish, ish, ish, syok sendiri nampaknye. Heee (^_^), jangan marah ye, nanti kene jual… Ops, jauh menyimpang dari destinasi nih. Ok, kembali pada tujuan sebenar, ape tajuk untuk posting kali ni? Rasenye kat atas tu pun boleh bacakan? Tapi, tidak mengapa, InsyaAllah, perkongsian ana untuk kali ini berbunyi “Pahitnya Untuk Menelan”.

Baiklah, saudara/I, mula-mula ana minta maaf atas muqaddimah yang panjang dan memenatkan antum membacanya. Tak letih? Subhanallah, antum ni tabah la, cemburu ana. Temanku sekalian, kita manusia dan juga sebagai hamba tidak pernah sunyi dari ujian, tekanan, kekusutan, masalah dan kesempitan serta banyak lagi. Semua ini memerlukan kesabaran dan ketabahan. Dalam menjalani kehidupan seharian kita, kita tertanya-tanya tatkala ia menyapa bukan? Benar, terkadang ada yang ingin lari darinya kerana tidak ingin menghadapinya. Hakikatnya semua itu adalah didikan dan tarbiyah dari ILAHI. Jangan takut, jangan gentar wahai diri dan hadapilah ujian itu. insyaAllah ada kemanisan dalam setiap ujian. ”mudah untuk menuturkannya, tetapi hati dan jiwa jua yang menanggung”,  Ana tahu, mungkin perasaan ini bermain dalam fikiran antum kan? Begitu jua ana, mendengar kata-kata ini dari murabbi ana. Tetapi, berfikir sejenak, ada betul apa yang diperkatakan, Allah menjadikan syurga itu dipagari dengan kesusahan, beruntunglah orang yang menghadapi ujian dengan sabar dan tabah lalu mengharap keredhaan dari Allah S.W.T Tuhan sekalian Alam.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“syurga dipagari dengan kesusahan, manakala neraka dipagari oeh keseronokan” 
(Hadis Riwayat Muslim dan Tirmizi)

Nah, teman, mujahadah itu pahit dan perit tetapi buahnya manis, tidak rugi orang bersabar akan ujian yang hadir, dan tidak pula sia-sia orang yang tabah dengan dugaan yang bertamu. Saudara/I, ana faham, tidak semua kita dapat menghadapinya dengan hati yang terbuka serta tabah. Tulus dari hati ana mengatakan bagi pihak antum, amat perit sekali untuk menahannya, sakitnya memendam, dan pahit sekali untuk menelannya kan? Tulus dari hati ana juga mengatakan pada antum, memang benar pahit untuk menelannya lebih pahit dari hempedu, terkadang tidak sanggup menelannya. Jangan begitu, bukankah Allah ada untuk kita mengadu akan keperitan yang kita rasa? Dan DIA selalu mendengar pengaduan hamba-hambaNya. 

“Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar terhadap-Ku. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sungguh, ALLAh beserta dengan orang-orang yang sabar.”
(al Baqarah : 152 – 153 )
Dan ketahuilah sahabatku, Allah turunkan ujian pada kita adalah kerana DIA rindu mendengar rintihan dari hamba-hamba-NYA, Allah berfirman melalui hadis qudsi yang bermaksud:

 “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”

Temanku, tabahlah dan telanlah ujian itu walaupun ia pahit untuk ditelan. Ana tahu ia tidak semudah apa yang dituturkan, tapi kita cuba ya? Kita cuba menelannya demi Allah S.W.T., ana tahu ana tidak dapat menyakinkan antum untuk terus tabah dan sabar dengan ujian serta musibah yang hadir, kerana hanya Allah S.W.T jualah pemilik hati setiap hamba-hamba-Nya. Tapi apa yang ana cuba lakukan adalah sekadar memujuk hati yang sedang merasa. Sahabat, merintihlah serta mengadulah pada Allah S.W.T, insyaAllah hilang sedikit bebanan dan tekanan masalah yang ditanggung. Ana tidak pandai untuk bermain kata, tapi apa yang ana mahu kongsikan adalah, sakit lagi bila kita kalah pada ujian yang bertamu. Oleh itu, ana tidak sanggup melihat saudara ana begitu rupa. Inilah luahan hati ana, tatkala merasa serta melihat. 

Ana juga sebagai seorang abang tidak sanggup melihat adik ana yang mengadu akan ujian yang begitu berat baginya untuk ditanggung, tidak pernah ujian sebegini rupa bertamu dalam hidupnya, kebuntuan melanda. Hati abang mana tidak terusik akan keperitan adiknya? Nasihat serta kata-kata semangat diberi, serta mengubah persepsi pada ujian yang melanda. Tetapi ketahuilah itulah kasih sayang-NYA pada kita. DIA nak kita tabah, DIA nak kita sedar, dan DIA nak mendengar suara kita merintih pada-NYA. Pahitkan? Tapi setiap dari itu tersirat 1001 kemanisan yang akan terbongkar suatu hari nanti. Yakinlah pada Allah S.W.T. 

Ana fikir, cukuplah sekadar ini perkongsian ana untuk kali ini, insyaAllah andai ada hayat untuk berkongsi, akan ana cuba berkongsi dengan antum. Ribuan kemaafan dipohon andai ada salah serta silap dalam berbahasa. Ana cetek ilmunya, andai ada yang salah dalam perkongsian ana ini, sila perbetulkan. Hakikatnya segalanya adalah peringatan buat diri yang lemah.