gambar hiasan
 
Assalamu’alaikum w.b.t dan salam setanggi ukhuwwah buat saudara/I yang disayangi Allah S.W.T.. Semoga antum semua dalam keadaan sihat sejahtera dan lebih-lebih lagi iman antum, harap ia dalam keadaan yang utuh serta teguh. Tidak lupa pada hati, harap ia tetap dan sentiasa menggingati Rabb-nya kerana disitu lahirnya ketenangan yang tidak mungkin diperoleh dengan usaha sendiri, tenang dalam kekalutan, dan senyum dalam kepahitan. Huh? Ape? Kenape lama tak menulis? Maaf, maaf, ana minta maaf sebab lama tidak menulis dan post perkongsian ana di blog ana. Ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Harap tak antum tak marah. Tak? Alhamdulillah, lega ana… Antum ni memang penyabar dan pemaaf la. Ish, ish, ish, syok sendiri nampaknye. Heee (^_^), jangan marah ye, nanti kene jual… Ops, jauh menyimpang dari destinasi nih. Ok, kembali pada tujuan sebenar, ape tajuk untuk posting kali ni? Rasenye kat atas tu pun boleh bacakan? Tapi, tidak mengapa, InsyaAllah, perkongsian ana untuk kali ini berbunyi “Pahitnya Untuk Menelan”.

Baiklah, saudara/I, mula-mula ana minta maaf atas muqaddimah yang panjang dan memenatkan antum membacanya. Tak letih? Subhanallah, antum ni tabah la, cemburu ana. Temanku sekalian, kita manusia dan juga sebagai hamba tidak pernah sunyi dari ujian, tekanan, kekusutan, masalah dan kesempitan serta banyak lagi. Semua ini memerlukan kesabaran dan ketabahan. Dalam menjalani kehidupan seharian kita, kita tertanya-tanya tatkala ia menyapa bukan? Benar, terkadang ada yang ingin lari darinya kerana tidak ingin menghadapinya. Hakikatnya semua itu adalah didikan dan tarbiyah dari ILAHI. Jangan takut, jangan gentar wahai diri dan hadapilah ujian itu. insyaAllah ada kemanisan dalam setiap ujian. ”mudah untuk menuturkannya, tetapi hati dan jiwa jua yang menanggung”,  Ana tahu, mungkin perasaan ini bermain dalam fikiran antum kan? Begitu jua ana, mendengar kata-kata ini dari murabbi ana. Tetapi, berfikir sejenak, ada betul apa yang diperkatakan, Allah menjadikan syurga itu dipagari dengan kesusahan, beruntunglah orang yang menghadapi ujian dengan sabar dan tabah lalu mengharap keredhaan dari Allah S.W.T Tuhan sekalian Alam.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“syurga dipagari dengan kesusahan, manakala neraka dipagari oeh keseronokan” 
(Hadis Riwayat Muslim dan Tirmizi)

Nah, teman, mujahadah itu pahit dan perit tetapi buahnya manis, tidak rugi orang bersabar akan ujian yang hadir, dan tidak pula sia-sia orang yang tabah dengan dugaan yang bertamu. Saudara/I, ana faham, tidak semua kita dapat menghadapinya dengan hati yang terbuka serta tabah. Tulus dari hati ana mengatakan bagi pihak antum, amat perit sekali untuk menahannya, sakitnya memendam, dan pahit sekali untuk menelannya kan? Tulus dari hati ana juga mengatakan pada antum, memang benar pahit untuk menelannya lebih pahit dari hempedu, terkadang tidak sanggup menelannya. Jangan begitu, bukankah Allah ada untuk kita mengadu akan keperitan yang kita rasa? Dan DIA selalu mendengar pengaduan hamba-hambaNya. 

“Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar terhadap-Ku. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sungguh, ALLAh beserta dengan orang-orang yang sabar.”
(al Baqarah : 152 – 153 )
Dan ketahuilah sahabatku, Allah turunkan ujian pada kita adalah kerana DIA rindu mendengar rintihan dari hamba-hamba-NYA, Allah berfirman melalui hadis qudsi yang bermaksud:

 “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”

Temanku, tabahlah dan telanlah ujian itu walaupun ia pahit untuk ditelan. Ana tahu ia tidak semudah apa yang dituturkan, tapi kita cuba ya? Kita cuba menelannya demi Allah S.W.T., ana tahu ana tidak dapat menyakinkan antum untuk terus tabah dan sabar dengan ujian serta musibah yang hadir, kerana hanya Allah S.W.T jualah pemilik hati setiap hamba-hamba-Nya. Tapi apa yang ana cuba lakukan adalah sekadar memujuk hati yang sedang merasa. Sahabat, merintihlah serta mengadulah pada Allah S.W.T, insyaAllah hilang sedikit bebanan dan tekanan masalah yang ditanggung. Ana tidak pandai untuk bermain kata, tapi apa yang ana mahu kongsikan adalah, sakit lagi bila kita kalah pada ujian yang bertamu. Oleh itu, ana tidak sanggup melihat saudara ana begitu rupa. Inilah luahan hati ana, tatkala merasa serta melihat. 

Ana juga sebagai seorang abang tidak sanggup melihat adik ana yang mengadu akan ujian yang begitu berat baginya untuk ditanggung, tidak pernah ujian sebegini rupa bertamu dalam hidupnya, kebuntuan melanda. Hati abang mana tidak terusik akan keperitan adiknya? Nasihat serta kata-kata semangat diberi, serta mengubah persepsi pada ujian yang melanda. Tetapi ketahuilah itulah kasih sayang-NYA pada kita. DIA nak kita tabah, DIA nak kita sedar, dan DIA nak mendengar suara kita merintih pada-NYA. Pahitkan? Tapi setiap dari itu tersirat 1001 kemanisan yang akan terbongkar suatu hari nanti. Yakinlah pada Allah S.W.T. 

Ana fikir, cukuplah sekadar ini perkongsian ana untuk kali ini, insyaAllah andai ada hayat untuk berkongsi, akan ana cuba berkongsi dengan antum. Ribuan kemaafan dipohon andai ada salah serta silap dalam berbahasa. Ana cetek ilmunya, andai ada yang salah dalam perkongsian ana ini, sila perbetulkan. Hakikatnya segalanya adalah peringatan buat diri yang lemah.