gambar hiasan
Assalamu’alaikum w.b.t dan salam setanggi mahabbah. Apa khabar saudara/I hari ini? Huh? Sihat? Alhamdulillah, gembira ana mendengarnya. Huh? Apa? Ana dengar ada yang tidak berapa sihatlah. Bagi yang tidak berapa sihat, ana harap antum bersabar dan tabah menghadapinya. Gembiralah atas ujian yang Allah S.W.T berikan kepada kita, itu bertujuan untuk menghapus dosa dan menaikan darjat saudara/i.
Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).
Ish, panjang pulak, Ok apa tajuk entri untuk hari ini? Eh, macam biasalah, di ataskan sudah tertera tajuknya. Eh, malulah nak berkata tentang cinta ni, malunyee… Mesti antum pun malu nak berkata tentang cinta, kan? Haa, tengok tu muka dia dah merah, malulah tu… Ops, maaf, maaf, bergurau je, harap tiada yang tersinggung. Nah, berkata tentang cinta, pelbagai tafsiran dan anggapan yang hinggap serta bermain dalam fikiran kita kan? Ada pada saudaranya, suaminya, ibu bapanya, tunangnya, isterinya dan banyak lagi. Hari ana nak berkongsi tentang cinta, boleh tak? Boleh? Ok, terima kasih.
Cinta, tiada seorang hamba pun yang tiada rasa cinta dalam dirinya. Jika ditanya, akan mereka berkata melalui apa yang mereka lalui serta rasai dan begitulah ana yang juga tidak terlepas daripada perasaan itu. Siapalah ana untuk menolak fitrah yang suci ini. Terkadang ia menebal dan terkadang ia meluntur dalam diri ini. Cinta itu suatu yang mendatangkan kebahagian dalam hati sang pencinta, yang menghapus duka dan mendamaikan jiwa yang sedang gelisah. Ia mengisi kekosongan jiwa yang keseorangan dan memenuhi lorong-lorong hati yang sunyi. Keindahannya menghiasi setiap liku-liku perjalanan sang musafir, relanya menempuh ujian dan rintangan. Mengapa? Demi yang dicintai. Hatinya hangat dipanaskan oleh kehangatan cinta, dan hilangnya api permusuhan kerana kesejukan sentuhan cinta. Takut untuk kehilangannya dan risau akan perginya, resah melanda akan ketidakhadirannya dan rindu menyapa tatkala berjauhan, itulah cinta. Eh… Berfalsafah pula, macam doctor cinta pun ade juga, ish, ish, maafkan ana, syok sendiri pula.
Cinta? Indah didengar, tetapi jangan disalah tafsir akan maksudnya. Hakikatnya cinta adalah pada ILAHI. Indahnya cinta andai pada jalan menujuNYA, siapa? Pada Rasulullah s.a.w. Damainya cinta andai diasaskan dengan cinta kepada Allah S.W.T. Cinta pada dunia, kelak ia akan pergi. Namun begitu, masih juga ada yang tersasar dan tersalah tafsir akan cinta. Mencintai sesuatu yang tidak selayaknya, malahan hingga sanggup agama tergadai. Cinta pada teman wanita/lelaki hingga lupa mana satu perintah dan mana satu larangan dan berberbagai-bagai kesalahan kita dalam mentafsir serta kefahaman tentang erti cinta. Teman, bukankah ia satu pembaziran cinta? Cinta yang tidak diasaskan pada ILAHI. Hmm… HAH?! Dalam cinta pun ada pembaziran juga? Ya, betul, sesuatu yang tidak digunakan dengan betul atau semanfaatnya dikira membazir.
Firman Allah S.W.T:
Artinya : “Janganlah kalian berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan"
[Al-An'am : 141]
Nah, teman-teman, Allah S.W.T. tidak melarang kita untuk bercinta atau berkasih sayang, tetapi biarlah ia sesuai pada tahapnya. Cinta yang berasaskan nafsu itu cinta yang hina, ia dipandu oleh nafsu hasil hasutan syaitan. Takutlah dengan cinta jenis ini , tiada kebaikan cinta begini, yang ada hanya keburukan. Cinta pada sesuatu atau pada seseorang kerana Allah S.W.T. dan bencilah sesuatu perkara juga kerana Allah S.W.T.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Paling kuat tali hubungan keimanan ialah cinta karena Allah dan benci karena Allah”.
(HR. Ath-Thabrani)
“Susahlah nak buat”, Memang betul, tetapi kita boleh cuba buat sedikit demi sedikit secara berterusan dengan kata lain Istiqomah.
Eh, awak ni tidak pernah bercinta ke? MasyaAllah (nak jawab ke macam mana ni… Soalan bahaya ni ). Ana tidak pernah bercinta, tetapi ana mengaku yang ana mungkin ada berkenan pada seseorang, tetapi ada sesuatu yang menyapa ana. “Adakah engkau bersedia untuk bercinta atau mencintai seseorang dan sesuatu selagi cintamu pada Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W melebihi segala-galanya?” Hati mana yang tidak terketuk tatkala hadir lontasan itu. Bukan ana ana tidak mahu bercinta atau menolak cinta seseorang, tapi anan tidak mahu ia dipandu oleh nafsu. Biarlah ia kerana Allah S.W.T. Pernah oleh seorang sahabat,
“mad, kau ade tak berkenan kat seseorang?”.
(Ya Allah, macam mana nak jawab ni?) “Ya, memang ada suka pada seseorang, tetapi tidak berharap dan hanya sekadarnya. Lebih-lebih lagi tidak mahu lalai disebabkan perasaan pada ‘si dia’ dan tidak pula mahu melayan perasaan itu. Ana masih sedar lagi mana satu priority dan mana satu yang ana perlu lakukan buat masa ini”. Jawab ana pada soalannya.
Ish, merah muka nak jawab soalan sahabat ana yang sorang ni. Banyak soalan yang ditanya, walaubagaimanapun kena berterus-terang pada sahabat ana. Sebelum sahabat ana Tanya lebih banyak soalan tentang ‘si dia’, ana cepat-cepat tukar tajuk. Heee…(^_^) mengelak. Bukan apa teman-teman, takut dilayan perasaan cinta atau rindu yang tiada ikatan yang halal. Tak tahulah mana nak tutup muka ketika ditanya soalan begitu. Mujur je tak tutup muka dengan bantal kat sebelah masa tu. Berpeluh menjawab soalan sahabat ana ni. Sebenarnya banyak soalan yang ditanya tapi ana hanya masukan salah satu sahaja dalam entri ana ini ye. Kenape? Ish, malulah nak letak soalan yang lain.
Nah, teman-teman, cinta itu bukan suatu cara atau jalan yang menghalalkan sesuatu yang memang haram. Cinta itu adalah mekanisme yang menjadikan hubungan dua sahabat lebih rapat, menghapuskan pertengkaran dalam rumah tangga dan menghapuskan permusuahan dalam Negara. Andai semuanya berasaskan kerana Allah S.W.T. Jadi, cintailah sesuatu itu kerana Allah S.W.T.
Ana rasa cukuplah sekadar disini perkongsian ana yang tidak seberapa ini. Sekiranya ada tersalah dalam berbahasa dan menulis dalam entri ini, ana minta maaf dan harap ditegur. Minta maaf juga sekiranya ana menyinggung antum sepanjang ana menulis. Tiada niat untuk menyinggung antum, hanya sekadar berkongsi apa yang dilalui dalam nafas yang terhela. Sungguhpun begitu, inilah ana seorang hamba yang banyak kelemahannya yang hakikatnya memerlukan tunjuk ajar dari yang arif dalam sesuatu bidang. Wallahu’alam.
Cinta itu suatu yang misteri,
Hadirnya ia mengisi kekosongan hati,
Jiwa yang dahulunya sunyi,
Kini riuh dengan yang dicintai,
Namun tahukah apa ertinya?
Bukan menghalalkan yang diharamkan oleh-NYA,
Hakikatnya cinta itu pada ILAHI jua,
Penyejuk jiwa penawar hati sunyi,
Hakikatnya ia adalah suci,
Pemanis hati jiwa yang murni,
Pembakar semangat juang,
Penghapus gentar sang pejuang,
Tatkala ia menyapa,
Damai dihati terasa,
Tatkala ia pergi,
Resah gelisah menyapa diri,
Hinanya cinta andai tersilap,
Sinarnya kelam lagi gelap,
Hina kerana dicemari,
Tercemar dek nafsu diri,
Sinarilah cinta dengan Iman,
Penuhilah ia dengan kesucian,
Jangan dibiar ia dikotori,
Kelak bahaya melanda diri,
Bukan maksud untuk menyinggung,
Sekadar menyatakan bimbang,
Bukan pula untuk bermusuhan,
Tetapi untuk merapatkan ukhuwah,
4 comments:
Allahuakbar..seronok baca..hati di sini pun tetiba berbunga-bunga membaca entri ni..
astaghfirullah3..siapalah saya ingin mencintai ciptaanNya sebelum mencintai Pencipta Cinta itu sendiri..
ada satu pesanan yg saya terima daripada sahabat saya.. 'thabatkan cinta kepadaNya..insyaallah cinta manusia akan datang atas cintaNya..dan itu adalah lebih indah'
terima kasih atas perkongsian (:
salam..
lama tidak ya saudara tidak menulis di sini.
seronok baca entri saudara :)
hmm..CINTA..satu topik yg sangat menarik utk dibincangkan..
terima kasih di atas perkongsian..suka bahagian:
“Adakah engkau bersedia untuk bercinta atau mencintai seseorang dan sesuatu selagi cintamu pada Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W melebihi segala-galanya?”
peringatan buat saya yang selalu terlupakan akan DIA dan kekasihNya
shukran jazilan (n_n)
salam,
>>musafir pinggiran... terima kasih atas ziarah dan terima kasih juga atas perkongsian dalam komen enti..
>> ummu nuha... terima kasih atas ziarah. ya mmg cukup lama ana tidak menulis, mngkin disebabkan kelemahan iman ana...
semoga dapat memberi manfaat utk kita semua... insyaAllah...
salam...
alhamdulilah entri terbaru saudara amat menarik...
terima kasih atas perkongsiannya yew..:)
moga dpt diteruskan ...:)
Post a Comment