gambar hiasan
Assalamu’alaikum dan setanggi ukhuwah.
Semoga antum semua dalam keadaan sihat sejahtera dan harap semua dalam keadaan
baik belaka samada iman mahupun akidah. Ana mimta maaf kerana lama tidak
menulis ataupun berkongsi. Lemah sungguh ana, hanya ujian kecil sahaja sudah
tidak tahu bagaimana lagi untuk berkongsi. Apa masalahnya? Hmm… Ana rasa ia
bukanlah masalah yang besar, hanya computer riba ana yang rosak, jadi tak dapat
nak menaip perkongsian ana. Hmm.. maaf, maaf. Banyak lagi cara untuk kita
berkongsi kan? Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, tetap dan mesti disebut,
kenapa? Mestilah, setiap yang terjadi mesti ada hikmahnya yang kita tidak tahu
kan? Betul tak? Bak kata ipin.. betol, betol, betOl. Hmm.. insyaAllah,
perkongsian kalo ini juga satu coretan dari ana, insan yang mudahnya lalai,
minta maaf andai coretan ini menganggu antum. Bukan berniat untuk mementingkan
diri, tapi sekadar berkongsi pengalaman sebagai pedoman buat kita semua. ‘tak
pe kan’? ‘Ok, tidak mengapa’. Terima kasih kerana sudi membaca posting ini dan
sudi melawat ke sini.
Baiklah, ana mulakan perkongsian ana
dengan beberapa pertanyaan:
- Apakah antum rasa bila berjauhan dengan sesuatu yang amat penting pada antum?
- Dapatkah antum berasa tenang bila berjauhan darinya?
- Sanggupkah antum untuk terus berjauhan?
- Dapatkah antum bertahan tanpanya?
Haa, cuba fikir dan jawab dengan
jujur pada diri antum. Saudara/I, pasti ada yang merasa sedih, takut, tertekan
dan banyak lagi bentuk perasaan dan luahan bila berjauhan dari sesuatu yang
amat penting pada kita, kan? Betol! Cuba fikirkan apa pula perasaan dan luahan
kita bila berjauhan dari Allah S.W.T yang mencipta kita. Antum renungkanlah,
tepuk dada Tanya iman dan hati, tanyalah kedua-duanya. Saudara/I, bila
berjauhan dari-NYA iman terasa lemah dan hati pula terasa amat sakit, hati akan
mula memberontak, tertanya-tanya dan sedihnya amat mendalam. Tahukah antum bila
berjauhan dari-NYA segala sesuatu perkara menjadi amat sukar dan tiada semangat
untuk melakukannya. Tatkala ujian bertamu, hilang arah untuk mencari kekuatan,
mungkin jasad atau fizikalnya berdaya, tetapi hati jua menahan kesakitan.
Saudara/I, ana takut, takut makin
berjauhan dari-NYA, ana takut hati ini terus sakit. Ana yakin, mesti antum pun
takut untuk berjauhan dengan sesuatu perkara yang terpahat didalamnya. Dan iman
orang muslim mana yang tidak melemah bila berjauhan dari Allah S.W.T. Berjauhan
dari-NYA adalah suatu yang amat bahaya, bila berjauhan dari-NYA mullah maksiat
ataupun perkara yang lagha bermaharajalela dalam diri, Na’uzubillah min zaalik. Bila
dosa meliputi hati, sakitnya amat terasa, dan boleh menyebabkan ia mati,
kenapa? Samalah dengan pokok, bila ia diserang oleh serangga perosak, ia akan
mudah sakit dan seterusnya mati bila terlalu sakit. Betul tak? Kalau salah
tolong betulkan ana ya.
Jadi, kita cuba sedaya upaya kita
untuk mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T.. Ana rasa cukuplah sampai
disini perkongsian ana untuk kali ini, andai ada tersilap dalam menyampaikan,
sila perbetulkan ana. Ana minta maaf sekiranya ada terkasar bahasa dalam
penyampaian ana.
3 comments:
Salam.lama menunggu saudara menulis di sini..terima kasih di atas artikel yg penuh dgn ingatan.hati ni memang tengah 'sakit'.perlu diubat segera..
wa'alaikumussalam. maafkan ana krn terlalu lama menyepi. ini kerana kelemahan diri. ubatilah hatimu dengan penawar yang Allah sediakan untuk hambaNYA yang mencari ketenangan...
salam.. frasa ni - "bila berjauhan dari-NYA mullah maksiat ataupun perkara yang lagha bermaharajalela dalam diri.." Buat ana trsentak, mungkin sebab dah tersa sangat jauh, dah terlalu sibuk dengan dunia sampai hati tidak terjaga... Astaghfirullah hal azim..
Post a Comment