Showing posts with label Info dll. Show all posts
Showing posts with label Info dll. Show all posts

Peringatan Allah Ketika Lupa

gambar hiasan

Assalamu’alaikum w.b.t dan salam setanggi ukhuwwah. Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjat kepada Allah S.W.T kerana limpah dan kurnia-Nya masih lagi ana dapat menggerakkan  jari ana untuk berkongsi dengan antum, hakikatnya DIA jua yang menggerakkan jari ana, tidak terdaya ana untuk menggerakkan  atau melakukan sesuatu perkara tanpa izin-Nya. Dan kerana Rahmat dan Kasih sayang-Nya jualah ana masih lagi dapat melihat kebesaran-Nya, serta menghirup dan menghembus udara milik-Nya, dimana hakikat yang sebenar adalah segala-galanya adalah milik Allah S.W.T. Jangan lupa nikmat Allah yang paling besar kepada kita iaitu nikmat Iman dan Islam.  hmm, apa agaknya ana nak kongsikan ye? InsyaAllah, berkongsi tentang datang-Nya peringatan Allah ketika Lupa…


Alhamdulillah saudara/I ku tersayang, apa yang ana nak berkongsi tidaklah sehebat para penglipur lara dan tidak pula sehebat para ilmuan. Tetapi apa yang nak kongsikan adalah tidak lebih dari coretan dan sebagai peringatan buat diri dan yang membaca, pada hakikatnya ana juga seorang pembaca.

Kita sebagai manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan, tetapi Allah memberi kita aqal untuk berfikir  dengan penuh hikmah dan kritis agar memilih jalan atau pilihan yang baik dan memberi manfaat pada diri serta masyarakat. Dalam setiap pilihan kita itu tersirat ujian atau kesan yang menuntut kesabaran dan ketabahan serta sangkaan yang baik pada Sang Pencipta. Kenapa? Bila kita membuat keputusan dan ia tepat dan manfaatnya pada diri serta masyarakat, yang mungkin hadir adalah sifat riak, takbur dan bongkak. Dari ini, kita tahu ujian pada diri kita adalah untuk menangkis sifat-sifat itu agar tidak hadir dalam hati kita. Seterusnya,  apabila keputusan kita itu tersilap  atau tidak berhasil setelah kita berfikir dan rancang dengan penuh teliti, dan ia tidak berhasil, malah musibah pula yang melanda, jangan gusar teman, untuk ini ketabahan, kesabaran dan sangka baik atas ujian dari Allah. Allah nak mengingatkan kita bahawa, perancangkan kita belum cukup teliti, mungkin juga keputusan yang kita nak lakukan itu berat sebelah dan mungkin juga selepas kita membuat keputusan kita lupa untuk memohon agar Allah s.w.t permudahkan segala perancangkan kita. kita tidak tahu apa akan berlaku  disebalik apa yang kita bakal buat. Samada kita suka atau   tidak, ketahuilah Allah lebih mengetahui daripada kita, ALLAH itu MAHA MENGETAHUI.


Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“…. dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(Al-Baqarah: 216)

Saudara ketika kita lalai atau leka, aka nada teguran atau peringatan Allah kepada kita. usah kita lihat pada orang lain. Kita lihat pada diri kita sendiri, terkadang datang teguran Allah S.W.T kepada diri kita ketika diri lalai atau leka dengan dunia. Usah diperkatakan orang lain, ana sendiri yang banyaknya lalai serta leka siapakah ana didunia ini juga diberi peringatan dan teguran dari Allah S.W.T dengan ujian dan sedikit kesakitan pada badan. Pernah suatu hari ana banyak leka dan lalai dari mengingati Allah, setelah tidak beberapa lama dari itu ana terhantuk batang paip. Cuba teka apa yang terucap dari mulut? Ya Allah terucap dari mulut secara tidak langsung. Tersentak hati tatkala mendengarnya, bertapa hinanya diri apabila lalai dan leka daripada mengingati Allah. Nah, lihat Allah mendatangkan musibah pada kita bukanlah untuk menganiaya diri kita tapi untuk memberi peringatan pada diri kita atas setiap tindakan kita. kita sepatutnya bersyukur apabila Allah menduga atau menguji kita, bukan mengeluh.

Pernahkan ketika kita berada di sesuatu tempat dan kita lalai dari mengingati Allah, dan pada masa itulah datangnya peringatan dari Allah kan? Jadi apa reaksi kita? Takut? Frust? Marah? Sabar dan Tabah? Tidak dapat terima kenyataan? Hmm.. Terimalah dengan penuh yakin bahawa musibah yang hadir adalah peringatan daripada Allah, jangan mengeluh, tidak baik untuk hati dan iman. Sebahagian daripada kita akan sedar apabila musibah menimpa dirinya, dan ada sebahagian yang akan sedar apabila ada musibah menimpa sesuatu tempat atau seseorang. Dan lebih buruk lagi ada yang tidak sedar-sedar akan maksud Allah turunkan musibah atau ujian pada hamba-hamba-Nya, malah masih ada yang binggung akan musibah yang melanda mereka serta ada juga yang  berfikir negatif terhadapNya. Na’uzbillah min zalik. Allah datangkan untuk kita ujian agar bertaqwa serta bertambah yakin kita kepada-Nya bahawa kita manusia tidak terdaya melakukan apa-apa pun tanpa Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya) dan Dia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian samada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. 
(Ar-Rum: 37)

Teman-temanku sayang, Ana minta maaf kerana tidak dapat nak berkongsi banyak dengan antum, ana tidak banyak ilmu seperti Ibnu Atha’illah yang penuh dengan kata-kata hikmah dan tidak pula sehebat Imam Al-Ghazali yang banyak tahu tentang hati. Siapa ana jika dibandingkan dengan mereka, mereka telahpun mendakap cinta Allah, sedangkan diri ini masih merangkak dan masih meraba-raba mencari cinta Allah.

Andai ada bahasa yang kasar, serta isi yang tidak tepat dalam posting ini ana minta maaf banyak-banyak  dan silalah tegur ana. Maaf juga atas posting ana yang kurang menarik buat kali ini. Ana tinggalkan sedikit pesanan untuk diri, harap antum tidak kisah…

Duhai diri.
Jaga hati, jaga diri,

Jaga iman, jaga peribadi,
Jaga akhlak, jaga lisanmu,
Jaga agamamu, Ingat Allah selalu.

Sedikit kata ibnu Atha’illah

Apabila engkau mengetahui bahawa syaitan itu tiada akan lalai daripada dirimu, maka janganlah pula engkau lalai daripada Dia (yakni hendaklah engkau berlindung diri daripada segala kejahatan syaitan itu dengan engkau sentiasa ingat dan sentiasa berserah diri kepada AllÁh) yang ubun-ubunmu adalah di dalam tanganNya (yakni ia berada di dalam kekuasaanNya).”
 Al-Hikam: Atha’illah (236)

Wallahu’alam….


Kata-Kata Imam Syafie Sebelum Meninggal

gambar hiasan

inilah kata-kata imam Syafie sebelum beliau meninggal, semoga kita dapat mengambil pengajaran serta pedoman bg kita. Harap ia terkesan dihati kita semua. InsyaAllah..


Elaika- PadaMU Ya Allah


إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati Rabbnya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia

Pengisian Liqo’ 1


gambar hiasan

ÉOó¡Î0 «!$# Ç`»uH÷q§9$# ÉOŠÏm§9$#


Segala puji pada Tuhan sekalian Alam yang mencipta sekalian makhluk didunia ini, dimana tiada satu pun yang sia-sia. Setiap ciptaanNya ada kelebihan yang tersendiri yang hanya DIA jua tahu akan yang tersirat dalam setiap ciptaanNya. Kita manusia dan sebagai hamba wajib mensyukuri akan nikmat yang Allah berikan kepada kita. Samada yang kita pinta ataupun tidak, kerana DIA tahu apa yang kita perlukan lebih dari kita tahu. Ini kerana dia MAHA MENGETAHUI akan segala yang tersurat mahupun yang tersirat.

Saudara/I,

                Posting kali ini ana ingin berkongsi sedikit sebanyak apa yang ana peroleh dalam liqo’ ana pada hari ini. Dimana, perancangan liqo pada hari ini adalah, siroh, tazkirah, dan info, serta tidak ketinggalan kalimah halaqat dari murobbi liqo’ yang menjadi halwa teliga kegemaran  bagi  setiap rakan-rakan yang berada dalam liqo’ ini. Malangnya hari ini rakan yang menceritakan sirah tidak dapat hadir kerana pulang ke kampong lebih awal, jadi, tak dapat nak dengar bahagian sirah darinya. insyaAllah pertemuan akan datang berpeluang untuk mendengarnya.

                Ok, mula-mula, tentang tazkirah dari salah seorang sahabat dalam liqo’. Tajuk bagi tazkirahnya adalah ‘Sentiasalah Mengingati Allah’. Walaupun ringkas, tapi cukup bermanfaat. Ana cerita apa yang ana ingat dari apa yang beliau katakan. Baiklah, kita sebagai seorang islam perlu sentiasa ada Allah dalam hati kita, tidak kira diwaktu kita susah atau senang, ketika sedih ataupun gembira dan dalam keadaan macamana sekalipun. Bila kita sentiasa mengingati Allah S.W.T., maka hati kita akan berasa tenang dan kurangnya tekanan, sebagaimana firman Allah s.w.t:

  tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä ûÈõuKôÜs?ur Oßgç/qè=è% ̍ø.ÉÎ/ «!$# 3 Ÿwr& ̍ò2ÉÎ/ «!$# ûÈõyJôÜs? Ü>qè=à)ø9$# ÇËÑÈ 
 
28. "(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (surah Ar-Ra’d: ayat 28)

Orang yang beriman itu hatinya sentiasa tenang dan lapang kerana mereka mengingati Allah setiap masa. Dan kita lihat pula pada konteks percintaan. Cinta yang sejati adalah cinta pada Allah, cinta pada seseorang kerana Allah, akan membawa keredhaan Allah. Cinta yang berlandaskan hawa nafsu dan bisikan syaitan hanya menyesatkan kita. Ini kerana, cinta yang tidak mengikut syariat yang betul adalah sehina-hina cinta, ia akan menjauhkan diri kita daripada Allah s.w.t, bayangkan andai diri kita terlampau jauh dari Allah s.w.t. yang memiliki hati kita ini, sudah tentu tak tentu arah diri kita bukan? Perkara demi perkara yang hadir membuatkan kita lemah, hati menjadi resah dan kacau bilau. Orang yang sarat dengan mengingati Allah dalam hatinya, merekalah orang yang mudah dalam menghadapi ujian Allah s.w.t.

                Seterusnya, info. Info untuk pertemuan hari adalah tentang gunung berapi Bromo yang mengeluarkan asap yang jaraknya mencecah 5500 meter, akibat dari ini beberapa penerbangan di lapangan terbang terganggu. Tetapi buat masa ini ia tidak teruk lagi. Info yang kedua ialah taentang pengarah muda yang ingin membuat dokumentari tentang kisah Natrah. Dimana, kejadian ini cukup hangat pada tahun 1950 di singapura, seorang wanita yang berbangsa Belanda. Rasanya kisah ini boleh di baca pada web-web yang lain. Kisah ini panjang sangat, nanti berjeno nak baca.

                Ok, next is my favorite session, kalimat halaqat from my murabbi in our liqo’, ish.. speaking plok, maaf maaf, tersyasyul plak.. tajuk kalimat haliqat minggu ini adalah berkaitan dengan da’wah. Dalam berda’wah ni kita kena sabar walaupun kita kena hina ataupun maki. Itu semua adalah untuk menguatkan lagi keteguhan hati kita dalam berjuang menyebarkan islam. kita nak menyampaikan islam kepada orang lain ni, kita kena berfikir macam orang yang berniaga, mereka akan menceritakan akan kelebihan barangan yang ingin dijual, mereka akan samapaikan dan terangannya dengan penuh kesungguhan sehinggalah pelanggannya yakin pada produknya. Begitu jugalah kita dalam menyampaikan islam pada orang lain.

                Tetapi ingat, walaupun orang tak layan dengan apa yang kita sampaikan, jangan kecewa, usahamu tidak sia-sia, dan tidak pula terbazir air liurmu. Jangan mudah mengalah dan tidak pula lemah, ketahuilah Allah tidak lihat pada hasilnya, tetapi pada usahamu. Jadi teuslah berjuang dalam menyebarkan agama Allah s.w.t.

Firman Allah dalam surah Ash-Shaff ayat 10-14 yang bermaksud:  

10. Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya?

11. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).

12. (dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke Dalam taman-taman Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal Yang baik Dalam syurga " Adn ". itulah kemenangan Yang besar.

13. dan ada lagi limpah kurnia Yang kamu sukai, Iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan Yang cepat (Masa berlakunya). dan sampaikanlah berita Yang mengembirakan itu kepada orang-orang Yang beriman.

14. Wahai orang-orang Yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (Keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang Yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang Yang menang.

Sampai disini sajalah perkongsian ana tentang  pengisian dalam liqo’ ana pada minggu ini. InsyaAllah akan ada perkongsian berkaitan pengisian liqo’ ana yang seterusnya. Andai ada salah silap dan terkasar bahasa ana minta maaf.  WalLahu ‘alam .



4 Orang Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke Neraka


gambar hiasan
Assalamu’alaikum w.b.t. pertama-tama marilah kita merapatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t kerana kita masih lagi bernafas pada hari ini Kesyukuran yang tidak terhingga juga atas nikmat yang paling besar yang dikurniakan oleh Allah, yakni nikmat iman dan islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w., keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda, tabi', tabi' taabi'in dan seluruh umat islam. Saudara yg ku kasihi, Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka. teguran pada ibu mestilah berhikmah dan penuh kasih sayang, jangan sesekali berkasar pada ibu kita

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT:-
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."                                                                                                                                                                              (At-Tahrim 66: 6)

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah swt nilaikan seseorang muslim! dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg Allah swt berikan pada kita.

renungan bersama :
Lelaki... seringkali kita Ego, walhal kita berhadapan dengan seberat-berat tanggungjawab. Sebagai ayah, sebagai suami, sebagai abang, sebagai anak lelaki mempunyai amanah yang telah ditentukan oleh Allah terhadap perempuan disekelilingnya.

Perempuan... jika sayangkan ayahmu, jika sayangkan suamimu, jika sayang abangmu, jika sayang anak lelakimu maka sayanglah mereka dengan menuruti perintah Allah dan jauhi larangan Allah.

Semoga masyarakat yang lahir dari individu-individu muslim, mu'min mendapat kehidupan yang barakah dari Allah SWT. wallahu'alam, semoga dapat kita ambil iktibar dari apa yg kita baca. kita renung semula apa yg kita baca dan lihat. kita muhasabah setiap hari apa yang kita lakukan pada hari ini serta hari yg sebelumnya... hakikatnya semua ini peringatan untuk ana sendiri yg penuh dengan kejahilan dan kesalahan.
salam ukhuwwah dari ana..

Doktor, Islam dan Logik

gambar hiasan



Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa?Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalahpenawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, di hospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu,kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgnairH20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh disebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.

Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja,jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapatmerebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar.

Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudarisana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah. Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.

Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

HERO MENURUT PANDANGAN ISLAM

gambar hiasan






Apabila kita menonton sesebuah drama, filem, novel mahu pun cerpen, dalam benak fikiran kita tentu mempersoalkan “siapa hero cerita ini?” Menjadi suatu kelaziman pula, baik pengarang mahu pun penulis akan memastikan si hero itu mestilah seorang yang tampan, segak, bergaya, bertubuh tinggi dan sasa serta mampu melindungi dirinya daripada sebarang ancaman. Di akhir plot cerita, si ‘hero’ berjaya mencapai impiannya.

Begitulah yang digambaran watak ‘hero’ dalam sebuah filem, drama, novel ataupun cerpen. Sebelum penulis mengupas lebih lanjut tentang ‘hero’, adalah lebih baik difahami terlebih dahulu maksud ‘hero’ itu sendiri. Merujuk kamus dewan edisi ketiga (1994) muka surat 452, definisi “Hero:

1. Orang yang terkenal atau disegani kerana keberanian (kegagahan, peribadi yang mulia, dll.

2. Watak lelaki utama dalam cerita drama, filem, dll.”
         
Seorang hero mestilah mempunyai kualiti diri atau jatidiri yang baik. Masyarakat mungkin sedar perkara ini tetapi jatidiri yang baik ini berada di  nombor dua dalam menilai siapakah yang layak menjadi hero. Mungkin juga kurangnya tulisan-tulisan yang memberikan definisi sebenar istilah hero turut menyumbang kepada dangkalnya  pemahaman masyarakat.

Sebagai umat Islam, hero kita yang paling unggul tidak lain ialah Rasulullah S.A.W.  Baginda menempuh pelbagai rintangan dan cabaran demi menegakkan kalimah tauhid Laa IlaahaIllallah. Baginda seorang yang amat sabar dan pemaaf. Pastinya kita ingat tentang sebuah kisah yang menggambarkan betapa sabar dan pemaafnya hero kita, Rasulullah. 

Diriwayatkan bahawa pada zaman Rasulullah ada seorang wanita yahudi yang amat membenci Rasulullah. Setiap kali Rasulullah melalui rumahnya menuju ke masjid, wanita yahudi ini akan membaling baginda dengan pelbagai benda termasuklah najis. Ketika ditanya para sahabat mengapa baginda tidak memilih jalan lain ke masjid, baginda menjawab biarlah kerana dengan berbuat demikian dapat memuaskan dan menyenangkan hatinya. Baginda juga melarang para sahabat menghalang perbuatan wanita yahudi tersebut. Sehinggalah pada suatu hari, wanita yahudi itu tidak lagi melakukan kebiasaannya. Rasulullah berasa hairan lalu baginda mengunjungi kediamannya. Rupa-rupanya wanita yahudi tersebut sedang sakit. Melihat keadaan tersebut , Rasulullah menjaga makan minumnya dan merawatnya sehingga sembuh. Akhirnya wanita Yahudi itu memeluk Islam setelah mengetahui orang yang menjaganya selama ini adalah orang yang sering disakitinya iaitu Rasulullah.Nah! Inilah hero sebenar. Baginda tidak cepat melatah atau bertepuk tangan di atas musibah yang menimpa musuhnya.

Sikap yang ditunjukkan Rasulullah ini pasti berlawanan dengan kita sekarang. Kita pasti akan membalas perbuatan mereka yang menganiayai kita bagi membuktikan kitalah hero dan apabila musuh kita jatuh terduduk, kita akan bertepuk tangan dan berpesta keseronokan. Tindakan ini hanya menjadikan kita hero sementara kerana musuh kita pasti membalas semula perbuatan kita sehinggalah kita juga tewas. Ini akan berterusan tanpa ada kesudahan maka tidak wujudlah hero sebenar.

 gambar hiasan

Hero bukan hanya pahlawan yang gagah di medan peperangan tetapi mereka yang berjaya di dalam bidang mereka juga adalah hero. Seorang doktor yang menyelamatkan nyawa pesakitnya adalah hero, seorang peguam yang memenangi kesnya juga adalah hero, seorang guru yang melahirkan pelajar yang berjaya juga adalah hero. Hakikatnya, kita semua adalah hero kerana daripada berjuta-juta sperma, kita yang terawal memasuki ovum ibu kita.     

Seorang ‘mat rempit’ juga menganggap dirinya hero apabila terlepas daripada buruan polis, seorang otai (ketua samseng) juga menganggap dirinya hero apabila berjaya membelasah orang lain, benarkah begini? Hero bagi anggapan orang seperti ini tidak berkekalan dan kalaupun di dunia pengiktirafan itu diperolehi, ianya hanya dari kaca mata kelompok mereka sahaja. Yang pasti, Allah itu MAHA KUASA yang akan memberi pembalasan yang amat seksa. Bayangkan si ‘Mat Rempit’ ini sedang berjaya melepasi halangan polis tiba – tiba kemalangan dan meninggal dunia? Mana heronya? Hanya yang tinggal sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa, menunggu saat – saat ditimpa azab Allah. Hero kah dia?

Kesimpulannya, bagi pengamatan penulis, ‘Hero’ itu ibarat bintang diangkasa yang cahayanya memberi sinar mempersona. Sebutir bintang itu sudah cukup menyinar cahaya berseri. Biar bertahun masa beredar, namanya tidak akan pudar. Patahnya tidak bertumbuh ganti kerana watak tersendirinya itu menjadikan ia seorang yang terbilang malah boleh di anggap LAGENDA. 



[ Dipetik Dari Ruangan khas Bersama Guru.. ]