gambar hiasan
Assalamu’alaikum w.b.t. salam ukhuwwah setanggi mahabbah seutuh gunung uhud. Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T, kerana nikmat dan kasih sayang-NYA, masih lagi kita dapat berpijak dan hidup dibumi milikNYA ini. Tanpa belas kasihan-NYA terhadap kita sudah tentu kita terumbang-ambing disepanjang perjalanan kita tanpa arah tujuan. Syukur tidak terhingga juga kerana diri ini masih lagi dapat berkongsi luahan rasa. Semoga antum semua dalam keadaan sihat sejahtera, samada iman, hati dan mahupun tubuh badan.
Haa, sekarang ni musim hujan (kat tempat ana belajar la), jangan main hujan tau, nanti demam pulak, tak kira la awok dah besar ke belom, dengar mak cakap eh... kan time kecik-kecik, kalau hujan mak pesan “zackkkk!! Jangan maen hujann!! Nannti demam!!!” Contoh, contohlah... tiada kene mengena dengan yang bernama zack ye. Kalau ada, ana minta maaf. Haa, mesti pernah dengar kan? Haa, Ana sendiri pun selalu begitu, tapi time kecik-keciklah, sekarang dah serik, betol orang tak tipu ni. Uish, jauhnye melencong. Maaf, maaf, terlajak pulak, begini la kalau dah bercerita maklumla masih muda lagi (padahal dah 20++) , namun begitu ajal tetap tidak mengira usia, tetapi mengikut ketetapan AL-KHALIQ. “Saudara, apa tajuk perkongsian saudara kali ini?” Eh, maaf maaf, lupa pula, ok, ok, tajuk untuk kali ini adalah ‘Bosan Bila Allah tiada Dihati’.
Saudara/i, sering kalikan kita terasa bosan? Kita mencari sebab kenapa kita berasa begitu. Kita cuba melakukan ini, itu dan ini. Namun masih juga tidak menjumpai sebabnya. Mungkin bila kita berhibur kita dapat menghilangkan sedikit kebosanan, tetapi, bila kita berhenti berhibur, kebosanan itu datang bertamu kembali, melambai-lambai kearah kita. Hati mula resah dan gelisah. Teman yang ana sayangi, sebenarnya, bila dalam hati kita tidak menginggati Allah, kita akan mudah berasa bosan, kenapa? Bila kita berseorangan, kita kesunyian dan mula berasa bosan kan? Itu berlaku bila hati tidak menginggati Allah. Bila hati kita selalu menginggati Allah, kebosanan tidak akan melanda, kerana hati kita sering berhubung dengan Allah, a.k.a online. Kita menginggati Allah bukan sekadar didalam solat semata-mata, tetapi setiap perkara, setiap masa dan dimana sahaja kita berada. Kenapa? Bila hati kita selalu menginggati Allah, hati kita akan berasa tenang dan stabil, seterusnya insyaAllah kebosanan tidak akan melanda.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya”.
(Ar-Rad: 28-29)
Saudara/i, ingatlah Allah selalu, tidak kira dalam situasi apa pun kita berada, kebosanan akan sukar untuk menerjah kedalam diri kita. Kebahagian dan keseronokan akan datang bila kita sentiasa mengingati Allah S.W.T. Betul ke? Betul la awok, ana berkongsi apa yang ana lalui, kerana ketika berseorangan, bila hati sentiasa berhubung dengan Allah, rasa hilang semua kebosanan. Kekuatan itu ada bila berfikir atau ingat pada Allah, kuat apa? Kuat nak angkat berat ke? Bukan la, untuk melawan ujian dan merempuh tembok kebosanan itu. Tiada makna jika diri sekuat Badang (uish, macam badang? Takpela ini je ingat), tetapi tidak dapat menempuh ujian yang mendatang. Sebab itulah kita kena sentiasa ingat Allah selalu, kerana itu menjadi satu motivasi yang amat berkesan pada diri kita. Oleh itu, jangan kita sesekali lupa mengingati Allah S.W.T., sama-sama kita belajar untuk mengingati Allah setiap detik dalam kehidupan kita ye. Ana berpesan pada diri ini dan juga antum, tetapi tegaskan pada diri ana kerana diri ini sentiasa lalai. InsyaAllah, kita boleh. (^___^).
InsyaAllah, setakat ini sajalah perkongsian ana buat kali ini. Jika ada salah silap dalam berbahasa, ana minta maaf. Andai ada kesilapan dalam menyampaikan, ana harap ditegur, kerana ana ini insan yang masih lagi belajar dan ingin belajar dari mereka yang luas ilmunya. Sekiranya ada hayat dan diberi peluang, insyaAllah ana berkongsi apa yang hati ini ingin berkata. Akhir sekali, apa yang baik itu dari Allah, dan apa yang buruk itu dari kelemahan ana sendiri. Setakat ini sajalah, jaga iman, jaga hati, jaga diri, jaga akhlak dan yang penting, ingat Allah selalu. Wallahu’alam.
1 comments:
Saya pernah merasakan ketenangan yg amat sangat tak dapat lah nak di huraikan oleh kata2.amalan yg saya lakukan hanyalah berzikir setiap masa.jadi marilah wahai saudara dan saudari kita beramal.kita buat kita dapat bukan janji tapi pasti.assalammualaikum
Post a Comment