Gambar hiasan
Assalamu’alaikum w.b.t. Salam dihulur tanda kasih, kasih dituju buat pembaca yang disayangi, sayangku bukan apa yang kamu miliki, tapi kerana Allah. Bukankah umat Islam itu bersaudara? Ya, bersaudara, ana sedang mempraktikan apa yang ana belajar, belajar apa? Belajar untuk mencintai atau menyayangi saudara-saudara ana, sepenuh hati ana, biarlah kasih kita pada saudara-saudara kita umpama cintanya para Rasul shalawatuwassalam pada umatnya, sesejuk salju kutub utara untuk menghapuskan api permusuhan dan kemarahan.
Daripada Anas r.a sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehinggalah dia menyayangi saudara seIslamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.”
(riwayat Muslim)
Saudara, kita Cuba untuk menutup kelemahan mereka, dan cuba mencari kelebihan yang ada pada mereka, biarpun hanya sedikit. Ana masih ingat pesanan Syeikh Abdul Qadir al-Jailani
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapakan dalam hatimu “Mungkin kedudukannya di sisi ALLAH jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.
Jika bertemu dengan anak kecil, maka ucaplah ( dalam hatimu ):
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku banyak bermaksiat kepada-Nya. Tentu anak ini lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada ALLAH jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan ku peroleh, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah ku capai, mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu):
"Orang ini sedang bermaksiat kepada-NYA padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu):
"Aku tak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk."
Jadi, beginilah caranya kita nak bersangka baik kepada orang lain, kita tutup apa yang buruk padanya, kita lihat kelemahan diri. Sahabat, hakikat dari posting ini adalah coretan untuk diri ana sendiri yang banyaknya amarah dan juga kelemahan.
2 comments:
salam..copy yg bermanfaat u disebarkan..syukran..
salam... silakan...
Post a Comment