Doktor, Islam dan Logik

gambar hiasan


Assalamua'alaikum w.b.t posting kali ini adalah perkongsian tentang kajian seorang doktor yang mengandungi banyak input. semoga ia dapat menambah info kepada antum semua. selamat membaca, sebelum membaca jangan lupa dimulakan dengan nama Tuhanmu... (>_<)


Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:

  • Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa?Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.
Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalahpenawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, di hospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
 
  • Cara Rasulullah mengunyah Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu. 
  • Membaca Basmalah(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu,kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgnairH20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh disebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.

Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja,jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapatmerebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar.

Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudarisana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah. Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.

Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah Khairan Kathiran

Abdullah bin Hudzafah As Sahmy

gambar hiasan

Pahlawan yang kita kisahkan ini, sahabat Rasulullah SAW. bernama: ABDULLAH BIN HUDZAFAH AS—SAHMY.
 
Sebelumnya sejarah melewatkannya begitu saja, seperti milyunan orang-orang ‘Arab lainnya. Tetapi Islamlah yang kemudian menugaskan Abdullah bin Hudzhafah menemui dua orang raja besar dunia pada zamannya, yaitu Kisra, Maharaja Persia, dan Kaisar Agung, Maharaja Romawi. Pertemuan Abdullah dengan kedua raja dunia itu abadi dalam sejarah, dan mewarnai perjalanan sejarah itu sèndiri.
 
Pertemuan Abdullah bin Hudzafah dengan Kisra, Maharaja Persia, terjadi pada tahun keenam Hijriyah, yaitu ketika Rasulullah SAW. mulai mengembangkan Dakwah Islam ke seluruh pelosok dunia. Ketika itu beliau berdakwah melalui surat kepada raja-raja ‘Ajam (non Arab), mengajak mereka masuk Islam.

Rasullulah SAW. telah memperhitungkan resiko yang mungkin timbul dalam pekerjaan penting ini. Para utusan akan diberangkatkan ke negeri-negeri. asing yang belum mereka kenal selama ini. Mereka tidak paham bahasa negeri-negeri yang mereka tuju, belum mengenal seluk-beluk pemerintahan, sosial, dan budayanya. Tetapi mereka harus pergi ke sana mengajak raja-raja asing itu meninggalkan agama mereka semula dan agar mereka menanggalkan kemegahan dan kekuasaaan mereka, untuk tunduk kepada agama Islam yang dianut oleh suatu bangsa yang kemaren menjadi rakyat taklukan mereka. Memang suatu tugas yang berat dan berbahaya. Pergi ke sana berarti hilang. Kalau toh bisa kembali, berarti suatu kelahiran baru. Karena itu Rasulullah SAW. mengum pulkan para sahabat, kemudian beliau berpidato dihadapan mereka.
 
Seperti biasa, mula-mula Rasulullah SAW. memuji Allah SWT. dan membaca tasyahhud. Sesudah itu beliau berkata:
 
“Sesungguhnya aku telah merencanakan hendak mengirim beberapa orang di antara kalian kepada raja raja ‘Ajam. Karena itu janganlah kalian menolak gagasan ku, seperti Bani Israil menolak gagasan Isa bin Maryam.”
 
Jawab para sahabat, “Kami senantiasa siap melaksanakan segala perintah Rasulullah. Kami bersedia dikirim ke. mana saja dihendaki Rasulullah.”
 
Rasulullah menunjuk enam orang sahabat untuk menyampaikan surat beliau kepada raja-raja ‘Arab dan ‘Ajam. Salah seorang di antara mereka ialah Abdullah bin Hudzafah As-Sahmy, dipilih beliau untuk menyampaikan surat kepada Kisra Abrawiz, Maharaja Persia.
 
Abdullah bin Hudzafah telah menyiapkan kendaraannya untuk berangkat. Anak-anak dan keluarganya dititipkannya kepada para sahabat. Kemudian dia berangkat ke tujuan, mengemban tugas dan Rasulullah dengan semangat dan tanggung jawab penuh. Gunung yang tinggi didakinya; lembah yang dalam dituruninya. Dia berjalan seorang diri, tiada berteman selain Allah SWT.
 
Akhirnya Abdullah bin Hudzafah tiba di ibu kota Persia. Dia minta izin masuk untuk bertemu dengan Kisra. Abdullah memberitahukan kepada pengawal, bahwa dia utusan Rasulullah untuk menyampaikan surat kepada Kisra. Pengawal memberi tahu Kisra, ada utusan membawa surat untuk Baginda.
 
Kisra memanggil segala pembesar supaya hadir ke majlis Kisra. Kemudian Kisra mengizinkan Abdullah bin Hudzafah masuk menghadap baginda di majlis yang serba gemilang itu. Abdullah menghadap dengan pakaian sederhana, seperti kesederhanaan orang-orang Islam, tetapi kepalanya tegak, jalannya tegap. Dalam tulang belulangnya mengalir keperkasaan Islam. Di dalam hatinya menyala kekuasaan Iman.
 
Tatkala Kisra melihat Abdullah menghadap, dia memberi isyarat kepada pengawal supaya menenima surat yang dibawa Abdullah. Tetapi Abdullah menolak memberikannya kepada pengawal.
 
Kata Abdullah, “Jangan…! Rasulullah memerintahkan supaya memberikan surat ini langsung ke tangan Kisra tanpa perantara Aku tidak mau menyalahi perintah Rasulullah”
 
Kata Kisra kepada pengawal, “Biarkan dia mendekat kepadaku!” Abdullah menghampiri Kisra, kemudian surat itu diberikannya ketangan Kisra sendiri. Kisra memanggil sekretaris berkebangsaan ‘Arab, berasal dari Hirah. Kemudian Kisra memerintahkan sekretaris itu membuka surat tersebut di hadapan baginda dan menyuruh membacakan isinya:
 
“Dari Muhammad Rasulullah, kepada Kisra, Maharaja Kisra.
 
Berbahagialah siapa yang mengikut petunjuk….”
 
Baru sampai di situ sekretaris membaca surat, api ke marahan menyala di dada Kisra. Mukanya merah, dan urat lehernya membengkak. Hal itu ialah karena Rasulullah menyebut nama beliau sendiri lebih dahulu sebelum menuliskan nama Kisra. Lalu Kisra merebut surat tersebut dari tangan sekretaris, dan menyobeknya tanpa mengetahui isi surat selanjutnya.
 
Kisra berteriak, “Berani-berani dia menulis seperti itu kepadaku….! padahal dia budakku…!” Lalu diperintahkannya mengusir Abdullah bin Hudzafah dari majlis.
 
Abdullah bin Hudzafah keluar dan Majlis Kisra. Dia tidak mengetahui apa yang akan terjadi pada dirinya sesudah itu. Mungkin dia akan dibunuh dan mungkin pula akan tetap hidup di dunia bebas. Tetapi tidak lama Abdullah berpikiran begitu, ia pun berkata kepada dirinya sendiri, ‘Demi Allah! Aku tidak peduli apa pun yang akan terjadi. Yang penting tugas yang dibebankan Rasulullah kepadaku telah kulaksanakan dengan baik. Surat Rasulullah telah kusampaikan ke tangan yang bersangkutan.” Lalu dengan sigap dia melompat naik kendaraannya, dan berpacu secepat-cepatnya. Setelah kemarahan Kisra Abrawiz agak mereda, diperintahkannya pula para pengawal supaya menghadapkan Abdullah kembali. Tetapi Abdullah sudah tidak ada di tempat. Para pengawal mencari Abdullah ke mana mana. Jejaknya pun tidak dapat mereka temukan. Mereka melacak Abdullah di jalan yang menuju ke Jazirah ‘Arab. Tetapi Abdullah sudah jauh, sehingga tidak mungkin tersusul oleh mereka.
Setibanya Abdullah di hadapan Rasulullah, dilaporkannya segala kejadian yang dilihat dan dialaminya, dan perbuatan Kisra menyobek surat beliau.
 
Mendengar laporan Abdullah, Rasulullah berkata :
 
“Semoga Allah menyobek-nyobek kerajaannya pula!”
 
Kisra menulis surat kepada Badzan, wakil baginda di Yaman untuk menangkap Rasulullah, kemudian membawa beliau ke hadapan Kisra.
 
Badzan segera melaksanakan perintah Maharaja Persia yang dipertuan. Badzan mengirim dua orang yang pilihan untuk menangkap Rasulullah, disertai sepucuk surat untuk beliau.
 
Surat itu memerintahkan Rasulullah agar segera berangkat menghadap Kisra bersama-sama dengan kedua orang itu tanpa menunggu-nunggu.
 
Badzan memerintahkan pula kepada kedua utusannya supaya menyelidiki dengan seksama di mana Rasulullah berada, agar teliti dalam segala urusan, dan supaya melapor kepadanya sewaktu-waktu.
 
Kedua utusan Badzan segera berangkat. Maka dalam tempo singkat keduanya telah sampai di Thaif. Di sana mereka bertemu dengan para pedagang suku Quraisy. Keduanya bertanya kepada mereka di mana Rasulullah berada. Para pedagang mengatakan, “Muhammad berada di Yatsrib.”

Kemudian para pedagang itu meneruskan perjalanan mereka ke Makkah. Setibanya di Makkah, mereka menyiarkan berita gembira kepada penduduk Makkah. Kata mereka, “Tenanglah kalian…! Kisra akan membunuh si Muhammad, dan melindungi kalian dan kejahatannya.”

Kedua utusan Badzan terus ke Madinah. Mereka langsung menemui Rasulullah dan menyampaikan surat Badzan kepada beliau:

Kata mereka, “Kisra, Maharaja Persia mengirim surat kepada Raja kami, Badzan, memerintahkan kami menemui Anda. Kisra memerintahkan kami supaya membawa Anda bersama-sama dengan kami menghadap baginda. Jika Anda berkenan pergi bersama-sama kami, Kisra mengatakan, itulah yang sebaik-baiknya bagi Anda, karena baginda tidak akan menghukum Anda. Tetapi jika Anda mengabaikan perintah Baginda, Anda tentu sudah tahu, baginda sangat berkuasa untuk membinasakan Anda!”
 
Rasulullah SAW. tersenyum-senyum mendengar perkataan utusan Badzan.
 
Beliau berkata kepada mereka, “Sebaiknya Tuan-tuan beristirahat lebih dahulu sampai besok.
 
Besok pagi Tuan tuan boleh kembali ke sini!”
 
Besok pagi kedua utusan itu datang kembali menemui Rasulullah, sesuai dengan janji.
 
Kata mereka, “Sudah siapkah Anda berangkat bersama-sama dengan kami menemui Kisra?”

Jawab Rasulullah, “Tuan-tuan tidak dapat lagi bertemu dengan Kisra sesudah hari ini. Kisra telah dibunuh oleh anaknya sendiri Syirwan, pada jam sekian, detik sekian, hari dan bulan itu…!”

Kedua utusan Badzan melihat wajah Rasulullah SAW dengan mata terbelalak keheranan.
 
“Sadarkah Anda dengan ucapan Anda?” tanya mereka. “Bolehkan kami tulis ucapan Anda itu untuk Badzan?”
 
“Silakan…! Bahkan boleh Tuan-tuan tambahkan, bahwasanya agamaku akan mencapai seluruh kawasan kerajaan Kisra. Jika Badzan masuk Islam, maka wilayah yang berada di bawah kekuasaannya akan saya serahkan kepadanya. Kemudian Badzan sendiri kuangkat menjadi raja bagi rakyatnya.” jawab Rasulullah yakin.
 
Kedua utusan Badzan meninggalkan Rasulullah SAW. Mereka kembali menghadap Badzan.
 
Mereka melapor kepada Badzan pertemuannya dengan Rasulullah SAW, dan menyampaikan pesan beliau kepadanya.
 
Kata Badzan, “Jika apa yang dikatakan Muhammad itu benar, sesungguhnya dia seorang Nabi. Jika tidak, ucapannya itu hanya mimpi belaka.”

Tidak berapa lama kemudian, tibalah surat Syirwan kepada Badzan. Kata Syirwan, “Kisra telah saya bunuh. Aku terpaksa membunuhnya karena dia menindas rakyat kami. Para bangsawan kami habiskan. Wanita-wanita mereka kami tawan. Dan harta benda mereka kami rampas. Maka bila suratku ini telah engkau baca, kamu dan rakyatmu hendaklah menyatakan tunduk kepadaku!”

Selesai membaca surat itu, Badzan mengumumkan kepada seluruh rakyatnya, mulai saat ini dia masuk Islam. Mendengar pengumumannya itu, maka Islam pula semua pembesar dan orang-orang keturunan Persia yang berada di Yaman.
 
Itulah kisah pertemuan Abdullah bin Hudzafah As Sahmy dengan Kisra, Maharaja Persia.
 
Nah…! Bagaimana pula kisah pertemuannya dengan Kaisar Agung, Maharaja Rum?
 
Pertemuan Abdullah bin Hudzafah As Sahmy dengan Kaisar Agung, terjadi pada masa pemerintahan Khalifah ‘Umar bin Khaththab Al Faruq. Kisahnya merupakan kisah yang amat mengagumkan.
 
Pada tahun kesembilan-belas Hijriyah, Khalifah ‘Umar mengirim angkatan perang kaum muslimin memerangi kerajaan Rum. Dalam pasukan itü terdapat seorang perwira senior, Abdullah bin Hudzafah As Sahmy,
 
Kaisar Rum telah mengetahui keunggulan dan sifat-sifat tentara muslimin. Sumber kekuatan mereka ialah Iman yang membaja, dan kedalaman aqidah, serta keberanian mereka menghadang maut. Mati fisabilillah menjadi tekad dan cita-cita hidup mereka. Kaisar memerintahkan kepada para perwiranya, “Jika kalian berhasil menawan tentara muslimin, jangan kalian bunuh mereka. Tetapi bawa ke hadapanku!” Ditakdirkan Allah, Abdullah bin Hudzafah tertawa. Abdullah dibawa mereka ke hadapan Baginda Kaisar. Kata mereka, “Tawanan ini adalah sahabat Muhammad. Dia termasuk sahabat senior, dari kelompok yang pertama-tama masuk Islam. Dia tertawan, lalu kami bawa ke hadapan Paduka.”
 
Lama juga kaisar memperhatikan Abdullah bin Hudzafah. Sesudah itu baru dia berkata, “Saya hendak menawarkan sesuatu kepada engkau.”
 
“Apa yang hendak Anda tawarkan?” tanya Abdullah.
‘Maukah engkau masuk agama Nasrani? Jika engkau mau, saya bebaskan engkau, kemudian saya beri pula hadiah besar,” kata Kaisar.
 
Abdullah bernafas dalam-dalam, lalu menjawab:
 ‘Yaah …., aku lebih suka mati seribu kali daripada menerima tawaran Anda,” kata Abdullah mantap.
 
Kata Kaisar, “Saya lihat engkau seorang perwira yang pintar. Jika engkau mau menerima tawaranku, saya angkat engkau menjadi pembesar kerajaan, dan saya bagi kekuasaan saya dengan engkau.”
 
Abdullah yang diborgol itu tersenyum. Kemudian ia berkata: “Demi Allah! Seandainya Anda berikan kepadaku semua kerajaan Anda, ditambah dengan semua kerajaan ‘Arab, agar aku keluar dari agama Muhammad agak sebentar saja, niscayalah aku tidak dapat menerimanya.”
 
Kata Kaisar, “Kalau begitu, saya bunuh engkau!”
 
Jawab Abdullah, “Silakan…! Lakukanlah sesuka Anda!”
 
Abdullah disuruhnya ikat di kayu salib. Kemudian diperintahkannya tukang panah memanah lengan Abdullah.
 
Sesudah itu Kaisar bertanya, “Bagaimana…? Maukah engkau masuk agama Nasrani?”
 
“Tidak!” kata Abdullah.
 
‘Panah kakinya!” perintah Kaisar.
 
Maka dipanah orang pula kakinya.
 
“Nah! Maukah engkau pindah agama?” tanya Kaisar membujuk
 
Abdullah tetap menolak.
 
Sesudah itu Kaisar menyuruh hentikan siksaan dengan panah, lalu Abdullah diturunkan dari tiang salib. Kemudian Kaisar meminta sebuah kuali besar, lalu dituangkan minyak ke dalam dan diletakkan orang di atas tungku berapi. Setelah minyak menggelegak, Kaisar meminta dua orang tawanan muslim. Seorang di antaranya disuruhnya lemparkan ke dalam kuali. Sebentar kemudian, daging orang itu hancur sehingga keluar tulang belulangnya. 

Kaisar menoleh kepada Abdullah, dan membujuknya masuk Nasrani. Tetapi Abdullah menolak lebih keras. Setelah Kaisar putus asa, diperintahkannya melemparkan Abdullah ke dalam kuali. Ketika pengawal menggiring Abdullah ke dekat kuali, Abdullah menangis.
 
Para pengawal mengatakan kepada Kaisar, ‘Dia menangis, Paduka!”
 
Kaisar menduga, tentu Abdullah menangis karena takut mati.
 
Kata Kaisar, “Bawa dia kembali kepadaku!”
 
Abdullah berdiri kembali di hadapan Kaisar.

Kaisar menanyakan apakah Abdullah mau menjadi Nasrani. Dengan Iman yang kokoh kuat, Abdullah tetap menolak bujukan Kaisar.
 
Kata Kaisar, “Celaka…! Mengapa engkau menangis?”

Jawab Abdullah, “Aku menangis karena keinginanku selama ini tidak terkabul. Aku ingin mati di medan tempur perang fisabiillah. Ternyata kini, aku akan mati konyol dalam kuali.”
 
“Maukah engkau mencium kepalaku? Nanti kubebaskan engkau!” kata Kaisar dengan angkuh.
 
Jawab Abdullah, “bebas beserta semua kawan-ka wanku tawanan muslim?”
 
Jawab Kaisar, “Ya, saya bebaskan engkau berserta semua tawanan muslim.”
 
Abdullah berpikir sejenak, “Aku harus mencium kepala musuh Allah. Tetapi aku dan kawankawan yang tertawan bebas. Ah.. tidak ada ruginya.”
 
Abdullah menghampiri Kaisar, lalu diciumnya kepala musuh Allah itu.
 
Sesudah itu Kaisar memerintahkan para pengawal mengumpulkan semua tawanan muslim untuk dibebaskan dan diserahkan kepada Abdullah bin Hudzafah.
 
Setibanya ‘Abduflah bin Hudzafah di hadapan Khalifah ‘Umar bin Khaththab, dilaporkannya kepada beliau semua yang dialaminya serta pembebasannya berikut sejumlah tentara muslimin yang tertawan. Khalifah sangat gembira mendengarkan laporan Abdullah. Ketika Khalifah memeriksa prajurit muslim yang tertawan dan bebas bersama-sama Abdullah, beliau berkata, “Sepantasnyalah setiap orang muslim mencium kepala Abdullah bin Hudzafah. Nah…! Aku yang memulai….!”
 
Khalifah berdiri seketika itu juga, lalu mencium kepala Abdullah bin Hudzafah As Sahmy.

[sumber : Kepahlawanan Generasi Sahabat Rasulullah SAW terjemah Shuwarun min Hayaati Ash-Shahabah]

Read And Think

gambar hiasan


PLEASE TAKE 2 MINUTES OF YOUR TIME TO READ THIS.

Imagine this happening to you...

One day during Jummah Salah, a 1,000 member congregation was surprised to see two men enter, both covered from head to toe in black and carrying sub-machine guns.

One of the men proclaimed,

"Anyone willing to take a bullet for Allah remain where you are."

Immediately, the congregation fled, and out of the 1,000 there only remained around 20.

The man who had spoken took off his hood, looked at the Imaam and said,

“Okay Maulana, I got rid of all the hypocrites. Now you may begin your sermon."

The two men then turned and walked out."

Too deep not to pass on?

"Funny how simple it is for people to trash Allah ... and then wonder why the world's going to hell."

"Funny how we believe what the newspapers say ... but question what the Qu'ran says."

"Funny how everyone wants to go to heaven ... provided they do not have to believe, think, say, or do anything the Qu'ran says."

"Funny how someone can say 'I believe in Allah' ... but still follow Shaitaan (who, by the way, also 'believes' in Allah)."

"Funny how you can send a thousand 'jokes' through e-mail and they spread like wildfire ... but when you start sending messages regarding Allah, people think twice about sharing."

"Funny how the lewd, crude, vulgar and obscene pass freely through cyberspace ... but the public discussion of Allah is suppressed in the school and workplace."

Funny, isn't it?

"Funny how someone can be so fired up for Allah on Friday ... but be an invisible Muslim the rest of the week."

Are you laughing?

"Funny how when you go to forward this message ... you will not send it to many on your address list because you're not sure what they believe, or what they will think of you for sending it to them."

"Funny how I can be more worried about what other people think of me .... than what Allah thinks of me."

Are you thinking?

Will you share this with people you care about?

Or not?

In The Name Of Allah, the most Beneficent, the most Gracious, the most Merciful! 

I'm wonder, what are we thinking, are we really a muslim? we always recite syahadah but we forget what it mean. the true meaning of syahadah.

O Allah forgive our sin, either we do in realise or not realise it,  we YOUR slave, we weak, if  YOUR door closed to us, who else should we turn to. Ya Rahman Ya Rahim only to YOU we ask... amin

40 Pesanan Saidina Ali r.a

gambar hiasan


"Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib sebagaimana yang  terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh oleh Saiyidina Ali Ibn Abi Talib dan  kitab Al Bayan Wattabyeen oleh Al Imam Abu Othman Amru Ibn Bahr Al Jaahidh r.a.

1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.

2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.

3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging.
 
5. Jagailah ibubapamu, nescaya anak anakmu akan menjagai kamu.

6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah s.w.t.


7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin.

    Tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil.

8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih
baik dari kejahatan.

9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai,
sedangkan ilmu menjaga kamu.

10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan
kesusahanmu dengan mendirikan solat.

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.


12. Mengajar adalah belajar.


13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu
hina dalam kemiskinan.

14. Insan terbahagi kepada 3 : mereka yang mengenal Allah, mereka yang 
mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidakbaik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.

15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan
lemah.

16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.


17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada
mencari kesilapan orang lain.

18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk 
memperbaiki dirinya.

19. Manusia sebenarnyasedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.


20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran,
nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia kebenaran itu.

21. Allah s.w.t merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui
batasnya.

22. Sifat seseorang itu tersembunyi disebalik lidahnya.


23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.


24. Insan tidur diatas kematian anaknya tetapi tidak tidur diatas kehilangan
hartanya.

25. Barangsiapa yang mencari qpq yqng tidak mengenainya nescaya hilang
apa yang mengenainya.

26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan 
mereka yang mengumpat.

27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.


28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina
daripada seorang hamba kepada hamba.

29. Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.


30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia)
adalah suatu kehambaan.

31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.


32. Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat.


33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.


34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan.


35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.


36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang
     dikatakannya.

37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura pura.


38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.


39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.


40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerapaperbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.

Esok takkan sama dengan hari ini, seperti mana hari ini tak sama dengan
semalam....

[ Hadis 40 - Hadis 13 ] Imam An-Nawawi

gambar hiasan

عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ الله عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَ نْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُآُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ )) رواه
البخاري ومسلم.
 
Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda
bersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. 
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
 
Pokok Perbincangan Hadis:
 
1) Nafi Iman - tidak sempurna iman sesaorang itu (belum capai hakikat iman)
 
2) Cintakan kebaikan kepada sesaorang muslim lain - cabang iman yang wajib.
 
3) Kesan hadis ini bagi kehidupan Salaf :  kisah Abu Zar

Ibnu Abbas - ketika menterjemahkan al-Quran menginginkan agar manusia semuanya memahami al- Quran sebagaimana beliau faham.
 
Imam Syafi’e - mengharapkan agar orang ramai yang mempelajari ilmu darinya, mengajarkan pula kepada orang lain - cintakan kebaikan utk org lain.
 
Pengajaran hadis:
 
Kasih sayang dan persaudaraan adalah antara tuntutan iman. lman seseorang mukmin tidak akan sempurna sekiranya dia ada menyimpan perasaan benci terhadap mana-mana saudaranya yang seagama.
 
Kedudukan kasih sayang dan persaudaraan dalam lslam amat tinggi dan penting. la adalah kekuatan kedua bagi umat lslam yang dapat mengatasi kekuatan senjata.
 
Semua orang lslam adalah bersaudara, tanpa mengira rupa paras, warna kulit, bangsa dan sebarang perbezaan darjat.

Bersabarlah Wahai Sahabat Sahabiahku sekalian




Assalamu'alaikum buat Ummi Abah, sahabat dan sahabiah sekalian, sekadar perkongsian dari ana, renungan bersama ketika mengalami masalah, tatkala resah melanda dan apabila ujian bertandan tanpa mengenal masa dan situasi..

KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;` Kami telah beriman,’sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahuiorang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”
-Surah Al-Ankabut, ayat 2-3-

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”
-Surah Al-Baqarah, ayat 216-

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya…”
-Surah Al-Baqarah, ayat 286-

RASA FRUST?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu beriman.”
-Surah Ali-Imran, ayat 139-


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan, dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya(mencari kemenangan).”
-Surah Ali-Imran, ayat 200-

“Dan mintalah pertolongan(kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
-Surah Al-Baqarah, ayat 45-

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…”
-Surah At-Taubah, ayat 111-

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan selainn dari Nya.Hanya kepada Nya aku bertawakkal.”
-Surah At-Taubah, ayat 129-

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!
“…Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
-Surah Yusuf, ayat 87-

sahabat sahabiahku sekalian usah dirasa keseorangan dalam perjuanganmu, ketahuilah Allah sentiasa bersama orang yang beriman. kuatkan langkahmu dalam medan da'wahmu, jangan berputusa asa dalam hidupmu. isilah hatimu dengan keykinan pada Allah, pasti hatimu rasa tenang. wallahu'aklam.

KISAH POKOK EPAL - (Untuk renungan bersama)





Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah Budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu...

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal Itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal Itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok Epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main Di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya Lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hamper mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, Aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak Mahu batang pokokmu kerana aku tak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat Dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.

Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.


CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK KITO BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA.

BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP.

 KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP.

ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN
ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA.

HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN. SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA REMAJA KITA.
  
 Karya: fiza

IMAN SUASANA ATAU SUASANA IMAN



Apa kahabar iman sahabat semua? Perkongsian kali ini mengenai “iman suasana”… hmmm. Apa maksudnya? Sebelum itu. Kita lihatlah zaman sekarang, penuhnya maksiat  dalam hidup kita, betulkan? usahlah kita lihat akan luar sana. Tapi cuba kita lihat yang berdekatan dengan kita sendiri, dalam rumah kita pun sudah ada unsur-unsur maksiat, kelas, bilik dan banyak lagi. Bermula dari itulah akan menyebabkan lemahnya iman. Tak perlulah nak lihat jauh-jauh, yang dekat pun entah berapa inci agaknya. Apa yang paling dekat sekali? panca indera kita, hati kita. Saudaraku, tatkala maksiat dalam hati menebal akan menyebabkan pelbagai maksiat akan terdorong kepada kita, dan setiap jenis itu bergantung pada suasana. Saudaraku, bukanku katakan padamu, tetapi ia sebagai peringatan untukku dan hadiah renungan untukmu.

Itu bagi hati, yang boleh berubah mengikut suasana. Sekarang kembali pada tajuk utama kita. Panjang pulak muqqadimahnye, rasa nak cakap banyak plak. Ok ok, kita teruskan topik kita. Iman itu percaya dan yakin kepada SANG PENCIPTA, agaknya berapa teguhkah Iman ana ye? Suasana itu bermaksud situasi atau kehidupan, ia juga boleh didefinisikan sebagai cara hidup atau kebiasaan kita. Dan apa pulak maksudnya dengan iman suasana? Ia diertikan dengan iman yang sentiasa berubah-ubah yang tidak tetap, mudah baginya untuk dirobek-robek dan berpaling apabila ia berada di suatu tempat atau situasi yang tidak ada kebiasaan baginya untuk beramal atau suburkan iman. Sebaliknya apabila berada di suatu tempat dan situasi yang penuh dengan kesolehan, maka imannya terasa teguh, dan mudah untuk melakukan amal. Disini dapatlah kita katakan yang suasana itu umpama pemboleh ubah yang mempengaruhi iman kita umat sekarang yang hampir dengan hari kemusnahan. Iman itu umpama pokok dan suasana itu umpama tanah, jika subur tanah maka suburlah pokok itu.

Ayuh kita renung kisah para sahabat dan contohi mereka, iman mereka teguh dan kental. Mereka umpama singa padang pasir yang tidak akan rebah pada rebut pasir tetapi tetap tersungkur di hadapan Rabb-nya. Kita lihat keimanan saidina Umar al-Khattab, pada zamannyalah digelar sebagai zaman keemasan Islam, keimanannya dan tentera Islam yang teguh menyebabkan kerajaan parsi tersungkur dibawah kerajaan Islam. Saudara, iman itu tidak ada batas, ia tidak akan menaik tanpa kita bertindak untuk meningkatkannya. Mungkin setakat ini saja perkongsian ana.

Duhai diri
Mengapa engkau abaikan iman?
Tidakkah engkau tahu?
Bahwa iman itu pintu buat dirimu?
Tatkala ada kemungkaran datang ia mengunci dirimu,
Tatkala kebaikan hadir seluasnya pintu dibuka untukmu,

Duhai diri…
Iman itu bukan jualan,
Ia adalah suatu pencarian,
Sinarnya sukar dicari,
Tetapi indah tatkala ia hadir dalam diri,

Duhai diri…
Ketahuilah oleh dirimu,
Bahwa kesakitan yang amat bagimu,
Tatkala ia pergi dari dirimu,
Tidak ada akan benteng bagimu apabila ia pergi,

Duhai diri…
Takutlah akan neraka Allah,
Azabnya pedih yang amat tidak terkata,
Usah dikau lahirkan akan senang dari azab-NYA,
Kerna kita tidak tahu bagaimanakah akhiran diri,
Baikah atau sebaliknya… na’uzubiLlah min zalik.

Duhai diri…
Jadikan jannah destinasi hidupmu,
Namun jangan dunia engkau abaikan,
Ketahuilah disitulah tempat yang mulia,
Namun ia dipagari dengan kepayahan,
Sanggupkah engkau berpayahan dalam dunia ini?

Duhai diri…
Mengapa imanmu mudah berubah,
Disini soleh disana toleh,
Manakah satu yang sebenarnya?
Sohihkanlah imanmu seseungguhmu,
Agar ia sentiasa teguh walau di mana saja…