Seterusnya, mari kita lihat bagaimana ingin melunakkan hati dengan cara lain pula. Lunakkanlah hati dengan amalan-amalan soleh. Ini kerana, hati yang kelam memerlukan cahaya yang menerangi jalannya.
i. Solat
Pertama-tamanya, solat fardhu jangan sesekali ditinggalkan, kerana ia merupakan tiang agama. Andai kurang salah satu tidak kukuhlah agama dalam diri kita, begitu jugalah hati manusia. Solat itu dapat melembutkan hati seseorang itu, sekiranya seseorang itu tahu akan hakikatnya. Bagi mereka yang menghayati akan apa yang dibacanya dalam solatnya itu, akan timbul rasa tenang didalam hatinya kerana rohnya menjadi subur kerana solat.
Firman Allah s.w.t.
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.”
(Surah al-Baqarah: 277)
Sekiranya solat fardhu sudah sentiasa kita jaga, janganlah lupa pada solat sunat. Kerana ia juga merupakan salah satu amalan yang boleh mengubat penyakit hati yang sentiasa bertandan. Solat sunat mempunyai ada pelbagai jenis, contohnya solat Tahajud, Dhuha, Awwabin, Taubat, Istikharah dan banyak lagi. Solat tahajud dapat menguatkan hati kita dalam menghadapi setiap onak duri, ia juga dapat menghapuskan ketakutan di dalam diri, juga keresahan. Ini merupakan amalan para sahabat, ulama’, tabiin, dan ilmuan Islam, terbukti mereka tidak mudah di serang oleh penyakit-penyakit hati. Hati mereka sentiasa tenang dan teguh kerana amalan sunatnya sentiasa dilakukan.
Firman Allah s.w.t.
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”
(Surah al-Isra’: 79)
ii. Berzikir
Berzikirlah selalu kerana ia dapat memnjadikan hati lebih tenang. Ia dapat menyuburkan hati yang dalam keresahan. Ramai yang tahu akan kaifiat berzikir dan ganjaran sekira mengamalkannya, tapi berapa ramai yang mengamalkannya? Kebanyakannya hanya berzikir selepas menunaikan solat fardhu dan solat sunat. Mengapa agaknya? Kebanyakan alasannya, Tidak ada masa, letih, dan lupa. Inilah yang mahu dititik beratkan, apabila kita melakukan sesuatu tanpa meningati Allah atau berzikir, hati akan mudah tertarik kepada sesuatu kurang baik. Mudah untuk kalah pada bisikan syaitan, dan hati akan menjadi kelam. Tiada yang baik apabila hati telah mengikut bisikan syaitan.
Berzikir hakikatnya, perlulah sentiasa diamalkan dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan. Ini dapat membuatkan hati menjadi lebih dekat pada Allah, sekali gus tenang dalam setiap situasi yang dialami. Pada masa yang sama pahala diganjarkan pada yang mengamalkannya.
Firman Allah s.w.t.
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
(Surah ar-Ra’d: 28)
iii. Membaca, Memahami dan Menghayati Al-Quran
Sentiasalah membaca, hayatilah, dan fahamilah al-Quran, sebenarnya dalam al-Quran mengandungi pelbagai jawapan bagi setiap masalah, al-Quran merupakan mukjizat yang teragung yang dikurniakan pada RasululLah s.a.w. dan ia juga merupakan kalam Allah yang tiada keraguan sedikit pun padanya. Bacalah al-Quran beserta maksudnya agar kita faham akan mesej setiap ayat yang dibaca , renungilah akan maksudnya kerana mungkin disebaliknya ada pelbagai penyelesaian masalah yang merundum di hati kita. Ia dapat menerangi hati yang kelam, mengubati hati yang sakit, menyuburkan hati yang gersang dan tidak terkira akan kehebatan yang terkandung dalam kalam Allah ini.
Cuba kita ingat kembali kisah pengislaman Saidina Umar al-Khattab, sebelum memeluk Islam, beliau merupakan penentang kuat da’wah RasululLah. Pada suatu hari beliau dalam perjalanan ingin membunuh RasululLah, dalam perjalanannya itu beliau terserempak dengan Nu’iam bin Abdullah. Nu’aim bertanya: “Mau ke mana?”, Umar menjawab: “Saya sedang mencari Muhammad, orang itu sudah meninggalkan kepercayaan leluhur dan memecah belahkan kaum Quraisy, menistakan lembaga hidup kita, menghina agama dan sembahan kita. Akan saya bunuh dia!”
“Anda menipu diri sendiri, Umar. Anda kira Abdul Manaf akan membiarkan Anda bebas berjalan di bumi ini jika sudah membinuh Muhammad? Tidakkah lebih baik Anda pulang dulu menemui keluargamu dan luruskan mereka!” Nu’aim berkata. “Keluarga saya yang mana?” Tanya Umar. Nu’aim menjawab: “Ipar dan sepupu anda Sa’id bin Zaid bin Amr, dan adikmu Fatimah binti Khattab. Kedua mereka sudah masuk Islam dan menjadi pengikut Muhammad. Mereka itulah yang harus Anda hadapi.”
Umar kembali pulang hendak menemui adik perempuannya dan iparnya. Ketika itu Khabbab bin al-Arat yang sedang memegang lembaran-lembaran al-Qur’an membacakan kepada mereka Surah Ta-Ha. Ketika itu mereka merasakan Umar datang, Khabbab bersembunyi di bilik mereka dan Fatimah menyembunyikan kitab itu. Setelah berada dekat dari rumah itu Umar masih mendengar bacaan Khabbab tadi, dan apabila masuk Umar menanyakan:
“Saya mendengar suara bisik-bisik apa itu?” “Saya tidak mendengar apa-apa.” Fatimah menjawab. “Tidak!” kata umar lagi, “Saya sudah mendengar bahawa kamu berdua sudah menjadi pengikut Muhammad dan agamanya!” Ia berkata begitu sambil memukul Sa’id bin Zaid dengan kuatnya. Fatiamah, yang berusaha hendak melindungi suaminya, juga mendapat tamaparan dari Umar yang menyebabkan mukanya berdarah. Melihat tindakan Umar yang demikian, mereka berkata: “Ya, kami sudah masuk Islam, dan kami beriman kepada Allah dan kepada Rasul-Nya. Sekarang lakukan apa saja sekehendak kamu!”
Melihat darah di muka adiknya itu Umar merasa menyesal, dan menyadari apa yang telah ia lakukan. “Ke marikan kitab yans saya dengar kamu baca tadi,” katanya. “Akan saya lihat apa yang diajarkan Muhammad!” Fatimah berkata: “Kami khuatir kamu akan mengoyaknya.” “Jangan risau,” kata Umar. Lau ia bersumpah demi dewa-dewanya bahwa ia akan mengembalikannya apabila sudah selesai membacanya. Umar mengembalikan kitab tersebut setelah selesai membaca sebahagian daripada kitab al-Qur’an, Umar berkata: “Sungguh indah dan mulia sekali kata-kata ini!” Mendengar kata-kata itu Khabbab yang dari tadi bersembunyi keluar berkata kepada Umar: "Umar, demi Allah saya sangat mengharapkan Allah akan memberi kehormatan kepada Kamu dengan ajaran Rasul-Nya ini. Semalam saya mendengar RasululLah berkata: 'Allahumma ya Allah, perkuatlah Islam dengan Abul-Hakam bin Hisyam atau dengan Umar bin Khattab.' Berhati-hatilah, Umar!'" Ketika itu Umar berkata: "Khabbab, hantarkan saya kepada Muhammad. Saya akan menemuinya dan akan masuk Islam," dijawab oleh Khabbab dengan mengatakan: "Dia dengan beberapa orang sahabatnya di sebuah rumah di Safa." Umar mengambil pedangnya dan pergi langsung mengetuk pintu di tempat Rasulullah dan sahabat-sahabatnya berada.
Mendengar suaranya, salah seorang di antara mereka mengintip dari celah pintu. Dilihatnya Umar yang sedang menyandang pedang. Ia kembali ketakutan sambil berkata: "Rasulullah, Umar bin Khattab datang membawa pedang. Tetapi Hamzah bin Abdul-Muttalib menyela: "Izinkan dia masuk. Kalau kedatangannya dengan tujuan yang baik, kita sambut dengan baik; kalau bertujuan jahat, kita bunuh dia dengan pedangnya sendiri. Ketika itu Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam berkata: "Izinkan dia masuk." Sesudah diberi izin Rasulullah berdiri menemuinya di sebuah ruangan. Digenggamnya baju Umar kemudian ditariknya kuat-kuat seraya katanya: "Ibn Khattab, apa maksud kedatanganmu? Rupanya Anda tidak akan berhenti sebelum Allah mendatangkan bencana kepada Anda!"
"Rasulullah," kata Umar, "saya datang untuk menyatakan keimanan kepada Allah dan kepada Rasul-Nya serta segala yang datang dari Allah." Ketika itu juga Rasulullah bertakbir, yang oleh sahabat-sahabatnya sudah fahamlah bahwa Umar masuk Islam. (Umar bin Khattab, hlm. 69-71)
Lihatlah, setelah membaca lembaran-lembaran al-Quran Umar al-Khattab yang merupakan penentang kuat Islam, menjadi lembut hatinya dan terbuka hatinya untuk menerima Islam. Inilah dikatakan al-Quran dapat melunakkan hati yang keras, menyuburkan hati yang gersang dan menyirami hati yang tandus.
Engkau mencari sinar kebenaran,
Perjalananmu penuh dengan kejahilan,
Tapi engkau tidak mengalah,
Kerana engkau bukan mudah kalah,
Usahamu tidak pernah luntur,
Mencari sinar untuk hidupmu yang kotor,
Hatimu dirundum kegelisahan,
Dilanda kejahatan yang melanda ingatan,
Hatimu semakin resah mencari,
Apakah yang dicari dek diri?
Dalam mencari dirimu,
Tersasar dibawa dek egomu,
Setelah sekian lama engkau mencari,
Ia hadir dalam kemarahan yang hadir dalam diri,
Yang membawa dirimu untuk ke saudaramu,
Yang akhirnya menjadikan hatimu seputih salju,
Siapa sangka sinar yang engkau cari selama ini,
Mendekati dirimu melalui saudaramu sendiri,
Doa kekasih-Nya mahar sinar yang engkau cari,
Kitab suci menjadi pelembut hatimu yang tercari-cari.
Al-Quran sebenarnya bukan setakat untuk dibaca oleh tetapi untuk difahami akan maksudnya, ambillah pedoman dalam al-Quran untuk mendidik dan melunakkan hati yang gersang. Ia juga mempunyai hidayah untuk yang mencarinya.
Firman Allah s.w.t.
“Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).” (Surah an-Nisa’:174)
0 comments:
Post a Comment