Sahabat Yang Soleh








 
SAHABAT YANG SOLEH
LAKSANA PENJUAL KASTURI
SEDIKIT KESANNYA
KEHARUMAN MELATA

SAHABAT YANG SOLEH
KEBAIKANNYA JADI TUMPUAN
KEIMANANNYA TERUS DIGILAPKAN
KETAQWAANNYA DAPAT DITINGKATKAN
MENGALAHKAN SYAITAN YANG SIANG
MALAM BERJUANG UNTUK KEROSAKAN

TETAPI,
SAHABAT YANG SOLEH
RUPA PARAS BUKAN JADI BANDINGAN
DARJAT & PANGKAT BUKAN SOAL PILIHAN
YANG MULIA DI HATI BUDI
ASASNYA IMAN,NERACANYA TAQWA

SAHABAT YANG SOLEH
IALAH YANG MENEGUR KESILAPANMU AGAR IA TIDAK
BERULANG
MELARANGMU DARI MELAKUKAN KEMUNGKARAN
YANG MENGINGATKANMU DARI KEALPAAN
TIDAK SETAKAT MENGANGGUKAN KEPALA
MENGIYAKAN APA YANG KAU KATA

SAHABAT YANG SOLEH
IALAH DISISIMU PADA SETIAP KEADAAN
YANG MERAIKANMU PADA SAAT KEGEMBIRAAN
YANG MENDAMPINGIMU PADA SAAT KESEDIHAN
YANG SANGGUP BERKONGSI KEPENTINGAN
MEREALISASIKAN SEBUAH PENGORBANAN

SAHABAT YANG SOLEH
MALUNYA MENGATASI PERAWAN
BERANINYA MENGATASI PAHLAWAN
CINTANYA BUKAN PADA GAMBARAN
RINDUNYA BUKAN PADA PERTEMUAN
TETAPI,HATINYA SARAT DENGAN IMAN
RANTINGNYA IKHLAS
DAN PUNCAK KEREDHO'ANNYA JADI TUMPUAN

RENUNGAN BERSAMA



Dalam menempuh kehidupan jgn mudah gentar,
jgn berundur dari langkah mujahidmu,
langkahmu langkah pejuang,
s'orang pejuang yg syurga mjd destinasi

Jgnlh engkau jdkn cinta dunia pilihanmu,
Isinya hanya kekosongan yg nyata,
mngapa tdk cinta Allah dan Rasul?
cinta-Nya dan kekasih-Nya adalh yg hakiki,

Namanya islam gelaranmu pun sama,
adakah engkau betul-betul m'ikut apa yg dsuruh?,
Hai, teman tdk malukh nk b'tmu dgn Allah?
dlm diri keadaan yg penuh dgn noda?

antara surat khabar dgn al-quran,
banyaknya pilih surat khabar dlu,
mgapa tdk al-quran dahulu?
inilh yg dikatakn umat akhir zaman.

antara majlis 'ilmu dan konsert,
konsertlh mjd pilihan hati remaja kini,
b'dyun2lh kamu ke sana sesukamu,
tp jgn ingat ia tdk akan ditanya oleh DIA.

Hai, ikhwah dan akhowat sekalian,
jglh pergaulanmu dimana sja kamu b'ada,
peliharalh maruah agama yg dirimu anuti,
kerana tanpa agama-Nya siapalh kita?

lisan itu umpama pedang dan juga air,
bergantung pd si penuturnya,
buruk tuturnya umpama pedanglh sifatnya.
dan umpama airlh jika baik tuturnya.

jadikan kalimah toyyibah peganganmu,
krn ia mjd teman utk iman kita yg rapuh ini,
jadikan taqwa isi kamar hati kecilmu itu,
krn dari itu kamu akn mrasa khadiran-Nya.

andai mahmudah mjd hiasan dirimu,
semoga engkau gagah dlm ujian-Nya,
andai mazmumahlh mnguasai dirimu,
semoga Allah mmbri hidayah pdmu.

ingatlh dunia umpama kepingan roti,
jdkn ia hanya digemgamanmu,
agar ia mudah utk egkau lepaskn,
agar dapat engkau alih p'hatian anjing d p'jlnanmu.

Ooh, mujahid mujahidah sekalian,
engkau umpama pelita agamamu,
menerangi saudaramu tika dalam kgelapan,
hilangmu umpama hilangnya sinar utk temanmu.

tabahlh dlm menempuh ranjau kehidupan ini,
kuatkn langkah perjuanganmu dlm pentas dunia,
semoga engkau sentiasa kuat dlm kehidupanmu,
semoga jannah mjd destinasi p'juanganmu.

nukilan: tinta_mujahid
editor: MFZ & NHA
11 NOVEMBER 2009/ 24 Zulkaedah 1430
12.00 am.

PUISI SYUKUR



ya Allah...
bagaimana dapatku mmbuktikannya,
tanda ksyukuranku pada-MU,
jika dihitung nikmat yang Engkau berikan,
tidak mungkin diriku dikalangan hamba yg b'syukur,

ya Rahim...
Nikmat-MU t'lalu banyak utkku hitung,
aku takut aku mati dalam tidak b'syukur,
jika dihitung yg ada padaku,
sudah pasti tiada mampu bagiku.

Ya 'Aziz...
diriku hina atas kelalaianku,
syukurku tdk mngkin mnandingi kekasih-MU,
Dunia bnyak mlalaikanku,
imanku lemah dan tdk seteguh kekasih-Mu.

Ya 'Alim...
akal yg Engkau kurnia pdku sering salahku gunakan,
destinasinya sering lari dari apa yang Engkau mahukan,
suatu yang tidak patut bagi seorang hamba yg lemah,
terasa diriku makin jauh dari erti syukur.

Ya Jabbar...
walau berapa sukar utkku buktikan ksyukuranku,
akan tetapku cuba mjadi hamba-Mu yang b'syukur,
ku tahu nikmat-Mu banyaknya tdk dpt dihitung olehku,
tetapi semampuku akan ku jadi hamba-Mu yang tahu b'syukur.

Nukilan: Tinta_Mujahid

18 November 2009 / 1 Zulhijjah 1430
12:16 a.m

CINTA SEJATI



Bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan berbunyi. Bercinta dengan yang tidak mencintai, akan menyebabkan seseorang itu kecewa dan merana . Itulah lumrahnya apabila bercinta dengan manusia. Sebaliknya bercinta dengan Allah,Tuhan yang Maha Pencinta atau'Al Waduud' itu, cinta kita pasti akan berbalas. Bahkan ia diberi penghargaan dan disambut dengan baik.

Cinta Allah yang Maha Pencinta tidak memilih siapa, rupa, gaya dan bagaimana keadaannya. CintaNya boleh direbut oleh sesiapa sahaja, asalkan rajin berusaha untuknya. Cinta yang tidak pernah luput walau sesaat malahan terus berkekalan. Berbeza dengan manusia yang hanyacinta pada yang disukai dan diminati. Cintanya pula bermusim dan tidak kekal. Sewaktu disenangi dicintai, bila jemu atau benci tidak lagi dicintai malah ditinggalkan.

Cinta manusia juga terhad dan ada kepentingan. Isteri cintakan suami kerana suami tempatnya bergantung. Ibu mencintai anak kerana anak itulah penghiburnya di kala sunyi. kawan menyayangi kawan kerana dapat berkongsi merasai senang dan susahnya hidup. Pengikut sayangkan ketua kerana ketua menjadi penaungnya.

Namun Allah yang Maha Pencipta mencintai hamba-hambanya tanpa ada kepentingan apa-apa. Allah hanya melebihkan kecintaanNya kepada orang-orang yang mencintaiNya, sebagai ganjaran buat hambaNya itu.. Allah akan murka kepada orang yang mengingkariNya, yang sombong dan memang tidak mahu langsung mencintaiNya. Cinta Seindah Yang Diucap.

Semua orang boleh mengaku dan berikrar bahawa dia mencintai Allah. Tapi tindak-tanduknya dapat mencerminkan apakah dia benar-benar mencintaiNya. Dan Allah sendiri lebih tahu siapakah diantara hambahambanya yang benar-benar mencintaiNya. Orang yang benar-benar mencintai Allah sanggup berbuat apa sahaja keranaNya. Kalau terhadap orang yang dikasihi, suami dan lain-lain diberikan perhatian dan tumpuan, Sanggup berkorban apa sahaja, pastilah terhadap Allah lebih-lebih lagi. Malah sanggup pula bersusah payah bangun malam untuk bertemu dan bercakap-cakap dengan kecintaannya. Sedang orang lain seronok bergaul bebas dengan kekasih hati, dia bermujahadah (melawan kehendak nafsu) menolak ajakan kekasihnya kerana mengutamakan larangan Allah SWT yang kasihNya lebih utama.

Tanda Cinta.

Tanda seseorang itu mencintai Allah ialah dia beriman kepada Allah, bertaqwa, berkorban untukNya dengan melakukan kebajikan, sabar, bertaubat,membantu kerja-kerja menegakkan agama melakukan ibadah yang fardhu dan rajin mengerjakan ibadah-ibadah sunat. Dia berkasih sayang dengan sesama manusia dan saling bersilaturrahim kerana Allah, dengan menjaga batas-batasnya, saling beri-memberi kerana Allah demi keredhaanNya. Tidak kerana yang lain.Allah melimpahkan kecintaanNya dan menempatkan orang-orang yang dicintaiNya itu pada kedudukan yang tinggi dan mulia di Akhirat. Allah isytiharkan cintaNya di dalam Al-Quran kepada orang yang sungguhsungguh beribadah berbuat kebaikan danberakhlak mulia.

Diantaranya Allah berfirman:
"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar." ( Surah: Ali Imran,Ayat:146.)

"Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan." ( Surah Ali- Imran,Ayat: 134 )


"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri." ( Surah: Al-Baqarah. Ayat: 222 )


Untungnya Orang Bercinta.

Beruntunglah orang yang bercinta dengan Allah kerana mendapat perhatian,cinta dan kasih sayangNya. Istimewanya orang yang bercinta dengan Allah dan mendapat balasan cintaNya, seluruh isi langit dan bumi akan turut mencintainya. Dia menjadi kekasih Allah manakala orang yang mencintainya turut mendapat kecintaan daripada Allah pula. Orang yang mendapat kecintaan Allah hidup bahagia dan tenang ketika di dunia lagi. Di Akhirat Allah akan berikan kebahagian yang abadi. Begitulah istimewanya orang yang bercinta dengan Tuhan yang Maha Pencinta itu. Kita pasti tidak mahu gagal dalam bercinta. Agar cinta kita berbalas, bercintalah denganNya,Tuhan yang Maha Pencinta itu dengan curahan cinta agung. Pasti akan mendapat balasan cinta yang istimewa dariNya. Usahkan di Akhirat, di dunia lagi, terasa di hati balasan cintaNya.


Rasulullah pernah bersabda :-
  Cintailah sesuatu itu sekadar saja. Berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu seketika Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja.. berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika.

CINTA HAMBA



sering kali hati ini b'monolog,
katanya siapakh diriku?,
lantas imanlh mjd penjawabnya,
katanya engkau hamba-Nya.

Hatiku b'tanya siapakh DIA?
Mgapakah engkau b'kata begitu?
DIA-lh ALLAH yg Maha ESA,
kerana DIA-lh yg mnciptamu.

mengapa, mengapa aku dcipta?
diriku hanyalh insan yg lemah,
engkau dcipta utk mjd khalifah,
dari klemahnh dtngnya kkuatan.

Ooh tuhan kuatkh diriku?
dapatkahku menahan segala ujian ini?
kumohon kekuatan dari-MU dlm hidupku,
kupohon segenap ketabahan dari-Mu jua.

seringkali b'tandan rsa putus asa dihati,
sapaannya datang tdk mengenal perasaanku,
Ya, Allah pada-MU tempatku jatuhkan hatiku,
ENGKAU-lah yg m'hapus semua itu dr hatiku.

diriku insan yg lemah ya Allah,
bagaimana harusku jalani hidup ini?,
p'harapanku hnya pd-MU ya Allah,
agar ENGKAU terangi hidup yg ku diami.

banyknya dugaan dlm hidupku ini,
datangnya bukanku pinta,
namun ku pujuk hati dan iman,
sesunguhnya ia tanda kasih-MU paddku.

mengapa payah cinta pd-MU untuk b'taut,
puasku cuba untuk m'dptkannya,
kumahu cinta-MU mjd pengisi hati kosongku,
kumahu kasih-MU mjd penghias hati gusarku.

apakah noda dihatiku menjad hijab cinta-MU?
ku tahu diri ini penuh dengan noda dihati,
manakan tidak dunia m'buat htiku kelam,
ya Allah ku dahagakn kasih-MU.

hatiku gusar akan noda pd diri,
imanku semakin t'siksa,
bisikan syaitan sentiasa datang,
kerana imanku tdk sekuat kekasih-MU.

Ya Allah dimanakah lagi cintaku b'taut,
andai bukan pada-MU dan Kekasih-Mu,
jika ia hilang dari hati kelamlah hidupku,
gersang hatiku tanpa cinta-MU yg hakiki.

ku sedar mahar cinta-MU itu besar,
ku cuba membli mahar cinta agung-MU,
akanku tukarkn semuanya untuk mgapainya,
akanku tabah dgn ujian dr-MU.

ya Allah ku sedar cinta-MU cinta suci,
hati yg suci itu mjd lembaran cinta-MU,
hatiku sama dengan hati mnusia lain,
tetapi aknku trus-mnerus m'buru cinta-Mu.

ku kumpul segenap kekuatan dihatiku,
ku pujuk jua iman yg lemah ini,
agar tdk ptus harapan dari cinta-MU,
dan tidak pula jauh dari MU,

jika ujian yg Engkau turunkan,
akan ku terima dgn ksyukuran,
andai kepahitan yg Engkau berikan,
akan ku telan umpama manisnya madu.

jika hati berjuang kerana-MU,
dugaan itu tempat persinggahanku,
andai rebah dalam p'juangan,
hati tetap redha krn-MU jua ya Allah.

cinta-Mu ya Allah cinta abadi,
cintakn RasululLah itu cinta sejati,
cintakn ibu dn ayah cinta yg suci,
cinta sesama saudara masa b'ada hnya smntara.

akanku sulami hati dgn rasa cinta Allah,
akanku jadikan ia p'mbakar semangatku,
akn ku usaha agr tidak lupa sunnah kekasih-Mu,
krn itulh yg menjadi tanda cinta dan rinduku.

Nukilan: tinta_mujahid

12 November 2009/ 23 Zulkaedah 1430
8.30 a.m

SIFAT PEMURAH




Rawatlah hati dengan sifat pemurah, Ia merupakan amalan yang amat mulia. Mengapa pula tidak! Ramai orang yang gemar menerima, tetapi untuk mencari orang yang suka memberi atau pemurah bagai mencari mutiara yang berada di dasar lautan. Kebanyakan manusia pada zaman ini sukar untuk memberi kepada yang memerlukan, ini kerana takut hartanya habis juga terlalu sayang akan harta yang dimiliki oleh mereka. Mungkin ada juga yang berfikir `buat apa nak beri harta aku pada orang lain sedangkan aku bekerja untuk mendapatkan harta ini, kalau nak, carilah sendiri’, mereka berfikir yang harta hanya untuk mereka sahaja. Bukan ana nak bersangka buruk, tetapi sekadar untuk membuat contohnya. Cuba bayangkan, seandainya perasaan ini bertandan dalam hati, tidakkah boleh membuatkan hati kita keras dan terlalu susah untuk melakukan kebaikan? Inilah merupakan salah satu yang menyebabkan hati dalam kekelaman, cinta akan dunia juga dikatakan sifat bakhil. Allah tidak suka pada hamba-Nya yang bakhil, sesunggunya tiada yang memanfaatkan diri kita sekiranya kita terus menerus untuk berfikiran begitu rupa, ketahuilah azab yang pedih menanti pada yang bakhil dalam hidupnya.

Firman Allah s.w.t.
“Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan hartabenda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka bahawa keadaan bakhil itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan di kalungkan (diseksa) dengan apa yang dibakhilkan itu pada hari Kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan.” (Surah ‘Ali-Imran:180)

Namun, kebanyakannya ramai yang tidak tahu erti sedekah yang sebenarnya. Mereka hanya tahu sekiranya yang berkaitan dengan sedekah atau memberi itu dengan memberi hartanya sahaja. Inilah sebabnya ramai yang sukar untuk memberi. Sebenarnya sedekah itu bukan sahaja dengan hanya memberi atau menyedekahkan harta kepada orang lain, tapi segalanya yang dapat dan mampu kita beri, sama ada tenaga, hati, perbuatan dan banyak lagi. Zikir juga merupakan sedekah.

Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil juga adalah sedekah dan setiap takbir adalah sedekah...”
(Riwayat muslim)

Bukan setakat itu sahaja, ucapan yang baik juga merupakan sedekah, contohnya memberi salam, mengajak manusia ke arah kebaikan dan menegah daripada kemungkaran, berlemah lembut sewaktu bercakap dan tidak mengguris hati orang lain serta.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Perkataan yang baik adalah sedekah.”
(Riwayat al-Bukhari)

Sedangkan dengan hanya senyum kepada saudara kita sahaja sudah dikatakan sedekah.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Senyuman kepada saudaramu adalah sedekah.”
(Riwayat al-Tirmizi)

Inilah yang dikatakan dengan sifat pemurah, konsepnya amat luas untuk diketahui. Bila kita sentiasa mengamalkan sifat pemurah, Insya Allah hati akan mudah untuk merasa bahagia, hati mudah untuk bebas dari sifat riya’, bangga diri dan cinta dunia. Kebanyakkan manusia pada masa sekarang yang terlalu cinta akan harta mereka, inilah juga salah satu yang menyebabkan sifat bakhil. Ubatnya adalah sedekah.

Syeikh Abdul Kadir al-Jailani berkata:

“Kamu boleh biarkan dunia berdiri di hadapan pintu hati kamu. Tetapi jangan sekali-kali biarkan ia masuk, kerana dunia tidak membawa kehormatan bagi kamu.”

Oleh itu, sentiasalah memberi dan bersedekah, kerana ia mengubat hati yang sakit. Ia juga merupakan salah satu yang akan dihitung ketika akhirat nanti, jangan takut untuk memberi, jadilah orang yang pemurah.

Engkau bangga apa yang engkau miliki,
Hingga engkau lupa akan hakikat diri,
Mudah sungguh engkau lalai akan nikmat Tuhan,
Dibawa arus dek kemewahan,

Hatimu tertarik pada yang sementara,
Membuai diri yang leka,
Suka engkau mencari pada yang tiada mentari,
Menjauhkan dirimu dari Ilahi

Bukan ingin mahu memaki hamun,
Sekadar untuk menjadi insan yang perihatin,
Bukan pula ingin menghina,
Ketahuilah hidup didunia tiada keabadiannya,

AMALAN SOLEH



Seterusnya, mari kita lihat bagaimana ingin melunakkan hati dengan cara lain pula. Lunakkanlah hati dengan amalan-amalan soleh. Ini kerana, hati yang kelam memerlukan cahaya yang menerangi jalannya.

i. Solat
Pertama-tamanya, solat fardhu jangan sesekali ditinggalkan, kerana ia merupakan tiang agama. Andai kurang salah satu tidak kukuhlah agama dalam diri kita, begitu jugalah hati manusia. Solat itu dapat melembutkan hati seseorang itu, sekiranya seseorang itu tahu akan hakikatnya. Bagi mereka yang menghayati akan apa yang dibacanya dalam solatnya itu, akan timbul rasa tenang didalam hatinya kerana rohnya menjadi subur kerana solat.

Firman Allah s.w.t.
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.”
(Surah al-Baqarah: 277)

Sekiranya solat fardhu sudah sentiasa kita jaga, janganlah lupa pada solat sunat. Kerana ia juga merupakan salah satu amalan yang boleh mengubat penyakit hati yang sentiasa bertandan. Solat sunat mempunyai ada pelbagai jenis, contohnya solat Tahajud, Dhuha, Awwabin, Taubat, Istikharah dan banyak lagi. Solat tahajud dapat menguatkan hati kita dalam menghadapi setiap onak duri, ia juga dapat menghapuskan ketakutan di dalam diri, juga keresahan. Ini merupakan amalan para sahabat, ulama’, tabiin, dan ilmuan Islam, terbukti mereka tidak mudah di serang oleh penyakit-penyakit hati. Hati mereka sentiasa tenang dan teguh kerana amalan sunatnya sentiasa dilakukan.

Firman Allah s.w.t.
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”
(Surah al-Isra’: 79)

ii. Berzikir
Berzikirlah selalu kerana ia dapat memnjadikan hati lebih tenang. Ia dapat menyuburkan hati yang dalam keresahan. Ramai yang tahu akan kaifiat berzikir dan ganjaran sekira mengamalkannya, tapi berapa ramai yang mengamalkannya? Kebanyakannya hanya berzikir selepas menunaikan solat fardhu dan solat sunat. Mengapa agaknya? Kebanyakan alasannya, Tidak ada masa, letih, dan lupa. Inilah yang mahu dititik beratkan, apabila kita melakukan sesuatu tanpa meningati Allah atau berzikir, hati akan mudah tertarik kepada sesuatu kurang baik. Mudah untuk kalah pada bisikan syaitan, dan hati akan menjadi kelam. Tiada yang baik apabila hati telah mengikut bisikan syaitan.
Berzikir hakikatnya, perlulah sentiasa diamalkan dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan. Ini dapat membuatkan hati menjadi lebih dekat pada Allah, sekali gus tenang dalam setiap situasi yang dialami. Pada masa yang sama pahala diganjarkan pada yang mengamalkannya.

Firman Allah s.w.t.
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

(Surah ar-Ra’d: 28)


iii. Membaca, Memahami dan Menghayati Al-Quran
Sentiasalah membaca, hayatilah, dan fahamilah al-Quran, sebenarnya dalam al-Quran mengandungi pelbagai jawapan bagi setiap masalah, al-Quran merupakan mukjizat yang teragung yang dikurniakan pada RasululLah s.a.w. dan ia juga merupakan kalam Allah yang tiada keraguan sedikit pun padanya. Bacalah al-Quran beserta maksudnya agar kita faham akan mesej setiap ayat yang dibaca , renungilah akan maksudnya kerana mungkin disebaliknya ada pelbagai penyelesaian masalah yang merundum di hati kita. Ia dapat menerangi hati yang kelam, mengubati hati yang sakit, menyuburkan hati yang gersang dan tidak terkira akan kehebatan yang terkandung dalam kalam Allah ini.

Cuba kita ingat kembali kisah pengislaman Saidina Umar al-Khattab, sebelum memeluk Islam, beliau merupakan penentang kuat da’wah RasululLah. Pada suatu hari beliau dalam perjalanan ingin membunuh RasululLah, dalam perjalanannya itu beliau terserempak dengan Nu’iam bin Abdullah. Nu’aim bertanya: “Mau ke mana?”, Umar menjawab: “Saya sedang mencari Muhammad, orang itu sudah meninggalkan kepercayaan leluhur dan memecah belahkan kaum Quraisy, menistakan lembaga hidup kita, menghina agama dan sembahan kita. Akan saya bunuh dia!”

“Anda menipu diri sendiri, Umar. Anda kira Abdul Manaf akan membiarkan Anda bebas berjalan di bumi ini jika sudah membinuh Muhammad? Tidakkah lebih baik Anda pulang dulu menemui keluargamu dan luruskan mereka!” Nu’aim berkata. “Keluarga saya yang mana?” Tanya Umar. Nu’aim menjawab: “Ipar dan sepupu anda Sa’id bin Zaid bin Amr, dan adikmu Fatimah binti Khattab. Kedua mereka sudah masuk Islam dan menjadi pengikut Muhammad. Mereka itulah yang harus Anda hadapi.”

Umar kembali pulang hendak menemui adik perempuannya dan iparnya. Ketika itu Khabbab bin al-Arat yang sedang memegang lembaran-lembaran al-Qur’an membacakan kepada mereka Surah Ta-Ha. Ketika itu mereka merasakan Umar datang, Khabbab bersembunyi di bilik mereka dan Fatimah menyembunyikan kitab itu. Setelah berada dekat dari rumah itu Umar masih mendengar bacaan Khabbab tadi, dan apabila masuk Umar menanyakan:
“Saya mendengar suara bisik-bisik apa itu?” “Saya tidak mendengar apa-apa.” Fatimah menjawab. “Tidak!” kata umar lagi, “Saya sudah mendengar bahawa kamu berdua sudah menjadi pengikut Muhammad dan agamanya!” Ia berkata begitu sambil memukul Sa’id bin Zaid dengan kuatnya. Fatiamah, yang berusaha hendak melindungi suaminya, juga mendapat tamaparan dari Umar yang menyebabkan mukanya berdarah. Melihat tindakan Umar yang demikian, mereka berkata: “Ya, kami sudah masuk Islam, dan kami beriman kepada Allah dan kepada Rasul-Nya. Sekarang lakukan apa saja sekehendak kamu!”

Melihat darah di muka adiknya itu Umar merasa menyesal, dan menyadari apa yang telah ia lakukan. “Ke marikan kitab yans saya dengar kamu baca tadi,” katanya. “Akan saya lihat apa yang diajarkan Muhammad!” Fatimah berkata: “Kami khuatir kamu akan mengoyaknya.” “Jangan risau,” kata Umar. Lau ia bersumpah demi dewa-dewanya bahwa ia akan mengembalikannya apabila sudah selesai membacanya. Umar mengembalikan kitab tersebut setelah selesai membaca sebahagian daripada kitab al-Qur’an, Umar berkata: “Sungguh indah dan mulia sekali kata-kata ini!” Mendengar kata-kata itu Khabbab yang dari tadi bersembunyi keluar berkata kepada Umar: "Umar, demi Allah saya sangat mengharapkan Allah akan memberi kehormatan kepada Kamu dengan ajaran Rasul-Nya ini. Semalam saya mendengar RasululLah berkata: 'Allahumma ya Allah, perkuatlah Islam dengan Abul-Hakam bin Hisyam atau dengan Umar bin Khattab.' Berhati-hatilah, Umar!'" Ketika itu Umar berkata: "Khabbab, hantarkan saya kepada Muhammad. Saya akan menemuinya dan akan masuk Islam," dijawab oleh Khabbab dengan mengatakan: "Dia dengan beberapa orang sahabatnya di sebuah rumah di Safa." Umar mengambil pedangnya dan pergi langsung mengetuk pintu di tempat Rasulullah dan sahabat-sahabatnya berada.

Mendengar suaranya, salah seorang di antara mereka mengintip dari celah pintu. Dilihatnya Umar yang sedang menyandang pedang. Ia kembali ketakutan sambil berkata: "Rasulullah, Umar bin Khattab datang membawa pedang. Tetapi Hamzah bin Abdul-Muttalib menyela: "Izinkan dia masuk. Kalau kedatangannya dengan tujuan yang baik, kita sambut dengan baik; kalau bertujuan jahat, kita bunuh dia dengan pedangnya sendiri. Ketika itu Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam berkata: "Izinkan dia masuk." Sesudah diberi izin Rasulullah berdiri menemuinya di sebuah ruangan. Digenggamnya baju Umar kemudian ditariknya kuat-kuat seraya katanya: "Ibn Khattab, apa maksud kedatanganmu? Rupanya Anda tidak akan berhenti sebelum Allah mendatangkan bencana kepada Anda!"
"Rasulullah," kata Umar, "saya datang untuk menyatakan keimanan kepada Allah dan kepada Rasul-Nya serta segala yang datang dari Allah." Ketika itu juga Rasulullah bertakbir, yang oleh sahabat-sahabatnya sudah fahamlah bahwa Umar masuk Islam. (Umar bin Khattab, hlm. 69-71)

Lihatlah, setelah membaca lembaran-lembaran al-Quran Umar al-Khattab yang merupakan penentang kuat Islam, menjadi lembut hatinya dan terbuka hatinya untuk menerima Islam. Inilah dikatakan al-Quran dapat melunakkan hati yang keras, menyuburkan hati yang gersang dan menyirami hati yang tandus.

Engkau mencari sinar kebenaran,
Perjalananmu penuh dengan kejahilan,
Tapi engkau tidak mengalah,
Kerana engkau bukan mudah kalah,

Usahamu tidak pernah luntur,
Mencari sinar untuk hidupmu yang kotor,
Hatimu dirundum kegelisahan,
Dilanda kejahatan yang melanda ingatan,

Hatimu semakin resah mencari,
Apakah yang dicari dek diri?
Dalam mencari dirimu,
Tersasar dibawa dek egomu,

Setelah sekian lama engkau mencari,
Ia hadir dalam kemarahan yang hadir dalam diri,
Yang membawa dirimu untuk ke saudaramu,
Yang akhirnya menjadikan hatimu seputih salju,

Siapa sangka sinar yang engkau cari selama ini,
Mendekati dirimu melalui saudaramu sendiri,
Doa kekasih-Nya mahar sinar yang engkau cari,
Kitab suci menjadi pelembut hatimu yang tercari-cari.


Al-Quran sebenarnya bukan setakat untuk dibaca oleh tetapi untuk difahami akan maksudnya, ambillah pedoman dalam al-Quran untuk mendidik dan melunakkan hati yang gersang. Ia juga mempunyai hidayah untuk yang mencarinya.

Firman Allah s.w.t.
“Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).” (Surah an-Nisa’:174)

SIFAT REDA




Bagaimana kita nak jadikan diri kita supaya dapat tabah dan sabar akan setiap ujian dan musibah yang menimpa kita? Kita mestilah belajar untuk menerima atau reda akan setiap ujian yang Allah s.w.t. turunkan kepada kita. Sentiasalah kita bersangka baik akan setiap apa yang Allah berikan kepada kita sama ada nikmat atau musibah, kedua-duanya ada hikmah disebaliknya yang hanya Allah s.w.t. tahu akan semua itu. Jangan mudah melatah akan musibah yang Allah s.w.t. berikan kepada kita, takut-takut boleh membuatkan kita jauh dari hidayah-Nya. Kita kena terima setiap musibah yang melanda diri kita dengan hati yang tenang dan sabar. Sekiranya kita terasa amat sedih dan perit dan tidak tahan akan ujian yang Allah s.w.t. berikan kepada kita, merintih dan mengadulah pada Allah s.w.t., dari situlah akan hadir hati yang redha akan ujian yang diberikan oleh-Nya dan kekuatan akan terbit dari rintihan dan aduan kita di dalam doa kita. Contohnya kita berdoa:

“Ya Allah, Ya Tuhanku, sesungguhnya hatiku terasa amat perit dan lemah akan ujian yang Engkau berikan padaku, namun siapalah diriku untuk merungut akan apa yang Engkau berikan padaku, Aku hanyalah hamba yang hina dan penuh dengan dosa. Ya Allah, pada-Mu jua aku mengadu akan apa yang aku rasakan, kerana hanya Engkau tempat hamba mengadu dan aku reda setiap apa yang Engkau berikan pada diriku, oleh itu Ya Rahim, aku memohon akan kekuatan dan ketabahan dari-Mu agar kuat menerima ujian dari-Mu.” Amin

Doa boleh menjadikan kita menjadi tabah dan kuat dalam menghadapi ujian dan musibah yang melanda diri. Doa itu mendekatkan seseorang hamba dengan penciptanya, itulah mengapa yang dikatakan `doa itu senjata mukmin’. Dalam doa itu sendiri mempunyai suatu kuasa motivasi bagi yang ketahui akan hakikatnya. Cuba fikir, bila kita berdoa agar dikuatkan iman, terdetik dari itu kita berusaha dengan sepenuh dan seupaya kita untuk memperkuatkan iman kita.

Berbalik kepada reda, kita tidaklah boleh reda sahaja tanpa berusaha ia telah lari dari konsepnya. Reda itu, bila kita telah berusaha sekuat dan sepenuhnya dalam sesuatu perkara itu, tetapi apa yang diusahakan itu tidak mendatangkan hasil atau tidak berjaya, dan semua itu diterima dengan hati yang tenang tanpa merungut sebaliknya bersangka baik pada Allah.
Daripada ‘Abbas bin Abdul Muttalib, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Akan merasakan manisnya iman; seseorang yang redha Allah sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya, dan Muhammad s.a.w. sebagai nabi dan rasulnya.”(Riwayat al-Bukhari)

Reda itu merupakan salah satu sifat yang mulia, menerima akan seadanya, tidak pula merungut akan apa yang dia terima. Kerana dia tahu, sesungguhnya itulah apa yang Tuhan mahu akan hamba-Nya. Sentiasa menyerahkan diri pada Allah s.w.t. Teguh dengan apa yang diberi, tiadak berputus asa, sebaliknya mempertingkatkan usaha dengan penuh usaha dan terus menerus melakukan sesuatu perkara itu sehingga berjaya, segalanya disandarkan kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh. Mari kita hayati kisah ‘Urwah bin al-Zubair yang memiliki sifat reda yang tinggi- ketika beliau dalam perjalanan ingin ke Syam kerana dijemput oleh Khalifah Walid bin Abdul Malik ke istananya, kaki beliau terasa sakit, dan tidak lama kemudian timbul sebuah bisul pada kakinya yang akhirnya pecah dan menjadi luka. Setibanya beliau di Syam, Khalifah membawa seorang tabib kepadanya untuk memeriksa kakinya yang luka itu. Tabib itu pun menyimpulkan bahawa luka itu merupakan suatu jangkitan yang mana perlu dihentikan dengan segera, jika tidak ia akan merebak ke seluruh badan. Dan ia perlu dihentikan penyebarannya dengan memotong kaki tersebut.

‘Urwah setuju kakinya dipotong. Sebelum operasi dilaksanakan, Tabib itu menyarankan agar beliau meminum ubat bius agar tidak terasa sakit. Tetapi, ‘Urwah menolak. Beliau ingin dalam keadaan sedar sehingga dapt menggingati Allah meski pun harus merasa kepedihan yang sangat menyiksa. Akhirnya, tabib itu memotong kakinya dengan gergaji. subhanalLah! Beliau langsung tidak mengeluarkan suara kesakitan sepanjang operasi dilaksanakan.

Dan pada masa yang sama juga. Beliau mendapat berita yang mengatakan anaknya ditimpa kemalangan. Anaknya mati akibat ditendang oleh keldai. Tetapi, tidak member sebarang komen. Setelah itu, dalam perjalanan pulang ke Madinah, ada yang terdengar `Urwah berkata: “Ya Allah, Engkau memberiku tujuh orang anak, Jika Engkau mengambil satu orang, Engkau masih meninggalkan enam yang lainnya. Dan Engkau memberiku empat anggota (dua tangan dan dua kaki). Jika Engkau mengambil salah satunya, Engkau masih meninggalkan tiga yang lain. Masya Allah, sungguh hebat tokoh besar ini, sentiasa ada alas an untuk bersyukur kepada Allah. Teman-teman, inilah yang dikatakan tingkatan reda yang paling tinggi. Tetap mencari alas an untuk bersyukur kepada Allah, tidak pula merungut akan musibah yang menimpanya dan tidak juga menyalahkan sesiapa atau apa yang menyebabkannya berlaku. Bagaimana pula kita? Adakah kita akan menyalahkan sesiapa yang berkaitan atau mahu mencontohi sifat ‘Urwah? Terserah pada anda untuk memilihnya, fikirlah dengan panduan imanmu bukan nafsumu, pasti sinar yang akan menerangi dirimu. Jadi, berusahalah untuk reda dengan musibah yang menimpa.

Ingatlah juga wahai temanku, dengan reda tidak bererti engkau berserah sepenuhnya tanpa melakukan apa-apa, itu konsep yang salah. Inilah yang selalu dilakukan oleh segelintir umat Islam kerana tidak faham akan konsep reda yang sebenarnya. Bagi mereka yang beranggapan begitu, sesungguhnya mereka seperti orang yang berangan yang tidak melakukan apa-apa, tetapi bila menghadapi sesuatu kesulitan atau musibah, contohnya rumah seorang penduduk kampong itu mengalami kebakaran, dia hanya melihat dan dia berkata “aku reda”, dia tidak melakukan apa-apa usaha untuk memadamkan kebakaran tersebut sedangkan dia mampu untuk memadamkan kebakaran tersebut. adakah ini yang dikatakan reda? Tidak, bukan ini yang Allah s.w.t. mahukan dari hambanya. Allah tidak akan mengubah nasib kita melainkan kita yang mengubahnya. Allah akan reda pada hamba-Nya yang reda akan musibah yang menimpanya. Oleh itu, berusahalah menjadi hamba yang reda, usah diratapi, tetapi diterimanya dengan penuh kesyukuran yang amat pada Allah s.w.t.

Mengapakah engkau hanya berdiam diri?
Sedangkan engkau mampu untuk berdiri,
Engkau mudah berputus asa,
Lupakah engkau sebaik-baik ciptaan-Nya,

Berusahalah untuk mencapai matlamatmu,
Kerana ini adalah jalan hidupmu,
Jangan gusar akan ujian yang menimpa,
Kerana ia adalah tanda kasih Yang Maha Esa,

Engkau dicipta bukan untuk selamanya hidup,
Hidupmu tidak akan sentiasa gelap,
Berusahalah untuk mencari sinar kebenaran,
Carilah sinarannya dengan penuh keredaan,

Oleh itu, Reda merupakan cara yang sesuai untuk melunakkan hati kita agar mudah menerima setiap kenyataan juga menjadi insan yang kamil dan sentiasa terikat dengan Penciptanya.

MELUNAKKAN HATI



Untuk mendapatkan hati yang hebat yang diibaratkan dengan ‘Enjin Khalifah’ bukan suatu yang mudah, yang hanya dengan sekelip mata saja ia datang. Tidak, tidak mungkin berlaku dengan begitu sahaja, melainkan Allah yang berkhendak memberinya kepada orang yang Dia khendaki. Untuk itu, kita mestilah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapainya, bukan sedikit pengorbanan untuk mendapat hati yang hebat dan teguh dan bukan pula setitis keringat yang perlu di korbankan. Ia umpama menyelam untuk mencari mutiara yang berada di dasar lautan dalam yang penuh dengan halangan dan misteri. Dalam pencariannya pasti akan ada halangan yang mendatang bertandan dipinggirannya.

Jangan dikira selepas satu halangan atau rintangan sudah dilepasi bererti tiada lagi halangan akan datang. Tidak, tidak sama sekali, bermula dari itulah akan datang halangan dan rintangan yang tidak henti-henti bertandan. Mengapa begitu? Sudah pastilah begitu, untuk hati yang hebat terbentuk dalam diri seseorang itu, ujian yang besar adalah maharnya. Bergantung pada individu itu sama ada mahu ataupun tidak, andai semangatnya kuat untuk mencapai tahap itu dia mesti menghadapi ujian yang mendatang pada dirinya. Sekiranya dia tidak mahu, tiada jalan pintas untuk mencapainya, maka terumbang-ambinglah hati dibawa arus kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini.

Duhai temanku,
Jangan dikau lalai andai kemewahan bertandan,
Kerana ia akan membawa engkau jauh dari Tuhan,
Usah di ratapi pula akan kesulitan yang melanda dirimu,
Sesungguhnya itulah tanda kasih sayang Tuhanmu.

Duhai temanku,
Engkau sangka tidak akan diuji,
Tetapi ingatlah kita akan sentiasa diuji,
Jangan engkau sangka itu sebagai musibah,
Ketahuilah, itulah anugerah Tuhan kepada hamba-Nya yang lemah,

Duhai temanku,
Jangan engkau bersikap lemah,
Kelak akan dikau merasa resah,
Jangan pula gundah-gulana,
Kelak engkau akan kufur akan nikmat-Nya,

Duhai temanku,
Jangan dikau berputus asa akan kegagalanmu,
Bukankah Allah itu harapan buat dirimu?
Allah itu Maha Mendengar akan rintihan hamba-Nya,
Pohon dan adulah kepada yang selayaknya,

Duhai temanku,
Sesungguhnya mentari itu belum hilang,
Ia masih bersinar pada yang ingin berjuang,
Datangnya pula sentiasa dengan sinaran baru,
Menjadi obor penyuluh di perjalananmu.