gambar hiasan
Assalamu’alaikum w.b.t, salam ukhuwwah setanggi ukhuwwah setinggi uhud. Semoga antum semua dalam keadaan yang sihat sejahtera samada fizikal mahupun batinnya dan terutamanya hati. Pertama-tama dan selamanya, marilah kita merafakkan kesyukuran kita yang tidak terhingga atas nikmat yang amat besar yang telah dikurniakan sebagai seorang islam, yakni nikmat islam dan iman. Inilah yang paling berharga dalam hidup seseorang yang bergelar muslim. Namun pun begitu, hati itu tidak diabaikan, kerana hati itu umpama enjin bagi insan yang bergelar manusia. Kenapa? Enjin kalau dah rosak, bolehkah ia menggerakan sesebuah kenderaan? Tak bolehkan? Haa, sebab itulah hati mesti diambil berat akan kesuciannya. Baiklah cukuplah sekadar ini pembuka bicaranya. Kita berpindah pula pada perkongsian kita pada kali ini ye. Untuk kali ini sekadar luahan hati yang mengarahkan jari jemari untuk menari diatas papan kekunci.
Saudara/i, ana bukan mahu mementingkan diri tapi sekadar berkongsi apa yang ana rasa dan lalui. Sudah sekian lama hati ini berdiam tanpa pengkhabaran, sungguh lemah diriku ini kerana mudah sungguh untuk jatuh dan rebah pada ujian. Maafkan ana duhai shabatku, bukanku mahu begitu, tetapi mahu mengumpul segenap kekuatan untuk bangun semula dari tersungkur. Ana tidak sekuat antum yang terus bangun semula tatkala jatuh, ana memerlukan masa untuk mengumpul kekuatan seperti mana sebuah pokok memerlukan masa untuk membina akar yang kuat agar tidak mudah untuk tumbang dipukul angin yang kencang. Maafkan ana ye, ana memang suka gunakan pokok sebagai contoh dalam perkongsian ana, kamu kalu tak suka jangan sibuk yee.. Maaf sekadar gurauan. Bila sudah terkumpulnya kekuatan, insyaAllah dapat bangun semula dari jatuh.
Teman, Ana berasakan diri ini penuh dengan dosa dan noda, maafkan ana duhai teman kerana diriku terlalu banyak berdiam, ini kerana hatiku kelam, hatiku resah, resah mengenangkan dosa-dosa yang menerjah ke ruang fikiran. Memikirkan pengakhiranku kelak diatas dosa-dosa yang telah diriku lakukan sepanjang hidupku ini, diriku merasakan diriku ini terlalu jauh terpesong dan melencong dari jalan yang Allah telah tetapkan kepada hamba-hambaNya, iaitu jalan yang lurus dan jalan kebenaran. Sebagai seorang islam kita perlulah berpegang teguh pada agama yang kita anuti, kerana bila kita memelihara islam dalam diri kita beerti kita memelihara aqidah serta iman kita.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan barang siapa yang berpegang teguh dengan (agama) Allah maka sesungguhnya dia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus"
(Ali-‘Imran: 101)
Sahabat yang ana kasihi sekalian, ana seorang hamba yang lemah tidak terlepas melakukan kejahatan dan dosa, tatkala ujian bertamu, adakalanya menang dan adakalanya kalah, untuk itu taubat itu penting buat ana. Diriku mencari keampunan dari Allah di atas segala kekhilafan yang telah ana lakukan selama diriku hidup, kerna ana tahu hidupku sudah tidak lama. Namun begitu, ini bukan suatu alasan untuk diriku kalah pada ujian yang datang bertamu kerana usia yang masih tersisa ini perlu di manfaatkan dengan sebaik-baik mungkin. Apa yang ada pada kita sekarang adalah apa yang kita perlu digunakan untuk mengapai redha Allah S.W.T.. Ana malu, malu pada Allah S.W.T, dah banyak dosa-dosa yang ana lakukan, tetapi Allah masih lagi memberi ana peluang untuk hidup, untuk melihat kebesaranNYA, berpijak di bumi milikNYA. Jika dihitung dosa-dosaku, terasa bagaikan diri ini tidak layak langsung untuk hidup di bumi milikmu ini Ya Allah. Ana sedar kenapa Allah masih lagi memberi peluang untuk ana hidup, Allah mahu ana perbaiki diri, bersihkan hati, taati perintahNYA dan ikuti suruhan kekasihNYA.
Ana rasa cukuplah sampai disini perkongsian buat kali ini, sekiranya ada salah silap atau terkasar bahasa dalam perkongsian ana ini, harap dimaafkan dan ditegur. Segala kesalahan ana membuktikan adalah bahawa ana ini seorang hamba yang memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan dari mereka-mereka yang lebih arif tentang kehidupan dari diri ana. Dan yang paling penting ana memerlukan pertolongan dan kekuatan dari Allah S.W.T, kerana DIA-lah yang memiliki segala-galanya sedangkan kita hanya meminjam dan menumpang. Tiada yang kita miliki melainkan semuanya milik Al-Khaliq. Andai ada hayat, insyaAllah kita berjumpa di perkongsian yg akan datang. Jaga Iman, Jaga Hati, jaga diri, yang penting ingat Allah selalu.