Hanya Pada-Mu...



gambar hiasan

APABILA Semuanya Serba Tidak Kena,
Dan Anda Tidak Tahu Apa Lagi Yang Hendak Dibuat,
Ingatlah... Anda Masih Boleh Bersandar Kepada Yang Maha Mengasihi...

Apabila Hidup Diselubungi Kegelapan Dan Semuanya Silap,
Carilah Sinar Itu Dari Dia Yang Memberi Cahaya...
Apabila Dibelenggu Masalah,
 Sedangkan Tiada Sesiapa Pun Yang Mahu Mengambil Kisah,
Ingatlah Pada Dia Yang Tidak Pernah Melukakan Hatimu..
 Dia Maha Adil...

Apabila Hati Terluka Dan Kesakitan Itu Menumbangkan Kudratmu,
Jangan Berputus Asa Kerana Dia Melihat Segala-galanya...
Apabila Lemah Tidak Berdaya,
 Sedangkan Perjalanan Masih Jauh Perlu Diharungi,
Carilah Kekuatan Itu Dari Yang Maha Perkasa...
Apabila Hidup Ini Dirasakan Seperti Beban,
Segala-galanya Goyah,
 Bangunkan Semula Kota Semangat Itu Dengan Keyakinan Bahawa Itulah Iradat-nya...

Apabila Jalan Di Depan Di Gelapi Mendung,
 Sedangkan Tiada Sesiapa Di Sisi Sudi Menemanimu,
 Carilah Jalan Lurus Itu Dari Dia,
 Yang Menjadi Satu-Satunya Panduan Hidup...

Apabila Semua Orang Di Sekeliling Tidak Mendengar Suara Dan Keluhanmu,
Jangan Kecewa Kerana Dia Yang Maha Mendengar...
Apabila Miskin Dan Papa, Anda Terperangkap Dalam kesempitan,
Ingatlah Kepada Dia Yang Maha Kaya...

Apabila Engkau Dalam Kedukaan Sedangkan Tiada Tempat Untuk
Melarikan Diri,
Mengadulah Kepada Dia Yang Satu,
 Apabila Keseorangan Dan Kedukaan Itu Seperti Tiada Penghujungnya,
 Serahkan Dirimu Kepada Dia... Satu-Satunya Tempat Yang Boleh Digantungkan Harapan...

Apabila Parut Lukamu Dicederakan lagi,
 Hatimu Dicakari Kebimbangan,
Ingatlah Bahawa Dia Sentiasa Bersama Orang-Orang Yang Sabar...


p/s : Diri ini hanya pandai mengingatkan orang lain, tetapi banyak kekurangan dan kelemahan diri yang perlu dimuhasabah sendiri...

[hadis 40- Hadis 15] Imam an-Nawawi





عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: (( مَنْ آَانَ یُؤْمِ نُ
بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ،
وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ واليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ )) رواه البخاري ومسلم.


Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya."
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)

Kefahaman Hadis :

1) Pergaulan yang baik :

-menyebarkan kasih sayang antara manusia 
- mengeratkan lagi ikatan mahabbah sesama ummat.

2) Menjaga Lidah: 

- berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata, sekiranya perkara itu harus
 - diam lebih baik.
- perkara kebaikan - bercakap adalah lebih baik.

3) Memuliakan Jiran :

i) wasiat mengenai jiran - ayat Quran - hadis (wasiat jibril pada nabi sehingga nabi menyangka jiran boleh mewarisi)
ii) Larangan menyakiti jiran - hadis- hadis berkaitan.
iii) Ihsan pada jiran - hadiah, salam, senyum ketika berjumpa, tolong ketika susah dll.
iv) Martabat jiran :
i) Jiran Muslim (mempunyai pertalian keluarga)
- hak jiran, hak Islam dan hak kerabat.
ii) Jiran Muslim - hak jiran dan Islam.
iii) Jiran Bukan Muslim - hak jiran.

4) Memuliakan Tetamu :

- Hukumnya adalah wajib - tempoh tiga hari.
- Adab-adab melayani tetamu - rujuk hadis-hadis dan juga kisah nabi Ibrahim.

Pengajaran hadis:

Hadis ini menerangkan beberapa tuntutan lman, antaranya ialah berkata hanya perkara benar dan berfaedah, kurang bercakap, menghormati jiran tetangga dan memuliakan tetamu.

Seorang yang benar-benar beriman akan menjaga lidahnya daripada berbicara perkara haram kerana dia akan dipersoalkan di hari qiamat nanti. Dia lebih senang diam daripada berkata buruk seperti mengumpat, mengeji, mencaci, memaki hamun dan mencarut.

Seorang yang benar-benar beriman akan menghormati jiran tetangga dan tetamunya, menyempurnakan hak mereka dan tidak menyakiti mereka.

Jiran tetangga adalah suatu golongan yang mendapat perhatian besar dalam lslam. Hormat-menghormati, tolong menolong dan hidup berjiran yang muafakat adalah asas keamanan, kemajuan dan keharmonian sesebuah masyarakat.

Sayangilah Saudaramu dan Bersangka Baiklah...

Gambar hiasan

Assalamu’alaikum w.b.t. Salam dihulur tanda kasih, kasih dituju buat pembaca yang disayangi, sayangku bukan apa yang kamu miliki, tapi kerana Allah. Bukankah umat Islam itu bersaudara? Ya, bersaudara, ana sedang mempraktikan apa yang ana belajar, belajar apa? Belajar untuk mencintai atau menyayangi saudara-saudara ana, sepenuh hati ana, biarlah kasih kita pada saudara-saudara kita umpama cintanya para Rasul shalawatuwassalam pada umatnya, sesejuk salju kutub utara untuk menghapuskan api permusuhan dan kemarahan.

Daripada Anas r.a sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehinggalah dia menyayangi saudara seIslamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.
(riwayat Muslim)

Saudara, kita Cuba untuk menutup kelemahan mereka, dan cuba mencari kelebihan yang ada pada mereka, biarpun hanya sedikit. Ana masih ingat pesanan Syeikh Abdul Qadir al-Jailani

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapakan dalam hatimu “Mungkin kedudukannya di sisi ALLAH jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu dengan anak kecil, maka ucaplah ( dalam hatimu ):
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku banyak bermaksiat kepada-Nya. Tentu anak ini lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada ALLAH jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan ku peroleh, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah ku capai, mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu):
"Orang ini sedang bermaksiat kepada-NYA padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu):
"Aku tak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk."

Jadi, beginilah caranya kita nak bersangka baik kepada orang lain, kita tutup apa yang buruk padanya, kita lihat kelemahan diri. Sahabat, hakikat dari posting ini adalah coretan untuk diri ana sendiri yang banyaknya amarah dan juga kelemahan. 

4 Orang Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke Neraka


gambar hiasan
Assalamu’alaikum w.b.t. pertama-tama marilah kita merapatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t kerana kita masih lagi bernafas pada hari ini Kesyukuran yang tidak terhingga juga atas nikmat yang paling besar yang dikurniakan oleh Allah, yakni nikmat iman dan islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w., keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda, tabi', tabi' taabi'in dan seluruh umat islam. Saudara yg ku kasihi, Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka. teguran pada ibu mestilah berhikmah dan penuh kasih sayang, jangan sesekali berkasar pada ibu kita

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT:-
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."                                                                                                                                                                              (At-Tahrim 66: 6)

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah swt nilaikan seseorang muslim! dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg Allah swt berikan pada kita.

renungan bersama :
Lelaki... seringkali kita Ego, walhal kita berhadapan dengan seberat-berat tanggungjawab. Sebagai ayah, sebagai suami, sebagai abang, sebagai anak lelaki mempunyai amanah yang telah ditentukan oleh Allah terhadap perempuan disekelilingnya.

Perempuan... jika sayangkan ayahmu, jika sayangkan suamimu, jika sayang abangmu, jika sayang anak lelakimu maka sayanglah mereka dengan menuruti perintah Allah dan jauhi larangan Allah.

Semoga masyarakat yang lahir dari individu-individu muslim, mu'min mendapat kehidupan yang barakah dari Allah SWT. wallahu'alam, semoga dapat kita ambil iktibar dari apa yg kita baca. kita renung semula apa yg kita baca dan lihat. kita muhasabah setiap hari apa yang kita lakukan pada hari ini serta hari yg sebelumnya... hakikatnya semua ini peringatan untuk ana sendiri yg penuh dengan kejahilan dan kesalahan.
salam ukhuwwah dari ana..

~ Perjalanan Tarbiyah Abdullah~ Bahagian 1

gambar hiasan

Assalamu’alaikum w.b.t. pertama-tama marilah kita merapatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t kerana kita masih lagi bernafas pada hari ini serta dapat menjalani ibadah puasa  pada bulan ramadhan yang mulia ini. Kesyukuran yang tidak terhingga juga atas nikmat yang paling besar yang dikurniakan oleh Allah, yakni nikmat iman dan islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w., keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda, tabi', tabi' taabi'in dan seluruh umat islam.



Posting kali ini ana ini ingin berkongsi sedikit cerita.
Abdullah, Seorang pemuda belasan tahun, buat pertama kalinya memijakkan kakinya ke  alam  menengah. Hidupnya penuh dengan persoalan kerana sikapnya yang suka memencilkan diri. Abdullah tidak suka bergaul dengan pelajar lain atas sikapnya yang pemalu. Pada masa yang sama dia merupakan seorang yang amat pendiam. Di waktu kecilnya dia mendapat didikan agama dari ibu serta ayahnya dan juga arwah neneknya yang tersayang, seawal empat tahun lagi dikenalkan siapa Allah, apa yang Allah suka dan tidak suka, syurga dan neraka, serta diajar sembahyang dan mengaji seawal lima tahun . Inilah yang menyebabkan dia tidak suka mengikut orang dengan membabi buta, tanpa memikirkan akibatnya, membolehkan dirinya memikirkan yang mana baik adan buruk.

Sekarang bermulalah kisah hidupnya yang pertama kali berpindah dari alam sekolah rendah kepada alam menengah. Hidupnya mula berubah, suasana persekolahannya juga berubah, yang mana semua pelajar dahulunya kecil-kecil dan comel-comel, tetapi sekarang semuanya besar-besar, ada yang tampan dan juga cantik. Dalam kotak fikirannya lahir ribuan persoalan, kenapa cepat sangat aku masuk ke tingkatan satu ni? Boleh ke tak aku suaikan diri dalam sekolah ni? Same ke tak dengan sekolah rendah dulu? Sikap Abdullah yang amat pendiam, menyebabkan dia suka berdialog dengan hatinya, dialog hatinyalah yang menjadikan motivasi baginya. Untuk meminta nasihat dari orang lain agak sukar baginya kerana suaranya yang perlahan dan lembut serta malu pada perempuan.
               
Hari demi hari, bulan berganti bulan.. Abdullah memerhati suasana sekolahnya setiap masa. Sikapnya yang suka memerhati, menimbulkan persoalan dalam dirinya tatkala melihat tingkah laku pelajar yang lain,

“budak tu tak malu ke berbual banyak sangat dengan pompuan tu?”

“die tak tahu ke batas pergaulan laki dengan pompuan?” tak taulah apa dah jadi dengan dunia ni…





Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila
kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari
balik hijab.(al-Ahzaab : 53
Ketika waktu rehat Abdullah tidak suka makan dikantin, jarang baginya makan dikantin. Dia lebih suka menghabiskan masa rehatnya berada di perpustakaan, kerana dikantin dia perlu berhimpit-himpit dengan pelajar lain untuk membeli makanan dan minuman. Satu lagi yang paling dibencinya ialah terpaksa berhimpit dengan perempuan walaupun kaunter mengambil makanan berasingan tetapi ini berlaku apabila kaunter membayar makanan hanya satu kaunter dibuka. Pada suatu hari Abdullah terpaksa untuk membeli makanan di kantin, melihat gelagat pelajar yang berhimpit-himpit membuatkan dia berfikir banyak kali

“Ya Allah, banyaknye orang, diorang ni mmg hari-hari lapar ke? “

“pelik betul aku, hari-hari rmai orang… tak bli mkanan skrang kang tak pasal-pasal perut menyanyi time kelas.

“Tengok keadaan pompuan skit je nih, nasib baik skit… boleh la aku bli mkanan”

Selepas mengambil makanan Abdullah menuju ke kaunter pembayaran makanan untuk membayar makan. Kebetulan ketika itu kaunter pembayaran hanya satu di buka pada hari itu.  

“Ya Allah, knape la time ni jge satu kaunter je bkak?”

“Yang ni aku malas ni bli makanan kat kantin ni…”
Abdullah menuju  ke kaunter pambayaran makanan, melihat kaunter pembayaran lengang, hatinya berasa lega. Sampai di kaunter, dia menyeluk poketnya mengeluarkan dompetnya. Abdullah membuka dompetnya untuk mengeluarkan duit dari dompet, sedang dia leka mengeluarkan duit dari dompetnya, tidak perasaan di belakangnya semakin ramai yang berada di kaunter pembayaran. Selesai membayar makanan yang dibeli dia menoleh ke belakang, terkejut yang amat Abdullah tatkala menoleh ke belakang. Apa yang membuatnya amat terkejut bukanlah sebab ramainya orang di belakangnya. Tetapi ramainya perempuan di belakangnya.

“Ya Allah, ramainye pompuan kat belakang… lemah jantung aku dibuatnye. Nasib baik tak kene heart attack.. tak pasal-pasal rehat kat hospital nanti kang”

“bile mase plak orang ramai ni, rse tadi skit je… haish, pelik betullah..”

 bersambung…


Renungan bersama...

Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. 


Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (Al-Ahzaab: 53)


Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis
Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)


 Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/44 Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)

Kelebihan Berdiam

gambar hiasan

Nabi saw bersabda : “Afiat itu ada sepuluh bhgn.Sembilan bhgn terletak pd perbuatan berdiam. Bhgn yg ke sepuluh terletak pd perbuatan mengasingkan diri drpd org ramai”
(Diriwayatkan dr Ad-Dailami drpd Ibnu Abbas)

Ini ialah apabila ia tidak memerlukan manusia dan manusia tidak memerlukan kpdnya. Tetapi apabila syara’ menyuruhnya bercampur gaul utk mengajar atau belajar sesuatu ilmu atau tugas-tugas keagamaan dsb, maka perbuatan mengasingkan diri tidak ada kebaikannya.
Menurut sebhgn riwayat,bhgn yg ke sepuluh itu ialah tidak bersekedudukan dgn org-org yg jahat. 

Nabi saw bersabda :
“Setiap sesuatu itu ada najisnya dan najis lidah ialah kata-kata yg keji walaupun benar”.

Nabi saw bersabda lg :
“Barangsiapa berdiam diri dlm perkara yg tidak patut diperkatakan nescaya ia terselamat (drpd siksa,cercaan dan paluan pd hari Yaumul-Ma’ab iaitu hari Kiamat)”.

Baginda saw bersabda :
“Perbuatan berdiam diri org alim itu adalah suatu celaan dan percakapannya adalah suatu perhiasan. Percakapan org jahil itu adalah suatu celaan dan perbuatannya berdiam diri itu adalah suatu perhiasan”.

Sabda Baginda saw : “Asal keimanan itu ialah berdiam diri melainkan kerana berzikir kpd Allah swt”.

            Diriwayatkan bahawa seorg lelaki yg sedang sakit tenat telah diminta supaya meninggalkan pesanan sebelum ia menemui ajalnya dan ia pun berpesan : “Himpunkanlah utk dirimu ilmu para ulama, hikmat para hukama’ dan ubat para tabib.
  • Ilmu para ulama itu ialah apabila engkau ditanya mengenai sesuatu yg engkau tidak tahu maka katakanlah ‘Wallahu’alam’ 
  • Hikmat para hukama pula ialah apabila engkau duduk dgn suatu kaum, jadikanlah dirimu lebih banyak berdiam drpd mereka. Jika mereka betul maka engkau termasuk ke dlm golongan mereka. Tetapi jika mereka salah,engkau merasa lega kerana tidak terlibat dlm kesalahan mereka. 
  • Ubat para tabib ialah apabila engkau makan sesuatu makanan,engkau bangkit meninggalkannya sedangkan nafsumu masih ingin kpdnya. Sesungguhnya jasadmu tidak dihimpunkan dgn selain drpd penyakit utk mati.

Nabi saw bersabda :
“Berdiam diri itu mengandungi hikmat-hikmat dan sedikit benar org yg membuatnya"

kesimpulannya kita semua mestilah sentiasa menjaga lisan kita, berdiam itu lebih baik daripada kita berkata pada sesuatu yang boleh menimbulkan permusuhan atau fitnah. wallahu'alam.

Doktor, Islam dan Logik

gambar hiasan



Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa?Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalahpenawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, di hospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu,kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgnairH20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh disebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.

Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja,jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapatmerebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar.

Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudarisana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah. Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.

Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

[ Hadis 40 - Hadis 14 ] Iman An-Nawawi

gambar hiasan

عَنْ اِبْنِ مَسْعُودٍ رَضِىَ الله عَنْه قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( لاَ یَحِلُّ دَ مُ
امْرِئٍ مُسْلِمٍ إِلاَّ بِإِحْدَى ثَلاَثٍ: الثَّيِّبُ الزَّانِي، وَالنَّفْسُ بِالنَّفْسِ، وَالتَّارِكُ لِدِیْنِهِ المُفَارِ قُ
لِلْجَمَاعَةِ )) رواه البخاري ومسلم.

Daripada lbnu Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Darah seseorang muslim tidak halal kecuali dengan salah satu dari tiga perkara; janda yang berzina, nyawa dengan nyawa dan orang yang meninggalkan agamanya yang memisahkan diri daripada jamaah. 
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Terpelihara darah orang Islam :
orang yang membunuh orang Islam dengan cara yang tidak benar - Allah janjikan azab yang pedih.
orang yang bunuhnya secara sengaja juga bukan dengan hak - janji dilaknat oleh Allah dan diazab.
Rasulullah menjelaskan - membunuh bukan dengan hak- termasuk dalam tujuh perkara yang membinasakan.
 
2) Zina orang yang berkahwin :
- Ijma’ ulama’ hukumnya direjam sampai mati - kisah Ma’iz dan Al- Ghamidiyyah - ayatnya
telah dinasakhkan - hukumnya masih dipakai.
 
3) Membunuh dengan sengaja :
- Ijma’ ulama’ mengatakan hukumnya balas bunuh - qisas (al- Maidah :45).
- Dikecualikan (gugur qisas):
i) bapa bunuh anak
ii) orang Islam bunuh orang kafir
iii) orang merdeka bunuh hamba.
- pendapat jumhur Imam Malik, Ahmad dan Syafi’e.
 
4) Murtad :
Hukumnya sama sahaja sama ada lelaki atau perempuan - bunuh.
Hadis Nabi kepada Mu’az ketika ke Yaman - Bila murtad - nasihat, ajak kembali semula kepada Islam
- jika enggan - penggal leher.
 
5) Hukuman Bunuh bagi kesalahan yang tidak disebut dalam hadis ini:
Liwat - muslim yang telah berkahwin atau bujang - bunuh.(hadis).
Orang yang cuba memecah belahkan ikatan orang Islam. - bunuh.
Orang yang membuat kerosakan di atas muka bumi, penyamun.
Orang yang meninggalkan solat.
Tukang Sihir - apabila sihirnya membawa kekufuran(pendapat Syafi’e).
 
Pengajaran hadis:
 
Menurut hukum Allah seorang mukmin adalah terjamin keselamatan nyawanya, darahnya dan harta bendanya daripada sebarang pencerobohan dan kezaliman. Apabila berlaku pencerobohan terhadap darah, harta dan maruahnya dia berhak menuntut balas mengikut peruntukan syara'. Beberapa orang darahnya dihalalkan iaitu mesti dihukum bunuh. Mereka ialah penzina yang telah merasai nikmat perkahwinan halal, orang yang membunuh tanpa sebab yang dibenarkan oleh syara' dan orang yang sengaja meninggalkan agama dan jamaah muslimah.

Bakar Jari melawan hasutan Iblis

gambar hiasan

Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ketempat bersejarah. Bila sampai ketempat yang dituju para guru pelatih mendapati  tempat tersebut merupakan tempat yang tidak dikunjung sesiapa...lengang, sepi!

Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada ditempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ketempat sejarah yang mereka sukai.

Nak jadi cerita, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar, dah tertinggal.

Trainer yang bertugas ingat semua cikgu-cikgu dah ada dalam bas, jadi mereka balik.

Cikgu pelatih yg tertinggal tu mula gabra..... menjerit sekuat hati, cemas yang amat panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa.

jadi dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju kekampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. mulalah letih dan menangis panggil mak ayah.

Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawab lah cikgu tadi yang dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang.

berkata lah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin ditujunya berletak di selatan dan tempat mereka berada diutara, dan tempat tu memang takda  didiami sesiapa. Maka menangislah cikgu tadi bagai org hilang akal...

Disebabkan kesian, lelaki tadi suruh cikgu tadi bermalam dipondok dia sementara tunggu subuh utk hantar di pulang.

Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur  atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung  sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.

Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yangg cikgu itu tutup  seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak renti  matanya mengawasi lelaki misteri tu.

Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala terus bakar  jarinya satu persatu.

Cikgu tadi apalagi,bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa  lelaki tersebut mengamal kan ilmu songsang.. mengeletar giler maut... Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi......
......??????............................

Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya.


Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yg terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu  berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit pucat lesi dan takut amatlah sangat.

Si bapa pun pergi ketempat yang dimaksudkan anak nya tu. Menyamar sebagai  pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi  heran tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya
kenapa...?

Jadi lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan  cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau. Dan sudah  tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebabkan takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa  perempuan tersebut.

Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari  itu datang kerumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katilnya 2 malam
yang sudah..................................................

MOTIF CERITA....................

Beruntunglah lelaki tersebut kerana menghindar kan diri dari melakukan benda haram satu malam, dan dia berjaya mendapat sesuatu yang indah dan halal seumur hidup...............

Kisah Nabi Sulaiman a.s dan Semut

gambar hiasan


Kisah 1
 
Kerajaan Nabi Sulaiman AS dikala itu sedang mengalami musim kering yang begitu panjang. Lama sudah hujan tidak turun membasahi bumi. Kekeringan melanda di mana-mana. Baginda Sulaiman AS mulai didatangi oleh ummatnya untuk meminta pertolongan dan memintanya memohon kepada Allah SWT agar menurunkan hujan untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai mereka. Baginda Sulaiman AS kemudian memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di lapangan untuk berdo'a memohon kepada Allah SWT agar musim kering segera berakhir dan hujan segera turun. 

Sesampainya mereka di lapangan Baginda Sulaiman AS melihat seekor semut kecil berada di atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan. Baginda Sulaiman AS kemudian mendengar sang semut mulai berdo'a memohon kepada Allah SWT penunai segala hajat seluruh makhluk-Nya. "Ya Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada-Mu, Aku berhajat akan air-Mu,   tanpa air-Mu ya Allah aku akan kehausan dan kami semua kekeringan. Ya Allah aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan air-Mu, kabulkanlah permohonanku", do'a sang semut kepada Allah SWT. Mendengar do'a si semut maka Baginda Sulaiman AS kemudian segera memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang ke kerajaan sambil berkata pada mereka, "kita segera pulang, sebentar lagi Allah SWT akan menurunkan hujan-Nya kepada kalian. Allah SWT telah mengabulkan permohonan seekor semut". Kemudian Baginda Nabi Sulaiman dan rombongannya pulang kembali ke kerajaan.  

Kisah 2 

Suatu hari Baginda Sulaiman AS sedang berjalan-jalan. Ia melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. Baginda Sulaiman AS terus mengamatinya, kemudian beliau memanggil si semut dan menanyainya, Hai semut kecil untuk apa kurma yang kau bawa itu?. Si semut menjawab, Ini adalah kurma yang Allah SWT berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun. Baginda Sulaiman AS kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut, Wahai semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu. Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman AS. Setahun telah berlalu. 

Baginda Sulaiman AS datang melihat keadaan si semut. Ia melihat kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang. Baginda Sulaiman AS bertanya kepada si semut, hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. Selama ini Allah SWT yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi karena engkau bukan Allah Pemberi Rizki (Ar-Rozak), jawab si semut.