gambar hiasan

Assalamu’alaikum w.b.t dan salam ukhuwwah setanggi mahabbah sesejuk salju buat saudara/i yang membaca posting ana ini. Apa khabar teman sekalian? Harap antum semua dalam keadaan sihat sejahtera sama ada zahir mahupun batin. Semoga iman dan hati juga dalam keadaan sihat sejahtera. Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga dipanjat kepada Allah S.W.T kerana Rahmat dan Kasih Sayang-Nya, masih lagi kita dapat berada dunia milik-Nya ini. Tanpa-Nya, siapalah kita. Tanpa kasih dan rahmat dari-Nya, kelamlah jalan kehidupan kita. Ana rasa sudah cukup lama tidak post perkongsian ana dalam blog ini, lemah sungguh diri ini. Ish, panjang pula mukaddimah ana ni, maaf la teman-teman, harap antum tidak bosan dan letih membaca mukaddimah ini. Hmm... Apa tajuk perkongsian untuk kali ini agaknya ye? InsyaAllah tajuk enti untuk kali ini... Eh,macam biasa lah, tu yang kat atas tu.

Saudara/i, jagalah iman dan hati kerana disitulah jatuhnya pandangan Allah S.W.T. Allah tidak memandang harta, rupa, pangkat mahupun darjat kita. Semua itu sementara, semua itu akan hilang tatkala izrail datang menjemput kita. Tetapi nilai iman dan hati itu amat dan tetap bernilai disisi Allah. Jadi amat penting untuk kita memelihara kedua-duanya agar tidak kalah pada bisikan yang membawa kita kearah kemurkaan Allah S.W.T. Saudara/i ku sayang, tujuan ana bukan untuk mengajar tetapi sekadar untuk berkongsi, kerana untuk mengajar, ilmu ana amatlah sedikit. Hati kita umpama enjin didalam diri kita, sekiranya ia baik atau elok maka baik seluruhnya, tetapi jika sebaliknya maka buruklah semuanya.

Saudara/i, dalam kita menjalani kehidupan yang penuh dengan ujian dan cabaran ini, kekuatan iman dan hati amatlah diperlukan. Kenapa? Sudah tentu untuk kita dapat bersabar dan tidak kalah pada ujian serta cabaran yang hadir. Untuk itu, iman mesti di pelihara dan hati mesti dijaga. Dalam dunia yang kita diami ini penuh dengan perkara yang boleh melalaikan kita daripada mengingati Allah S.W.T. Jika kita tidak berwaspada maka sedikit demi sedikit hati kita akan makin jauh dari Allah S.W.T. dan melupakan-Nya. Bertapa besarnya kerugian apabila kita melupakan Allah walaupun hanya sebentar.  Bila hati kita jauh dari Allah dan perkara lain mengisinya, maka mudahlah untuk kita kecewa dan rebah dipalu oleh dek ujian. Sahabat sekalian, selalulah menyebut nama nama-nama Allah S.W.T dimana jua kita berada, dan diwaktu apa pun kita berada, jika tidak mampu untuk itu sekalipun, jangan sesekali lupa mengingati Allah didalam hatimu, jangan... jangan... teman, perit terasa.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud

“dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu Dalam hatimu, Dengan merendah diri serta Dengan perasaan takut (melanggar perintahNya), dan Dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah Engkau menjadi dari orang-orang Yang lalai.”
                                                                                                                                                                            Al-A’raf:205

Ayuhlah kita menjadi golongan yang sentiasa mengingati Allah S.W.T dalam setiap detik kita berada. Jangan kita jadi orang yang langsung tidak ada Allah dalam hatinya, kelak sukar kehidupan kita. Kenapa tidak, bagaimanakah semangat dan kekuatan seseorang akan lahir dan kembali sedangkan dia langsung tidak ada Allah didalam hatinya, dan langsung tidak hatinya berhubung pada Allah? Cuba kita lihat senario yang terjadi di zaman ini, berapa ramaikah yang sanggup bunuh diri tatkala jatuh dari tempat berdiri? Lupakah bila kita jatuh boleh bangun semula, Allah tidak lihat kita berjaya atau tidak, tapi Allah lihat usaha kita untuk kea arah itu. Bila lupa Allah ada disisi kita, maka mudahlah untuk terkapai-kapai tanpa arah tujuan. Semoga kita dijauhkan dari perkara ini.

Sahabatku sekalian, tahukah kamu, tatkala kita melakukan dosa hati kita akan terasa tidak tenang, terasa berdebar-debar dengan tiba-tiba, ini hanya pada pandangan ana sahaja, mungkin kamu semua lebih tahu dari ana. Kelam kehidupan melanda tatkala dosa mengaburi pandangan hati, jalan bagai samar-samar untuk berjalan, tetapi walaupun begitu jangan sesekali berputus asa untuk bertaubat, kerana taubat itu salah satu jalan untuk kita kembali padaNya dan kita berazam untuk tidak lagi mengulanginya lagi. Saudara, amat rugi bagi kita tatkala hati kita semakin kabur pandangannya dan lebih bahaya lagi jika buta pandangannya.

Firman Allah S.W.T:

“Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya) maka dia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya.”
                                                                                                                                                                            Al-isra’:72

Ana takut, ana takut, takut hati ana buta pandangannya. Jika terjadi begitu, maka analah insan yang paling rugi, kerana hatilah apa yang dinilai oleh Allah. Bila hati buta matanya, mudahlah untuk kita jatuh pada dosa dan ajakan syaitan, kejahatan tampak biasa bila hati sudah buta. Takut sungguh ana dengan keadaan ini, YA Allah, hidupkanlah hatiku buat selama-lamanya, tarbiyahlah diriku agar hatiku dekat padaMU, didiklah diriku agar tahu siapa diriku di bumi milikMU.

Ana rasa setakat ini sajalah perkongsian ana yang tidak seberapa ini, andai ada salah silap dalam pengunaan bahasa serta penyampaian ana harap ditegur, kerana ana ini masih belajar dan ingin belajar. Andai ada salah dalam maklumat perkongsian ana, sila perbetulkan. Ana perlu tunjuk ajar dari yang lebih tahu. Baiklah ana berhenti disini dahulu, jaga iman, jaga hati, jaga diri, ingat Allah selalu. Salam 'alaik.