gambar hiasan

Assalamu’alaikum w.b.t dan salam semanis ukhuwwah. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran di tujukan hanya pada Allah S.W.T, tuhan sekian Alam, yang tiada sekutu bagi-Nya. Syukur atas nikmat yang paling besar kurniaan-Nya kepada kita yakni nikmat iman dan islam. Saudara, kita sebagai hamba-Nya, perlu sentiasa ada rasa bersyukur atas nikmat kurniaan Allah kepada kita, biarpun tidak banyak, tapi ketahuilah Allah tahu apa yang kita perlukan lebih dari kita tahu. Hmm… bersyukurlah dengan apa yang kita ada, dan hargailah apa yang kita ada sekarang. “Panjangnye awak berleter, apa yang nak cakap ni? Cube cerite kat kawe ni”. Oo, maaf, maaf, syok sendiri pulak. Sebelum itu ana nak mintak maaf, posting untuk kali ini mungkin hanya sekadar coretan ana, mungkin juga luahan hati.  ‘Rindu Ummi’ Tajuk yang tak berapa sesuai, tapi ana suka, jangan marah ye ( maklumlah dah hampir empat bulan tak balik, anak mak katekan, heee.. (^_^) ).

Baiklah, semenjak dua menjak ini hadir lagi satu perasaan yang tidak boleh dielakan oleh ana. Hmm.. Apa agaknya ye? Eh… saudara/I tak baca ke kat atas tadi? Kan ana dah cakap tadi, rindu ummi. Ummi ? Bukan wanita yang bernama ummi ye, tapi insan yang bergelar Ummi dalam katanama lain ibu. Haa, faham dah? Ok, bagus, bagus. Kenapa ana rindu kat ummi? Mestilah rindu teman, dah lama berjauhan dengan Ummi ana, hampir 4 bulan tak bertemu ni. Antum tak rindu pada Ibu? Ana yakin mesti rindu kan? Tapi ingat rindu kepada Ibu kita tidak boleh lebih daripada rindu kita pada Allah S.W.T dan Rasulullah s.a.w, seperti mana cinta kita kepada Allah dan Rasul.

Dari Anas r.a, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku menjadi seorang yang dikasihi olehnya lebih daripada ibu bapanya, anak pinaknya, dan seluruhnya.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi, rindu pada ibu itu boleh, tapi tidak boleh melebihi Allah dan Rasulullah. Saudara/I nak tahu tak, ini lebih mulia daripada merindui teman wanita atau teman lelaki atau pun orang yang kita berkenan,  kenapa?Bila kita asyik rindu pada mereka, ia akan menjadi maksiat hati, boleh jadi zina hati, tak baik untuk hati kita. Ana tidak malu untuk mengatakan yang ana rindu pada Ummi ana, kenapa? Sebab, dikala ana keseorang ketika kecil, dia jua menjadi kawan ana, ketika ana sakit, dia jua doktor yang merawat sakit ana dan dia jugalah nusrse yang menjaga dan berjaga sepanjang ana sakit, tika masa lapar, dia juga Chef professional yang memasak untuk keluarga serta ummi jugalah pakar pemakanan yang menjaga pemakanan kami sekeluarga. Haa, dah faham kenapa ana rindu kat ummi? Tapi saudara, ketahuilah hakikatnya segalanya adalah daripada Allah S.W.T. Allah berikan sifat kasih sayang kepada Ibu kita agar kasih sayangnya dicurahkan kepada anak-anaknya serta suaminya. Ketahuilah saudara Allah S.W.T. yang mendatangkan kebaikan kepada kita. Jadi bersyukurlah pada dan hargailah setiap pemberian Allah S.W.T. kepada kita.

Saudara/i, hargailah Ibu dan ayah kita ketika mereka masih ada, jika mereka sudah tiada, tidak berguna lagi air mata darah, walaupun ditukarkan dengan nyawamu sekalipun tidak mungkin yang pergi akan kembali. Haa, kita perlu hargai pengorbanan mereka. Jangan lupa pesan ibu dan ayah ye? Ana sentiasa ingat pesanan ummi, “jago diri, jangan tinggal solat”, tersemat dihati. Ummi jugalah guru ana yang menjawab persoalan ana ketika kecil, dikala Abah bekerja. Abah balik, abah ajak pergi sembahyang berjemaah dan abah mengajar mengaji. Ummi juga cikgu yang mengajar mengenal siapa Allah S.W.T. dan siapa kita. Ummi sabar melayan kerenah dan soalan dari anaknye yang nakal ni. Siapa? Analah tu… eh, tapi itu masa kecik-kecik dulu, sekarang insyaAllah baik, hmm… adelah nakal sikit.

Rindu itu adalah anugerah Allah kepada hamba-Nya, tipulah ana jika mengatakan ana tidak ada rasa rindu. Setiap insan pasti akan merasa kerinduan dalam hatinya, ia suatu perasaan yang indah dan suci andai diarahkan kepada yang tidak menyimpang dari syariat yang ditetapkan. “Susahlah nak buat macam tu, bukan senang”. Benar, inilah yang dikatakan mujahadah, bukan kita kena buat sekaligus, memang sukar kalau nak buat macam itu. Cuba lakukan dengan perlahan-lahan atau berperingkat-peringkat, sedangkan Al-Quran Allah S.W.T. turunkan dengan berperingkat-peringkat apatah lagi kita nak melakukan perubahan.

Ana rasa cukuplah sampai disini sedikit coretan ana yang tak seberapa ni, harap tidak menyusahkan saudara/I yang membaca. Seandainya ada kata-kata dan penulisan ana yang menyinggung perasaan antum ana mintak maaf dengan sepenuh hati ana, ana tidak bermaksud untuk berbuat begitu pada antum, tidak terlintas untuk bertindak kasar pada antum. Sekiranya ada juga, harap ditegur dan nasihat. insyaAllah balik selepas final exam dan InsyaAllah pulang ke pangkuan bonda tersayang. Wallahu’alam