gambar hiasan


Assalamu’alaikum w.b.t. Apa khabar  semua? Harap dalam keadaan sihat sejahtera. Salam dihulur tanda kasih, kasih dituju buat pembaca yang disayangi,  sayangku bukan apa yang kamu miliki, tapi kerana Allah. Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana masih lagi beri ana peluang dan masa untuk berkongsi dengan antum. Hmm… apa khabar hati saudara/I, ana harap dalam keadaan sihat dan tenang. Andai dalam kekalutan, ketahuilah, DIA MAHA MENDENGAR. Tangisanmu tidak sia-sia andai ia dihadapkan pada yang ESA. Macam mana? Hmm… ana tidak pandai nak beri motivasi, apa yang ana boleh kongsikan adalah, ingatlah Allah selalu, hati yang sentiasa mengingati Allah akan berasa tenang dan mudah tersenyum. Mudah juga untuk tekanan hilang dari diri tatkala hati sering berhubung dengan Allah S.W.T. DIA lah sumber kekuatan bagi orang-orang mukmin.

Firman Allah S.W.T:

tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä ûÈõuKôÜs?ur Oßgç/qè=è% ̍ø.ÉÎ/ «!$# 3 Ÿwr& ̍ò2ÉÎ/ «!$# ûÈõyJôÜs? Ü>qè=à)ø9$# ÇËÑÈ  

"(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
 (al-Ra`d:28)

Baiklah, perkongsian ana untuk kali ini berkaitan dengan makanan. Mmm… sebut pasal makanan ni, mesti ada yang terbayang pasal nasi lomak, kek, nasi beriayani, ais krim dan banyak lagilah. Ish, rindu pulak dengan nasi kerabu buatan tangan bonda tersayang. Eh, kejap kejap.. tajuk tak habis cakap lagi ni, baru cakap sekerat dah terbayang makanan, baca tajuk sampai habis dulu, baru tau apa yang topik kali ini. Ingin ana berkongsi tentang ‘Makanan Jasad, Makanan Roh/Hati’.

Jasad, makanannya banyak dan pelbagai. Kita memerlukan makanan untuk kelangsungan kehidupan, tetapi jangan pula kita yakin kerana kita makanlah kita masih hidup. Boleh saja Allah membiarkan kita terus hidup tanpa makanan, dan boleh saja kita mati kerana makanan. wahai diri, ketahuilah itu juga merupakan ujian daripada Allah pada dirimu. Makanan yang kita makan hendaklah suci dan halal, bebas dari pada sumber yang haram.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya”.
(Riwayat al-Baihaqi dan Abu Nuim)

Saudara/I ku sayang, Jauhilah dari memakan makanan yang haram. Makanan yang kita makan akan menjadi darah daging kita, ia akan mempengaruhi kita dan tidak berkat hidup kita apabila yang haram menjadi darah daging kita, pelbagai masalah akan menyerang kita.  Hmm ana bukan nak mengupas tentang hadis ini. Ana tiada ilmu untuk mengupas tentang hadis diatas, siapalah ana nak mengupas hadis diatas dengan ilmu yang hanya secubit dari tujuh lautan. Andai saudara ingin mengetahuinya lebih lanjut, rujuklah pada ulama’-ulama’ dan ustaz-ustaz yang mursyid, mereka lebih mendalam kefahamannya dalam agama dan lebih lama berkhidmatnya untuk agama Allah S.W.T.

Apa yang ana nak tekankanlah, kita janganlah hanya sibuk untuk mengeyangkan jasad kita dan memuaskan nafsu kita semata-mata. Bukan, bukan, teman… bukan itu yang kita mahu, dan bukan pula itu tujuan kita. Jangan begitu temanku sayang, tidak baik andai ia berlebihan. Makan itu tidak salah, tapi jika berlebihan itulah salah. Cukuplah dengan sederhana dalam menjamu selera. Cuba kita bayangkan kalau perut kita terlalu dipenuhi dengan makanan, “ish rasenye payah nak bergerak, malasnye nak bergerak...”  cuba kita bayangkan kalau perut kita sarat dengan makanan, apabila kita solat ketika itu, mulalah payahnya nak bergerak dan masa itu jugalah rasa mengantuk datang, hilang khusyuk, maka tiadalah kemanisan dalam ibadah.

Hari ini, kita sibuk dengan makanan jasad, “nak inilah, nak yang itulah” ,” Yang itu lagi sedap la, yang tu tak sedap”. Sedang kita sibuk memenuhi jasad dengan makanan, kita lupa untuk mencari makanan untuk roh atau hati kita. Apalah gunanya badan sihat dan kuat andai hatinya sakit dan dalam kelaparan, sudah tentu badan yang kuat itu akan menjadi tidak kuat untuk menahan kekusutan hidup apabila hati sudah gersang. Hati kita apabila tidak disirami dengan kalamullah, zikrullah, dan majlis-majlis ilmu, ia akan menjadi kelam. Mengapa? Ana suka analogikan hati macam pokok, awak kalu tak suka pokok jangan marah ye, dah kite minat pokok nak buat macam mane, harap bersabar ye… Pokok apabila tidak dibaja, tidak dirsiram dan tidak dijaga, maka akan banyaklah bahaya yang akan menyerangnya. Pokok tersebut itu mungkin akan diserang penyakit, layu dan mungkin juga akan mati. Begitu jugalah hati kita teman.

Seperti yang ana katakan, hati atau roh kita mestilah disirami dengan zikrullah, kalamullah serta menghadiri majlis-majlis ilmu, ini kerana, apabila ia sering didedahkan dengan perkara ini ia akan membawa kita jauh dari perkara-perkara lagha, insyaAllah. Banyakkanlah mengingati mati, kerana kita tidak tahu bila kita akan berhenti dari bernafas dan menghirup udara ciptaan Allah. kita muhasabah diri kita setiap sebelum kita tidur dan setiap selesai solat kita, agar ia terkesan pada diri kita. Apabila hati kita sudah lurus maka luruslah anggota yang lain, apabila roh kita sihat maka sihatlah pemikiran kita, insyaAllah.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Sesungguhnya dalam diri manusia ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota badannya, tetapi seandainya daging itu rosak, dan kotor maka rosaklah seluruh anggota badannya.. dan seketul daging itu adalah hati. “
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir)

Hati amat sensitif pada setiap apa yang kita buat, lihat, cakap dan fikirkan. Apabila kita sering melakukan perbuatan yang lagha atau terasa nikmat dalam melakukan dosa, maka hati akan sukar untuk dibedung lagi. Begitu juga dengan apa yang kita katakan, apabila kita sering bercakap tentang sesuatu perkara, contohnya, bagi sebahagian (bukan semua) lelaki selalunya mereka akan bercakap tentang wanita apabila mereka berbual dan begitu juga sebaliknya, bagi wanita. Apabila ia selalu manjadi tajuk perbualan kita, maka hati kita akan sering merindui atau ingat pada sesuatu perkara yang kita perkatakan. Nauzubillah min zalik
Diri kita, apabila terlebih dalam berhibur, dan banyak ketawanya. Jangan kita terlalu banyak ketawa kerana ia tidak baik untuk hati kita, ini adalah larangan dari Rasulullah s.a.w:

“Janganlah kamu membanyakkan ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati”
[Hadith riwayat Ahmad dan Ibn Majah]

Tidak salah untuk kita berhibur, tapi asalkan ia tidak berlebihan. Hiburan yang berlebihan itulah punca roh dan hati kita dalam keadaan kacau dan gersang. Dan bermulah hati dan roh kita sakit, maka datanglah pelbagai masalah melanda diri. Kita pun mula tertanya-tanya penyebab semua masalah datang dan tidak boleh menyelesaikannya. Kita cuba mencari puncanya dari semua aspek, dengan melihat tempatnyalah, masanya, dan keadaannyalah. Tetapi kebanyakkan kita terlepas pandang dari sudut pengurusan hati kita sendiri. Gagal untuk mengurus hati merupakan salah satu punca masalah kita sukar untuk diselesaikan. Hati kita mesti sentiasa berhubung dengan Allah S.W.T. agar ia tidak lemah dengan masalah yang datang. Ubatilah hati dan jangan sesekali membiarkan hati kita tidak dibajai dan dalam kelaparan disebabkan oleh kelalaian diri kita. Jagalah hati kita daripada anasir-anasir yang boleh menjauhkan kita daripada Allah S.W.T.

Ana rasa setakat ini sahajalah perkongsian ana buat kali ini, andai ada salah silap dalam bahasa dan penerangan ana, mohon tunjuk ajar dan teguran. Buah cempedak diluar pagar, amek galah tolong jolokan, ana insan yang baru belajar, andai salah, teguran dan  jasa antum ana harapkan. Ana  mohon kemaafan sekiranya ada bahasa ana yang menyinggung perasaan antum yang membacanya dan maaf juga sebab panjang sangat posting kali ini. Ana akhiri perkongsian ana dengan pesanan Ibrahim Al-Khawas R.A. Wallahu’alam.

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA:

“ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

Sumber rujukan:       http://saifulislam.com/8676
                                  http://snzieyna.blogspot.com/2010/12/seketul-daging-bernamahati.html
                                  http://fmtt.blogspot.com/2009/05/ubat-hati.html