gambar hiasan


Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT, kerana masih lagi memberi ana peluang untuk berkongi dalam posting pada kali ini. Setelah sekian lama jari-jemari ini berehat dari menari di atas keyboard laptop. Saudara/i jangan kita lupa untuk bersyukur dengan sebetul-betul syukur diatas nikmat Allah yang paling besar kepada diri kita ini, iaitu nikmat islam dan iman. Tanpa rahmat dari-Nya siapalah diri kita. Oleh itu jagalah kedua-duanya dari dicuri oleh ‘semut-semut’ yang tidak pernah untuk berhenti dari mencuri ‘gula’ dan manisan  dalam diri kita. Izinkan ana bertanya pada antum semua, tulus dari benak hati ini, pada siapakah antum hadapkan wajah antum?

InsyaAllah, perkongsian untuk kali ini, ana ingin berkongsi sedikit luahan hati ana, setelah sekian lama berdiam akibat mencari jawapan apakah sebab hati ini menyoal diri bertubi-tubi tanpa henti dan tidak mengenal erti penat. Ya Allah,  rasa macam nak lari je dari kehidupan ini, tetapi sedarlah engkau bukan sendirian, Allah itu akan sentiasa berada disisi orang yang mencari erti kebenaran. MasyaAllah, kebelangkan ini hati ana sentiasa meronta-ronta, mungkin disebabkan terlalu sibuk dan majlis ilmu pun dah banyak tak hadir, asyik clash dengan kelas. Adakalanya hati terpikat pada seorang muslimah,tapi ku katakan tidak untuk masa ini.  Hati ini  cuba melawan untuk tidak memikirkanya lagi. I must focus on my priority, and I can’t lose to it. I’m must strong.Sungguh sakit untuk hati menahannya tatkala gersangnya tanpa bersiram denga air.

Memikirkan keadaan ini, diri ana menjadi tidak tentu arah, dimanakah hatiku?? Kemanakah hatiku ini pergi? Siapakah yang mengambilnya? Inilah yang menyerang hati ana selama beberapa minggu.

Ya Allah, diriku sudah tidak kuat untuk menahannya, hamba tidak tahu untuk berbuat apa lagi, hamba buntu Ya Allah, hamba lemah Ya Allah, terkadang hamba terasa ujian ini terlalu berat Ya Allah…


Adakalanya perasaan ingin menyukai seorang muslimah datang kembali menyerang hati ana yang telah pun dijangkiti sebelum ia dirawati. Mencari, terus mencari dan terus mencari penyelesaian untuk hati ana yang sedang sakit ini. Namun masih tidak dijumpai. Dan akhirnya pada suatu hari, yang mana pada kebiasaannya ana akan menaiki basikal untuk solat maghrib ke masjid di tempat ana belajar yang terletak jauh dari kolej kediaman ana, tetapi Allah telah menetapkan bahwa pada hari itu sebelum ana keluar dari rumah kediaman untuk mendapatkan basikal ana. Ana melihat basikal ana sudah tiada di halaman kediaman ana, subhanallah, kalau ikutkn hati ana nak je marah orang yang buat lari basikal ana. Tapi ana memujuk hati agar bersangka baik atas yang berlaku pada diri, mungkin Allah rancang sesuatu yang lebih baik dari apa yang ana rancang. Ana batalkan hajat untuk ke masjid, sebaliknya ana mengambil keputusan untuk sembahyang maghrib berjemaah di surau yang terletak berdekatan kolej kediaman ana dengan berjalan kaki.

Sampainya disana, dan seusai berjemaah disana. Imam membuat pengumuman, “Assalamu’alaikum, InsyaAllah selepas ni ada sedikit kuliah maghrib yang akan di sampaikan oleh Ustaz Tuan Sidek, harap semua dapat mengambil bahagian”. Mendengar pengumuman itu, hati yang sedang resah menjadi sedikit tenang. Terdetik dalam hati, ‘jadi inilah yang ENGKAU rancangkan untuku Ya Allah? Sungguh hebat ENGKAU Ya Allah, ENGKAU tahu apa yang sedang dirindui oleh hatiku’. Dari ini, barulah ana tahu hati ini sedang merindu majlis-majlis ilmu. Sungguh takdir Allah itu mengatasi takbir. ketentuanNya, mengatasi segala perancangan hamba-hambaNya. Allah membatalkan niat ana untuk berjemaah dimasjid, dan mengantikannya denga berjemaah di surau yang ditambah dengan majlis ilmu. Hati mana yang tidak terasa manis saudara, tatkala tarbiyah Allah datang terus pada hati. Khusyuk mendengar kuliah yang disampaikan ana tertarik pada ayat yang di sebut oleh ustaz Tuan Sidek Yang bermaksud:


 "Sesungguhnya Aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah Yang menciptakan langit dan bumi, sedang Aku tetap di atas dasar Tauhid dan bukanlah Aku dari orang-orang Yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain)".
                                                    (al-An’am: 79)


Antum mesti tahukan ayat ini? Kita sering bacanya dalam solat kita, ustaz mengupas tentang ayat ini, kita hadapkan wajah kita kepada Allah SWT dalam semua perkara kita lakukan ,bukan kepada selain dari-Nya. Apa maksudnya ni? Dalam setiap perkara kita kena buat adalah untuk Allah, untuk mendapat cinta dan redha Allah, kita kena yakin yang malaikat Allah, Raqib dan ‘Atid sentiasa mencatat akan perbuatan kita. Jadi, malulah kita sekiranya amalan jahat kita dihadapkan kepada Allah. Jadi, seluruh amalan kita, mestilah dihadapkan kepada Allah swt, jangan kita sesekali berpaling dari Allah swt. Andai kita berbuat demikian umpama kita cuba untuk berkrisis dengan Allah, dan berpunca dari itulah hati kita akan terasa tidak tenang resah. Beliau berkata sungguh indahnya kalau kita dapat mengamalkan ayat ini dalam kehidupan harian kita. Beliau memberi contoh, sekiranya kamu melihat seorang perempuan dan ada berkenan sedikit padanya, katakanlah inni wajjahtu wajhialillazi fathorassamawatiwal ard hanifa wama anaminal musyrikin”.  (terkena pada diri pulak). Apa yang ustaz sampaikan dalam kuliah memberi kesedaran pada ana, serta terjawab persoalan yang menyerang hati ana.

Begitu jugalah hati ana. Ana perlu hadapkan hati ana pada Allah swt. Yang mana Dialah yang memberi kita hati, dia yang mengawal hati setiap makhluk ciptaan-Nya. Tiada satupun yang terlepas dari pengetahuan-Nya. Jadi saudara, pada siapa mesti kita hadapkan wajah kita, termasuklah hati kita? Tentulah Allah swt. Tiada yang lebih layak dari-Nya.  Sampai disini sajalah perkongsian ana untuk posting kali ini ye. Andai ada yang tersilap sila tegur ana. Ana ini insan yang masih lagi belajar, dan ingin belajar. Wallahu’alam…