gambar hiasan
Assalamu’alaikum w.b.t. pertama-tama marilah kita merapatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t kerana kita masih lagi bernafas pada hari ini Kesyukuran yang tidak terhingga juga atas nikmat yang paling besar yang dikurniakan oleh Allah, yakni nikmat iman dan islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w., keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda, tabi', tabi' taabi'in dan seluruh umat islam. Saudara yg ku kasihi, Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka. teguran pada ibu mestilah berhikmah dan penuh kasih sayang, jangan sesekali berkasar pada ibu kita

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT:-
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."                                                                                                                                                                              (At-Tahrim 66: 6)

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah swt nilaikan seseorang muslim! dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg Allah swt berikan pada kita.

renungan bersama :
Lelaki... seringkali kita Ego, walhal kita berhadapan dengan seberat-berat tanggungjawab. Sebagai ayah, sebagai suami, sebagai abang, sebagai anak lelaki mempunyai amanah yang telah ditentukan oleh Allah terhadap perempuan disekelilingnya.

Perempuan... jika sayangkan ayahmu, jika sayangkan suamimu, jika sayang abangmu, jika sayang anak lelakimu maka sayanglah mereka dengan menuruti perintah Allah dan jauhi larangan Allah.

Semoga masyarakat yang lahir dari individu-individu muslim, mu'min mendapat kehidupan yang barakah dari Allah SWT. wallahu'alam, semoga dapat kita ambil iktibar dari apa yg kita baca. kita renung semula apa yg kita baca dan lihat. kita muhasabah setiap hari apa yang kita lakukan pada hari ini serta hari yg sebelumnya... hakikatnya semua ini peringatan untuk ana sendiri yg penuh dengan kejahilan dan kesalahan.
salam ukhuwwah dari ana..