Apa kahabar iman sahabat semua? Perkongsian kali ini mengenai “iman suasana”… hmmm. Apa maksudnya? Sebelum itu. Kita lihatlah zaman sekarang, penuhnya maksiat  dalam hidup kita, betulkan? usahlah kita lihat akan luar sana. Tapi cuba kita lihat yang berdekatan dengan kita sendiri, dalam rumah kita pun sudah ada unsur-unsur maksiat, kelas, bilik dan banyak lagi. Bermula dari itulah akan menyebabkan lemahnya iman. Tak perlulah nak lihat jauh-jauh, yang dekat pun entah berapa inci agaknya. Apa yang paling dekat sekali? panca indera kita, hati kita. Saudaraku, tatkala maksiat dalam hati menebal akan menyebabkan pelbagai maksiat akan terdorong kepada kita, dan setiap jenis itu bergantung pada suasana. Saudaraku, bukanku katakan padamu, tetapi ia sebagai peringatan untukku dan hadiah renungan untukmu.

Itu bagi hati, yang boleh berubah mengikut suasana. Sekarang kembali pada tajuk utama kita. Panjang pulak muqqadimahnye, rasa nak cakap banyak plak. Ok ok, kita teruskan topik kita. Iman itu percaya dan yakin kepada SANG PENCIPTA, agaknya berapa teguhkah Iman ana ye? Suasana itu bermaksud situasi atau kehidupan, ia juga boleh didefinisikan sebagai cara hidup atau kebiasaan kita. Dan apa pulak maksudnya dengan iman suasana? Ia diertikan dengan iman yang sentiasa berubah-ubah yang tidak tetap, mudah baginya untuk dirobek-robek dan berpaling apabila ia berada di suatu tempat atau situasi yang tidak ada kebiasaan baginya untuk beramal atau suburkan iman. Sebaliknya apabila berada di suatu tempat dan situasi yang penuh dengan kesolehan, maka imannya terasa teguh, dan mudah untuk melakukan amal. Disini dapatlah kita katakan yang suasana itu umpama pemboleh ubah yang mempengaruhi iman kita umat sekarang yang hampir dengan hari kemusnahan. Iman itu umpama pokok dan suasana itu umpama tanah, jika subur tanah maka suburlah pokok itu.

Ayuh kita renung kisah para sahabat dan contohi mereka, iman mereka teguh dan kental. Mereka umpama singa padang pasir yang tidak akan rebah pada rebut pasir tetapi tetap tersungkur di hadapan Rabb-nya. Kita lihat keimanan saidina Umar al-Khattab, pada zamannyalah digelar sebagai zaman keemasan Islam, keimanannya dan tentera Islam yang teguh menyebabkan kerajaan parsi tersungkur dibawah kerajaan Islam. Saudara, iman itu tidak ada batas, ia tidak akan menaik tanpa kita bertindak untuk meningkatkannya. Mungkin setakat ini saja perkongsian ana.

Duhai diri
Mengapa engkau abaikan iman?
Tidakkah engkau tahu?
Bahwa iman itu pintu buat dirimu?
Tatkala ada kemungkaran datang ia mengunci dirimu,
Tatkala kebaikan hadir seluasnya pintu dibuka untukmu,

Duhai diri…
Iman itu bukan jualan,
Ia adalah suatu pencarian,
Sinarnya sukar dicari,
Tetapi indah tatkala ia hadir dalam diri,

Duhai diri…
Ketahuilah oleh dirimu,
Bahwa kesakitan yang amat bagimu,
Tatkala ia pergi dari dirimu,
Tidak ada akan benteng bagimu apabila ia pergi,

Duhai diri…
Takutlah akan neraka Allah,
Azabnya pedih yang amat tidak terkata,
Usah dikau lahirkan akan senang dari azab-NYA,
Kerna kita tidak tahu bagaimanakah akhiran diri,
Baikah atau sebaliknya… na’uzubiLlah min zalik.

Duhai diri…
Jadikan jannah destinasi hidupmu,
Namun jangan dunia engkau abaikan,
Ketahuilah disitulah tempat yang mulia,
Namun ia dipagari dengan kepayahan,
Sanggupkah engkau berpayahan dalam dunia ini?

Duhai diri…
Mengapa imanmu mudah berubah,
Disini soleh disana toleh,
Manakah satu yang sebenarnya?
Sohihkanlah imanmu seseungguhmu,
Agar ia sentiasa teguh walau di mana saja…